Amy Adams | |
---|---|
Kelahiran | Amy Lou Adams 20 Ogos 1974 |
Warganegara | Amerika Syarikat |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
Tahun aktif | 1995–sekarang |
Pasangan | Darren Le Gallo (k. 2015) |
Anak-anak | 1 |
Amy Lou Adams (lahir Ogos 20, 1974)[1] ialah seorang pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat. Adams memulakan kariernya dalam pementasan dan kemudiannya membuat penampilan filem pertamanya dalam Drop Dead Gorgeous. Selepas berpindah ke Los Angeles dan membuat penampilan tetamu dalam siri televisyen serta peranan dalam filem B, Adams muncul sebagai Brenda Strong dalam Catch Me If You Can. Beliau mempunyai peranan di dalam filem tahun 2005, Junebug dimana beliau mendapat pujian kritis dan pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Sokongan Terbaik. Pada tahun 2007, Adams membintangi filem muzikal animasi Disney, Enchanted. Beliau menerima pencalonan kedua Anugerah Akademi dan pencalonan pertama Anugerah BAFTA untuk peranannya dalam filem tahun 2008, Doubt.
Adams menerima dua lagi pencalonan Golden Globe, BAFTA dan Anugerah Akademi untuk peranannya di dalam filem tahun 2010, The Fighter dan filem tahun 2012, The Master. Beliau terus mencapai kejayaan pada tahun 2013 dengan lakonan di dalam Man of Steel, Her dan di dalam American Hustle.
Kehidupan awal
Adams dilahirkan di Vicenza, Veneto, Itali,[2] anak keempat daripada tujuh orang adik beradik kepada ibu-bapa dari Amerika Syarikat, Kathryn (Hicken) dan Richard Adams.[1][3] Bapa beliau adalah seorang tentera veteran AS dan ditugaskan di Caserma Ederle ketika beliau lahir.[4][5] Selepas bertahun-tahun berpindah ke banyak pangkalan, keluarga Adams menetap di Castle Rock, Colorado ketika Adams berumur lapan tahun.[6]
Kerjaya
1995–2004
Adams mula berkerja secara professional sebagai penari di Boulder's Dinner Theatre, Country Dinner Playhouse dan Heritage Square Music Hall. Di sana, beliau dijumpai oleh pengarah teater makan malam Minneapolis, Michael Brindisi, pada tahun 1995.[7] Adams berpindah ke Chanhassen, Minnesota dan bekerja di Chanhassen Dinner Theatres untuk tiga tahun berikutnya. Beliau menjalani uji bakat filem komedi 1999, Drop Dead Gorgeous yang menjalani pengambaran di Minnesota dan dipilih untuk peranan filem pertamanya. Adams berpindah ke Los Angeles pada bulan Januari 1999.[7] Sejurus selepas tiba di Los Angeles, beliau dipilih ke dalam Manchester Prep untuk watak Kathryn Merteuil. Siri ini kemudiannya dibatalkan.[8] Episod yang sudah difilemkan kemudiannya disunting semula untuk dikeluarkan sebagai filem terus ke video, Cruel Intentions 2.[9]
Bermula tahun 2000 sehingga 2002, Adams muncul dalam beberapa filem kecil seperti Psycho Beach Party serta membintangi sebagai tetamu dalam siri televisyen seperti That '70s Show, Charmed, The Office, Buffy the Vampire Slayer, Smallville dan The West Wing. Beliau muncul dalam Catch Me If You Can sebagai Brenda Strong. Pada tahun 2004, beliau membintangi The Last Run serta menyuarakan karakter dama siri televisyen animasi, King of the Hill. Beliau juga dipilih sebagai pelakon tetap dalam siri televisyen, Dr. Vegas sebagai Alice Doherty.[9]
2005–2007
Sebelum meninggalkan Dr. Vegas, beliau telah menerima skrip untuk filem bebas bajet rendah, Junebug dan menjalani uji bakat untuk watak Ashley Johnsten.[6] Filem ini menjalani pengambaran selama 21 hari di Winston-Salem, North Carolina. Junebug dibuka di Festival Filem Sundance 2005.[10] Selepas tayangan teater The Wedding Date pada bulan Februari 2005 dimana Adams muncul bersama-sama Debra Messing dan Dermot Mulroney, Junebug ditayangkan di teater oleh Sony Pictures Classics pada bulan Ogos.
