![]() Seekor anjing pemburu Jura Bruno hitam dan sawo matang | |||||||||||||||||||||
Negara asal | Switzerland | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu Jura Bruno[a] ialah satu baka anjing pemburu bau dari Pergunungan Jura di sempadan Perancis-Switzerland.
Gambaran keseluruhan
Anjing pemburu Jura Bruno ialah anjing pemburu bersaiz sederhana; ia biasanya berwarna hitam dan sawo matang atau berwarna perang dua nada tanpa putih langsung.[1][2][3] Anjing pemburu Jura Bruno hampir menyerupai anjing pemburu Jura Santo Hubert yang lebih besar, yang dengannya ia berkait rapat, namun ia mempunyai gelambir kurang berjuntai.[2]
Kedua-dua anjing pemburu Jura Bruno dan anjing pemburu Jura Santo Hubert berkait rapat dengan anjing-anjing pemburu Perancis berdekatan; kesemuanya dipercayai telah diturunkan daripada anjing pemburu Santo Hubert. Baka ini terdapat di kedua-dua belah sempadan Perancis-Switzerland; sesetengah penulis percaya bahawa ia berasal usul Perancis, tetapi kebanyakannya memerihalkannya sebagai anjing Switzerland.[1][2][3][4]
Anjing pemburu Jura Bruno digunakan oleh pemburu di Pergunungan Jura di sebelah Switzerland sempadan Perancis-Switzerland untuk memburu rubah, kelinci, dan rusa kecil; ia dikatakan sebagai pengikut sangat berkemampuan bagi bau malis, yang menjadikannya sangat dihargai oleh pemburu tempatan semasa berburu di rupa bumi sukar di kawasan itu.[2][3]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو يورا برونو; Jerman: Bruno Jura Laufhund; bahasa Inggeris: Bruno Jura hound
Rujukan
- ^ a b Alderton, David (2000). Hounds of the World [Hound di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. m/s. 112. ISBN 9781853109126. OCLC 43674171.
- ^ a b c d Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 191. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.
- ^ a b c Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 94. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- ^ Hancock, David (22 Januari 2014). Hounds: Hunting by Scent [Hound: Perburuan dengan Bau] (dalam bahasa Inggeris) (ed. berilustrasi). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. m/s. 169. ISBN 9781847976017. OCLC 862761249.