Ananda | |
---|---|
Pengiran Anxi | |
Pemerintahan | 1278–1307 |
Didahului oleh | Manggala |
Diikuti oleh | Yerutömör |
Pengiran Qin | |
Pemerintahan | 1287–1289 |
Diikuti oleh | Altan Buqa |
Keputeraan | s. 1270 |
Kemangkatan | 1307 | (umur 36–37)
Kerabat | Borjigin |
Wangsa | Dinasti Yuan |
Ayahanda | Manggala |
Bonda | Putri |
Agama | Sunni Islam |
Ananda (Mongolia: ᠠᠨᠠᠨᠳᠠ ) ialah putera empayar dinasti Yuan.Beliau merupakan keturunan Genghis Khan, sebagai cucu Kublai Khan, dan anak Manggala, putera ketiga Kublai. Dalam pentadbiran di China, beliau memegang gelaran Raja Anxi (安西王).[1]
Biografi
Kehidupan awal
Ananda ialah seorang muslim berketurunan bangsawan Mongolia yang sangat taat. Beliau merupakan keturunan dari Tolui. Sebagai anak pertama dia ditempah dengan keras oleh Manggala, ayahnya. Ananda kecil diasuh oleh seorang Panglima Türk bernama Mihtar Hassan Aqtachi dan isterinya, Zulaykha di Asia Tengah. Hassan mengajari Ananda cara berburu, berkuda dan mentadbir sebuah wilayah. Kelak dia menikahkan anak perempuannya kepada Ananda dan Arslan.
Pada 1278, Zheng Sixiao seorang loyalis Song membunuh Manggala. Sebelumnya dia adalah penjawat di Anxi dari keturunan rakyat jelata. Ketika itu kedua adik Ananda, Altan dan Arslan masih sangat kecil. Mereka berdua mengikuti jejak sang abang.
Dinasti Yuan
Arslan memutuskan untuk berkhidmat kepada Ghazan di Iran sedangkan Ananda dan Altan memutuskan untuk menyertai Temür Khan di China. Mengetahui kedatangan sepupunya, Temür mengajaknya untuk memeluk agama Buddhisme. Ananda menolaknya kerana dia telah memilih Islam sebagai agamanya dan meminta izin kepada Temür untuk menyebarkan ajaran Islam di wilayah Anxi dan sekitarnya. Hampir semua pembesar kerajaan Yuan ketika itu beragama Buddha. Ananda mengatakan bahawa dia sama seperti Ghazan, saudara lelaki Kublai yang telah memeluk agama Islam.
Selain di wilayah Anxi, pasukan Ananda juga diperintahkan untuk menjaga Hexi, Tibet dan Sichuan dari serangan tentera Kaidu. Pada satu peristiwa di Gunung Liupan, China. Ananda mengumpulkan seluruh askarnya yang berjumlah puluhan ribu. Terdiri dari etnik yang majemuk. Ananda mengajak kepada mereka bahawa tiada tuhan selain Allah. Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Pasukannya itu menerima dengan senang hati dan redha terhadap ajakannya.
Pada 1295, Ananda bersama pasukannya menyerang ke wilayah Kaidu di Asia Tengah. Membuatnya yang masih sangat muda menjadi salah satu calon kuat Khan Agung. Pada 1304, Ananda ditunjuk sebagai Wazir Agung China oleh Aqutai, seorang kanselor kiri. Bersama dengan banyak bangsawan Mongol lain, tetapi Külüg Khan dengan dukungan dari kanselor kanan, Qarahesun menyerangnya yang sedang melakukan pentabalan raja dalam tradisi Mongolia, Kurultai.
Ananda memiliki seorang anak, Yerutömör yang meneruskan pentadbirannya di Anxi.
Rujukan
- ^ Shurany, Vered (2018-02-23). "Prince Manggala – The Forgotten Prince of Anxi". Asiatische Studien - Études Asiatiques. 71 (4): 1169–1188. doi:10.1515/asia-2017-0012. ISSN 0004-4717.