Negara Anggota ASEAN |
Portal Singapura |
Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP)[1] adalah seseorang anggota bagi parti politik pembangkang Singapura, yang menurut Perlembagaan dan Akta Pilihan Raya Parlimen, diisytiharkan telah dipilih sebagai anggota Parlimen Singapura walaupun kalah dalam pilihan raya umum tetapi merupakan salah seorang pesaing dengan prestasi yang terbaik. NCMP menikmati sebahagian besar keistimewaan seperti anggota Parlimen biasa.
Skim NCMP telah diperkenalkan pada tahun 1984, dan merupakan satu pengubahsuaian signifikan bagi sistem Westminster tradisional Pemerintah. Sejak Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah memenangi semua kerusi parlimen dalam empat pilihan raya umum sejak kemerdekaan, Perdana Menteri Lee Kuan Yew berhujah bahawa skim NCMP akan memastikan suara-suara pihak pembangkang dapat didengari di Parlimen. Menurutnya ini akan memberi manfaat kepada Singapura kerana ia akan memberi suatu peluang kepada generasi muda Singapura untuk melihat apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan oleh pihak pembangkang. Apabila pindaan pertama perlembagaan dibuat untuk mewujudkan skim NCMP, di antara tiga hingga enam NCMP dibenarkan di dalam Parlimen. Perlembagaan dipinda lagi pada tahun 2010 untuk membenarkan jumlah maksimum sembilan NCMP di dalam Parlimen.
Catatan
- ^ "Glossary › Non-Constituency Member of Parliament (NCMP)". Parlimen Singapura. Dicapai pada 8 Oktober 2018.[arkib]
Bacaan lanjut
Rencana
- Tan, Eugene; Chan, Gary (13 April 2009), "The Legislature", The Singapore Legal System, SingaporeLaw.sg, Akademi Undang-undang Singapura, diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2010, dicapai pada 1 Disember 2010 Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan). - Tan, Kevin Yew Lee (1992), "Constitutional Implications of the 1991 Singapore General Election", Singapore Law Review, 13: 26–59.
- Thio, Li-ann (2002), "The Right to Political Participation in Singapore: Tailor-making a Westminster-modelled Constitution to Fit the Imperatives of Asian Democracy", Singapore Journal of International and Comparative Law, 6: 181–243.
- Winslow, Valentine S. (1984), "Creating a Utopian Parliament: The Constitution of the Republic of Singapore (Amendment) Act 1984; the Parliamentary Elections (Amendment) Act 1984", Malaya Law Review, 28: 268–274.
Buku
- Chan, Helena H[ui-]M[eng] (1995), "The Legislature", The Legal System of Singapore, Singapura: Butterworths Asia, m/s. 30–40, ISBN 978-0-409-99789-7.
- The Parliament of the Republic of Singapore, Singapura: Parliament of the Republic of Singapore, 1997, ISBN 978-9971-88-567-0.
- Tan, Kevin Y[ew] L[ee] (2011), "Making Law: Parliament", An Introduction to Singapore's Constitution (ed. semakan), Singapura: Talisman Publishing, m/s. 33–60, ISBN 978-981-08-6456-9.
- Tan, Kevin Y[ew] L[ee]; Thio, Li-ann (2010), "The Legislature", Constitutional Law in Malaysia and Singapore (ed. ke-3), Singapura: LexisNexis, m/s. 299–360, ISBN 978-981-236-795-2.
- Thio, Li-ann (1995), "Government and the State", ASEAN Legal Systems (PDF), Singapura: Butterworths Asia for the ASEAN Law Association, ISBN 978-0-409-99802-3, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 Disember 2009 Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan). - Thio, Li-ann (2012), "The Legislature and the Electoral System", A Treatise on Singapore Constitutional Law, Singapura: Academy Publishing, m/s. 285–359 at 304–308, ISBN 978-981-07-1515-1.