Ang Lee | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Chaojhou, Pingtung, Taiwan |
Pekerjaan | Pengarah filem |
Tahun aktif | Mula bergiat dalam filem pada 1992 - sekarang |
Ang Lee (Bahasa Cina: 李安 ; pinyin: Lǐ Ān) dilahirkan pada 23 Oktober 1954 di Taiwan. Beliau merupakan seorang pengarah filem yang terkenal dan menjadi fokus media barat.
Ang Lee dilahirkan di pekan Chaojhou di Pingtung, suatu kawasan pertanian di Taiwan. Beliau telah dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan kesustrastaan Bahasa Cina. Ibu bapa Lee telah berhijrah dari China ke Taiwan pada tahun 1949, semasa Perang Candu. Nenek dan datuk Lee terbunuh semasa Revolusi China.
Pendidikan
Bapa Lee, berasal dari Jiangxi, China menekankan kepentingan mempelajari budaya dan seni (terutamanya kaligrafi Cina) masyarakat Cina. Lee mendapat pendidikan awal di sekolah Tainan First Senior High School di mana ayahnya merupakan seorang bekas pengetua sekolah. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke National Arts School (sekarang dikenali sebagai National Taiwan University of Arts) dan menjadi graduan pada tahun 1975.
Ayahnya ingin Lee menjadi seorang profesor. Namun demikian, Lee hanya menunjukkan minat terhadap seni di kolej. Pada tahun 1979, Lee berhijrah ke Amerika Syarikat. Kemudian pada tahun 1980, Lee berjaya memasuki Sekolah Seni Tisch di Universiti New York.
Lee mengabggur selama beberapa tahun selepas menamatkan pengajiannya. Kehidupanya pada masa itu ditanggung sepenuhnya oleh isterinya. Lee menjadi suri rumah ketika itu.
Keluarga
Lee telah berkahwin kepada Jane Lin. Mereka mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinan mereka iaitu Haan Lee (1984) dan Mason Lee (1990). Kini Lee sedang menetap di Wesrchester, New York dengan anak lelakinya Mason Lee.
Filem
Filem arahan Ang Lee
- Laziness in a Saturday Afternoon
- One Day of Ma-Chuan Chen
- The Runner (1980)
- Beat the Artist (1981)
- I Love Chinese Food (1981)
- Shades of the Lake(1982)
- Fine Line (1984)
- Pushing Hands (1992)
- The Wedding Banquet (1993)
- Eat Drink Man Woman (1994)
- Sense and Sensibility (1995)
- The Ice Storm (1997)
- Ride with the Devil (1999)
- Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000)
- The Hire (2000)
- Hulk (2003)
- Brokeback Mountain (2005)
- Lust, Caution (2007)
Penulis skrip
- Pushing Hands (1992)
- The Wedding Banquet (1993)
- Eat Drink Man Woman (1994)
- Siao Yu (1995)
Pelakon
- The Wedding Banquet (1993)
- The Hulk (2003)
Penyunting
- Pushing Hands (1992)
- Eat Drink Man Woman (1994)
Produser
- Crouching Tiger Hidden Dragon (2000)
- Siao Yu (1995)
Pautan luar
- Ang Lee di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Ang Lee Diarkibkan 2007-04-26 di Wayback Machine (Bahasa Cina)
- Ang Lee 64th Venice Film Festival press conference Diarkibkan 2019-01-09 di Wayback Machine (English)