Fail:André Filipe Teixeira da Silva.jpg | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | André Filipe Teixeira da Silva[1] | ||
Tarikh lahir | [2] | 28 April 2000||
Tempat lahir | Gondomar, Portugal[2] | ||
Tarikh kematian | 3 Julai 2025 | (umur 25)||
Tempat kematian | Cernadilla, Sepanyol | ||
Ketinggian | 168 cm (5 ka 6 in)[3] | ||
Posisi permainan | Pemain tengah menyerang | ||
Kerjaya remaja | |||
2008–2011 | Gondomar | ||
2011–2017 | Porto | ||
2015–2016 | → Padroense (pinjaman) | ||
2017–2019 | Paços de Ferreira | ||
2019–2020 | Famalicão | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2021–2023 | Gondomar | 37 | (9) |
2023–2025 | Penafiel | 59 | (6) |
Jumlah | 96 | (15) | |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
André Filipe Teixeira da Silva (28 April 2000 – 3 Julai 2025) ialah seorang pemain bola sepak profesional Portugal yang bermain sebagai pemain tengah menyerang.[4] Dia bermain untuk beberapa kelab di peringkat remaja, termasuk Porto.
Silva maut pada usia 25 tahun, dalam kemalangan kereta di Sepanyol bersama abangnya Diogo Jota pada 3 Julai 2025.[4]
Kerjaya
Andre pertama kali bermain bola sepak di kelab tempatan, Gondomar sebelum menyertai akademi kelab Porto pada 2011. Dia pernah belajar di Padroense, di tempatkan pada tahun yang sama dengan Vitinha dan Fábio Vieira. Dia kemudian pernah menyertai Paços de Ferreira, Famalicão dan Boavista.
Andre pulang ke kelab masa kecilnya, Gondomar pada 2021. Dia bermain di atas padang kelab itu selama dua musim sebelum menyertai divisyen empat, Campeonato de Portugal dan sempat menyertai Taça de Portugal. Pada 2022–23, dia melakarkan 9 gol, 2 asist dan 26 kaps.
Pada 1 Julai 2023, Andre menyertai Penafiel dengan kontrak tiga tahun. Dia merupakan skuad semasa dan utama dibawah pelatihan Helder Cristovão. Melakarkan 62 penampilan, 7 gol dan 3 asist selama dua musim di Liga Portugal 2.[5]
Kehidupan peribadi
Abang daripada Andre, Diogo Jota ialah pemain bola sepak Portugal yang dikenal bermain untuk Kelab Inggeris, Liverpool dan Wolverhampton Wanderers. Kedua abang-adik bersama-sama memulakan kerjaya di Gondomar dan kemudian bermain untuk Paços de Ferreira. Andre masih berada di akademi sementara abangnya menyertai Porto sebagai pemain pinjaman pada 2016.
Andre menyertai universiti, memilih kepujian dalam business management. Andre bersama Jota sempat berkongsi untuk menubuhkan syarikat tempatan mereka bersama.[6]
Kematian
Pada 3 Julai 2025, Andre yang duduk di samping sang abang maut pada usia 25 tahun. Pada kemalangan di Lebuh Raya A‑52 motorway di Cernadilla, Sepanyol. Menurut laporan, Lamborghini yang dikendarai oleh Diogo sedang melaju tinggi dan hendak mendahului kereta lain. Ketika itu roda lamborghini pecah dan kereta kehilangan arah. Kemudian kereta itu terbakar. Pihak kecemasan Sepanyol menyatakan bahawa abang-adik itu maut dalam kemalangan. Keamanan Civil dan Polis Sepanyol berkata “Kereta melaju jauh melampui had untuk jalur lebuh raya ini”.
Jurulatihnya, Hélder memberikan simpati kepada Andre. "Permainannya lincah, tubuhnya kecil tapi tangguh. Hal yang semakin langka kita temui dalam permainan, tetapi prioriti kelab untuk sekarang tentu lebih mementingkan keluarga dan perasaan hati daripada mendiang André Silva berbanding taktikal bola."
Pada 5 Julai, Silva dan Jota dimakamkan di Igreja Paroquial de Gondomar, Portugal. Banyak dari teman, saudara dan bintang bola sepak hadir menyertainya. Virgil van Dijk membawakan bunga untuk Jota. Untuk Andre, Andrew Robertson yang membawakannya.
Rujukan
- ^ "André Silva". Liga Portugal. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 July 2025. Dicapai pada 4 July 2025.
- ^ a b Reis, Ana Karolina (3 July 2025). "Quem era André Silva, irmão de Diogo Jota que também morreu em acidente" [Who was André Silva, brother of Diogo Jota who also died in an accident]. CNN Brasil (dalam bahasa Portugis). Dicapai pada 7 July 2025.
Natural de Gondomar, na região metropolitana do Porto, André nasceu em 28 de abril de 2000.
[Originally from Gondomar, in the metropolitan region of Porto, André was born on April 28, 2000.] - ^ "André Silva: Profile". worldfootball.net. HEIM:SPIEL. Dicapai pada 3 July 2025.
- ^ a b "Who was André Silva, Diogo Jota's brother who died alongside him in an accident". Catalunya Diari EN (dalam bahasa Inggeris). 2025-07-03. Dicapai pada 2025-07-03.
- ^ "Penafiel contrata irmão de Diogo Jota". www.record.pt (dalam bahasa Portugis). Dicapai pada 2025-07-10.
- ^ Fernandes, Mariana. "Tinha acabado de se licenciar em Gestão e jogava na Segunda Liga: quem era André Silva, o irmão de Diogo Jota". Observador (dalam bahasa Portugis). Dicapai pada 2025-07-10.