Ångström | |
---|---|
Unit bagi | Kepanjangan |
Simbol | Å |
Dinamakan sempena | Anders Jonas Ångström |
Penukaran unit | |
1 Å dalam ... | ... adalah sama dengan ... |
meter | 10−10 m |
sentimeter | 10−8 cm |
nanometer | 0.1 nm |
pikometer | 100 pm |
Ångström merupakan unit kepanjangan yang bersamaan dengan 0.1-10 meter (satu persepuluh bilion meter) atau 0.1 nanometer. Lambangnya ialah huruf Å dari abjad Rumi khusus bahasa Sweden terdiri daripada huruf A ditanda bulat atasnya.
Ångström lazimnya digunakan dalam bidang sains alam dan teknologi untuk mengungkapkan saiz atom, molekul, dan struktur biologi mikroskopik, kepanjangan ikatan kimia, susunan atom dalam hablur, kepanjangan gelombang radiasi elektromagnetik, dan dimensi bahagian litar bersepadu.
Unit ini mendapat namanya daripada ahli fizik Sweden, Anders Jonas Ångström (1814–1874). Lambangnya sentiasa ditulis dengan tanda baca bulat seperti dalam abjad Sweden.