Tentera Nasional Indonesia TNI | |
---|---|
Lambang Tentera Nasional Indonesia Bendera Tentera Nasional Indonesia | |
Diasaskan | 5 Oktober 1945Tentara Keamanan Rakyat) | (dengan nama
Bentuk kini | 3 Jun 1947 |
Cabang khidmat | |
Ibu pejabat | Cilangkap, Jakarta |
Kepimpinan | |
Panglima Tertinggi | Presiden Prabowo Subianto |
Menteri Pertahanan | Sjafrie Sjamsoeddin |
Panglima Tentara Nasional Indonesia | Jeneral Agus Subiyanto |
Usia masuk tentera | 17 |
Pengerahan | Tidak ada |
Sedia berkhidmat dalam tentera |
131,000,000, usia 15–49 (2016[4]) |
Sesuai untuk berkhidmat |
108,000,000, usia 15–49 (2016[4]) |
Capaian usia masuk tentera tahunan |
4,500,000 (2016[4]) |
Kakitangan aktif | 400,000[1] (Kedudukan 13th) |
Kakitangan simpanan | 400,000[1] 8,574 (Komcad)[2] |
Kakitangan diatur | 3,544[3] |
Perbelanjaan | |
Bajet | AS$9.27 billion (2024) |
Peratusan KDNK | 0.6% (2024) |
Industri | |
Pembekal domestik | Daftar
|
Pembekal luar | Semasa:
|
Rencana berkaitan | |
Sejarah | |
Pangkat | Lencana pangkat Tentera Nasional Indonesia |
Seorang anggota infantri TNI-AD yang menyertai Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu |
Tentara Nasional Indonesia (disingkatkan sebagai TNI) merupakan angkatan pertahanan Indonesia terdiri daripada tiga cabang utama diberi nama "angkatan bersenjata" iaitu Angkatan Darat, Angkatan Laut, dan Angkatan Udara. Setiap angkatan diketuai oleh seorang Ketua Staf Angkatan, dan ketiga-tiga Ketua Staf itu dipimpin oleh seorang Panglima TNI. Panglima TNI saat ini ialah Jenderal TNI Agus Subiyanto . Presiden Indonesia adalah Panglima Tertinggi TNI. Pada tahun 2016, ia mengandungi kira-kira 434,410[10] anggota tentera termasuk Korps Marinir Indonesia yang merupakan cabang dalam Angkatan Laut.
Dalam sejarahnya, TNI pernah digabungkan dengan pasukan polis dalam gabungan yang dipanggil Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI). Menurut Peraturan MPR No. VI/MPR/2000 tentang pemisahan TNI dengan POLRI, serta Peraturan MPR No. VII/MPR/2000 tentang peranan-peranan TNI dan POLRI, maka pada 30 September 2004, DPR Republik Indonesia meratifikasi Rang Undang-undang TNI yang kemudian dimeterai oleh Presiden Megawati pada 19 Oktober 2004.
Sejarah awal TNI
Pada awalnya, negara Indonesia tidak mempunyai angkatan tentera. Badan Keselamatan Rakyat (BKR) yang dibentukkan dalam persidangan Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI) pada 22 Ogos 1945 dan diumumkan oleh Presiden Soekarno pada 23 Ogos 1945 bukannya sebuah angkatan tentera yang rasmi.
Baik di pusat mahupun di daerah, BKR berada di bawah kuasa KNIP serta KNI Daerah, dan bukannya di bawah perintah Presiden sebagai Panglima Tertinggi dalam angkatan tentera. Pertubuhan ini juga tidak berada di bawah penyelerasan Menteri Pertahanan. BKR hanya dibentukkan untuk memeliharakan keamanan tempatan sewaktu Indonesia menyediakan diri untuk memulakan peperangan menghadapi Sekutu.
Peranan TNI
Menurut undang-undang Tentera Nasional Indonesia (TNI), Artikel 2 menyatakan:
- Tentera Raykat: tentera yang terdiri daripada warganegara Indonesia.
- Tentera Pertempuran: tentera yang berjuang untuk memeliharakan negara Republik Indonesia dan yang tidak mengenal penyerahan dalam pelaksanaan dan penyelesaian tugas mereka.
- Tentera Nasional: tentera yang bertugas untuk mengutamakan kepentingan negara, berbanding kepentingan daerah, suku kaum, ras, dan golongan agama.
- Tentera Profesional: tentera terlatih dan terdidik yang dilengkapkan sepenuhnya, dan yang tidak terlibat, baik dalam politik mahupun dalam perniagaan. Mereka mematuhi dasar politik negara yang mendukung prinsip demokrasi, keagungan sivil, hak asasi manusia, serta peruntukan undang-undang negara dan undang-undang antarabangsa yang telah diratifikasi. Kebajikan mereka dijamin.
