Angpau | |||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() Pelbagai contoh angpau moden | |||||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 紅包 | ||||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 红包 | ||||||||||||||||||||||
Maksud harfiah | "angpau" | ||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
Alternative Chinese name | |||||||||||||||||||||||
Bahasa Cina | 利是, 利市 atau 利事 | ||||||||||||||||||||||
Maksud harfiah | "baik untuk perniagaan" | ||||||||||||||||||||||
|
Angpau (Cina ringkas: 红包; Cina tradisional: 紅包; pinyin: hóngbāo) ialah hadiah wang yang diberikan ketika perayaan seperti Tahun Baru Cina, perkahwinan, kelahiran, hari jadi, atau sebagai tanda penghargaan. Ia berasal dari China dan tersebar luas di Asia Tenggara dan kalangan masyarakat Cina perantauan.
Penggunaan
Angpau biasanya diberikan kepada golongan muda oleh orang yang lebih tua atau sudah berkahwin, terutamanya semasa Tahun Baru Cina. Warna merah melambangkan tuah dan menghalang roh jahat.
Jumlah wang dalam angpau selalunya berakhir dengan nombor genap kerana dipercayai membawa tuah, manakala nombor ganjil dikaitkan dengan pengebumian. Jumlah melibatkan nombor empat dielakkan kerana sebutannya hampir sama dengan "kematian" (死 sǐ). Sebaliknya, nombor sembilan (九 jiǔ) disukai kerana bunyinya sama dengan "lama/kekal" (久 jiǔ).
Wang baharu lebih digemari berbanding wang lama. Menjelang Tahun Baru, barisan panjang sering kelihatan di bank kerana ramai orang mahu mendapatkan wang baharu untuk dimasukkan ke dalam angpau.
Di Hong Kong, angpau dibuka pada atau selepas hari ke-7 Tahun Baru. Di Suzhou, kanak-kanak menyimpan angpau di bawah bantal atau katil mereka untuk perlindungan.
Angpau Digital
Pada 2014, aplikasi WeChat memperkenalkan angpau digital (hongbao) melalui platform WeChat Pay. Ciri ini membolehkan pengguna menghantar wang kepada individu atau kumpulan. Ia menjadi popular selepas promosi besar semasa CCTV Gala Tahun Baru.
Persaingan muncul antara Tencent dan Alibaba Group, yang memperkenalkan ciri serupa di aplikasi mereka seperti Alipay. Menjelang 2016, lebih 32 bilion angpau digital dihantar, meningkat sepuluh kali ganda dari tahun sebelumnya. Menjelang 2017, dianggarkan lebih 100 bilion angpau digital dihantar semasa musim perayaan.
Sejak 2020, banyak jenama menggunakan reka bentuk khas angpau digital sebagai strategi pemasaran bermusim, termasuk tema zodiak, maskot, dan ucapan Tahun Baru.
Sejarah
Amalan ini bermula pada zaman Dinasti Han, dengan pemberian syiling dipanggil 壓勝錢 (yāshèng qián) yang dipercayai mampu menghalau roh jahat. Pada zaman Dinasti Tang, pemberian wang kepada kanak-kanak menjadi tradisi musim bunga.
Zaman Song dan Yuan menyaksikan pemberian syiling berbenang merah dipanggil 壓歲錢 (yāsuì qián). Semasa Dinasti Ming dan Qing, dua jenis yasui qian muncul: satu dijalin benang merah dan satu lagi dalam kantung berwarna.
Selepas era Republik China, syiling diganti dengan wang kertas dibungkus dalam kertas merah. Selepas 1949, Republik Rakyat China mengekalkan tradisi ini, kini dalam bentuk angpau moden.
Adat lain

Tradisi serupa turut wujud di beberapa negara Asia lain.
Etnik Cina
Di Thailand, Myanmar (Burma), dan Kemboja, komuniti Cina perantauan dan pendatang memperkenalkan amalan memberikan angpau.
Kemboja
Di Kemboja, angpau dikenali sebagai ang pav atau tae ea ("beri ang pav"). Ang pav disampaikan bersama ucapan baik kepada generasi muda. Ia adalah hadiah penting sebagai simbol tuah daripada golongan tua. Ang pav boleh diserahkan pada Hari Tahun Baru Cina atau semasa Saen Chen, apabila ahli keluarga berkumpul. Hadiah tersebut disimpan sebagai objek penghormatan di dalam atau bawah sarung bantal, atau di tempat berhampiran katil anak muda. Ia boleh berbentuk wang tunai atau cek, mengikut kemampuan pemberi.
Ang pav tidak diberikan kepada ahli keluarga yang sudah berkerjaya, sebaliknya orang dewasa tersebut perlu memberi kepada ibu bapa dan/atau adik-beradik yang lebih muda.
Semasa majlis perkahwinan, jumlah wang disesuaikan untuk menampung kos tetamu dan membantu pengantin baru.
Vietnam

Angpau adalah tradisi dalam budaya Vietnam. Ia dianggap sebagai wang tuah dan lazimnya diberikan kepada kanak-kanak semasa Tahun Baru Vietnam. Biasanya diberi oleh orang tua atau dewasa, disertai dengan ucapan kesihatan dan panjang umur seperti "Sống lâu trăm tuổi", "An khang thịnh vượng", "Vạn sự như ý", dan "Sức khỏe dồi dào". Wang tuah ini dikenali sebagai lì xì (利市) atau kadangkala mừng tuổi (𢜠歲).[1]
Korea Selatan
Di Korea Selatan, hadiah wang diberikan kepada kanak-kanak oleh saudara-mara semasa musim Tahun Baru. Beg kecil dikenali sebagai bokjumeoni (복주머니) digunakan sebagai penganti angpau.
Jepun
Hadiah wang yang dipanggil otoshidama (お年玉) diberikan kepada kanak-kanak sepanjang tempoh Tahun Baru Jepun.[2] Sampulnya biasanya berwarna putih atau berhias (お年玉袋), dengan nama penerima ditulis di hadapan.[3] Untuk majlis perkahwinan Jepun, digunakan sampul shūgi-bukuro (祝儀袋), dilipat (bukan disegel) dan dihias dengan reben mizuhiki (水引).[4]
Filipina
Di Filipina, masyarakat Cina Filipina (dikenali sebagai "Filipino-Chinese") bertukar angpau semasa Tahun Baru Cina. Adat ini turut diterima dalam masyarakat Filipina amnya—misalnya untuk sambutan hari jadi dan pemberian aguinaldo semasa Krismas di Filipina. Disebut juga sebagai ampaw disebabkan sebutan Bahasa tempatan.
Sampul hijau
Masyarakat Melayu Muslim di Malaysia, Brunei, Indonesia, dan Singapura mengadaptasi amalan Cina semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, menggunakan sampul berwarna hijau dalam tradisi sedekah. Biasanya wang (jumlah kecil) diberikan kepada keluarga dan sahabat yang tidak dapat dijenguk. Warna hijau dipilih kerana melambangkan Islam. Amalan ini bersandar kepada konsep sadaqah (derma sukarela), bukan zakat atau keperluan agama. Di kalangan masyarakat Sunda, anak lelaki baru lahir sunat diberikan wang dikenali sebagai panyecep atau uang sunatan.
Sampul ungu
Komuniti India Hindu di Singapura dan Malaysia mengadaptasi amalan ini untuk sambutan Deepavali, dikenali sebagai Deepavali ang pow (Malaysia), purple ang pow atau hanya ang pow (Singapura). Hangat pada masa-masa lalu juga diguna sampul kuning.[5]
Lihat juga
- ^ ""Li xi" – Lucky Money for Tet". www.vietnamonline.com. Dicapai pada 3 April 2021.
- ^ "Elementary 2 – Lesson 9…" (PDF). 17 December 2020.
- ^ Siek, Hwee Ling; Tien-Li Chen (2013). "Green Ang Pow and Purple Ang Pow…". http://design-cu.jp/iasdr2013/papers/1893-1b.pdf.