Tugas TNI
Menurut Undang-undang TNI Artikel 7 (1), tugas TNI adalah untuk:
- mendukung kedaulatan negara Indonesia;
- mempertahankan keutuhan wilayah Republik Indonesia yang berdasarkan Garuda Pancasila dan UUD 45; serta
- melindungi semua bangsa, agama dan seluruh tanah air Indonesia dari ancaman dan gangguan terhadap kepaduan bangsa dan negara.
TNI Artikel 7 (2) menyatakan tugas yang ditentukan oleh Artikel 7 (1) dilakukan dengan:
- operasi tentera untuk perang
- operasi tentera selain daripada perang, iaitu untuk:
- menentangi gerakan pemisah bersenjata
- menentangi pemberontakan bersenjata
- menentangi kegiatan-kegiatan terorisme
- melindungi sempadan wilayah
- melindungi infrastruktur negara yang strategik
- melaksanakan tugas keamanan dunia sejajar dengan dasar luar negeri
- melindungi Presiden dan Naib Presiden serta keluarganya
- memperkukuh wilayah pertahanan dan kekuatan negara persahabatan secara awal sejajar dengan sistem pertahanan bersepadu
- membantu tugas pemerintahan di daerah
- membantu Kepolisian Negara Republik Indonesia dalam rangka tugas keamanan dan ketertiban masyarakat
- membantu melindungi tetamu negara yang bertaraf ketua negara dan perwakilan kerajaan asing yang melawati Indonesia
- membantu mengendalikan akibat bencana alam, pemindahan, dan pemberian bantuan kemanusian
- membantu dalam operasi cari dan selamatkan
- membantu kerajaan dalam keselamatan pelayaran dan penerbangan terhadap perampasan, pelanunan, dan penyeludupan.
Kekuatan Bersenjata Indonesia
Berikut adalah data mengenai kekuatan angkatan bersenjata Indonesia tahun 2018:
Jumlah prajurit:432.129 personil | ||
TNI Angkatan Darat | TNI Angkatan Luat | TNI Angkatan Udara |
Jumlah prajurit: 328.517 | Jumlah prajurit: 74.963 | Jumlah prajurit: 34.930 |
Kekuatan Terpusat
Komponen Cadangan
|
Sistem Senjata Armada Terpadu
|
Skuadron Udara
|
(Sumber: Harian Koran Tempo tanggal 14 Februari 2006)
Galeri
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b International Institute for Strategic Studies (15 Februari 2023). The Military Balance 2023 (dalam bahasa Inggeris). London: Routledge. m/s. 254. ISBN 9781032508955.
- ^ Kementerian, Pertahanan (2023-08-11). "Menhan Prabowo Wakili Presiden Jokowi Tetapkan 2.497 Komcad TNI TA. 2023". Kementerian Pertahanan RI (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-08-14.
- ^ "Ongoing Operations". www.pkc-indonesia.mil.id. Pusat Misi Pemeliharaan Perdamaian Tentara Nasional Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-05. Dicapai pada 8 Januari 2014. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Indikator Pembangungan Dunia-Penjelajah Google Data Publik". google.co.id (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2016. Dicapai pada 10 Disember 2016.
- ^ "PT Palindo Marine Shipyard". palindomarine.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2015. Dicapai pada 27 Oktober 2015.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s "SIPRI Military Arms Transfers Database". SIPRI.org. Stockholm International Peace Research Institute. Dicapai pada 2 Januari 2014.
- ^ Nanda Fahriza Batubara (23 Oktober 2023). Dwi Ayuningtyas (penyunting). "Teka-teki Impor Senjata Israel dan Pertahanan RI dalam Angka". Tirto.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 31 Oktober 2024.
- ^ Suryarandika, Rizky (1 Julai 2024). Teguh Firmansyah (penyunting). "Siapa Pihak yang Mengimpor Senjata dari Israel ke Indonesia? Ini Analisa Pengamat". Republika.co.id (dalam bahasa Indonesia). Jakarta. Dicapai pada 31 Oktober 2024.
- ^ Rahmat, Ridzwan (24 August 2016). "Indonesia acquires Chinese-developed CIWS for another Kapitan Pattimura-class corvette". janes.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 August 2016.
- ^ International Institute for Strategic Studies (3 February 2014). The Military Balance 2014. London: Routledge. m/s. 246–250. ISBN 9781857437225.
Pautan luar
- Tapak web rasmi untuk Ibu Pejabat TNI
- Tapak web rasmi untuk Angkatan Darat TNI
- Tapak web rasmi untuk Angkatan Laut TNI Diarkibkan 2014-06-28 di Wayback Machine
- Tapak web rasmi untuk Angkatan Udara TNI
- Tapak web rasmi untuk Jabatan Pertahanan Republik Indonesia Diarkibkan 2000-08-15 di Wayback Machine