Adams kemudiannya muncul dalam filem Standing Still dan Talladega Nights: The Ballad of Ricky Bobby serta melakonkan peranan berulang sebagai Katy dalam siri televisyen, The Office. Selepas menyuarakan watak Polly Purebred dalam Underdog, Adams membintangi filem 2007 Disney, Enchanted. Filem itu juga dibintangi Patrick Dempsey, Idina Menzel, Susan Sarandon dan James Marsden. Enchanted mencapai kejayaan komersial dengan mengutip lebih daripada $340 juta di seluruh dunia.[11] Her performance was well received by critics.[12] Adams muncul dalam Charlie Wilson's War sebagai Bonnie Bach. Projek Adams yang seterusnya adalah Sunshine Cleaning. Filem ini dibuka di Festival Filem Sundance 2008 Sundance dan menerima ulasan bercampur.[13]
2008–2012
Filem pertamanya pada tahun 2008 merupakan filem, Miss Pettigrew Lives for a Day dimana beliau berlakon sebagai Delysia Lafosse. Pada lewat tahun 2008, Adams membintangi Doubt bersama-sama Meryl Streep, Philip Seymour Hoffman dan Viola Davis. Peranan Adams yang seterusnya adalah sebagai Amelia Earhart dalam Night at the Museum 2: Battle of the Smithsonian dibintangi Ben Stiller. Walaupun filem ini menerima ulasan bercampur, lakonan Adams dipuji oleh kebanyakan pengkritik.[14] Pada tahun yang sama, Adams membintangi Julie & Julia bersama-sama Meryl Streep.[15]
Pada tahun 2010, Adams membintangi Leap Year dan The Fighter dimana beliau berlakon sebagai Charlene Fleming. Pada tahun 2011, beliau sekali lagi bekerja bersama Disney, membintangi filem The Muppets bersama-sama Jason Segel dan The Muppets.[16]
Adams menerima ulasan terbaik dalam kariernya untuk lakonannya dalam The Master. Di dalam filem ini, Adams melakonkan watak Peggy Dodd. Adams juga membintangi Trouble with the Curve. Filem ini menerima ulasan bercampur tetapi lakonan Adams dipuji oleh pengkritik.[17] Adams membintangi filem On the Road bersama-sama Viggo Mortensen.
2013–sekarang
Adams melakonkan watak Lois Lane dalam Man of Steel. Pada tahun yang sama, Adams membintangi bersama-sama Christian Bale, Bradley Cooper dan Jennifer Lawrence dalam filem American Hustle, diarahkan oleh David O. Russell. Di dalam filem ini, beliau melakonkan watak Sydney Prosser. Adams juga muncul dalam filem Her.[18]
Beliau membintangi Big Eyes sebagai Margaret Keane.[19] Adams dijadual akan membintangi Object of Beauty.[20] Beliau akan menyambung wataknya sebagai Lois Lane dalam Batman v Superman: Dawn of Justice dan Justice League.[21] Adams juga telah disahkan akan membintangi Get It While You Can.[22]
Adams akan membintangi Story of Your Life sebagai Dr. Louise Banks.[23] Adams juga dijadual akan membintangi filem Nocturnal Animals.[24]
Kehidupan peribadi
Pada tahun 2001, Adams mula mempunyai hubungan dengan Darren Le Gallo.[6] Adams dan Le Gallo bertunang pada bulan April 2008.[25][26] Mereaka mempunyai seorang anak perempuan, lahir pada tahun 2010.[27][28] Pada bulan Mei 2015, beliau mengahwini Le Gallo di California.[29]
Filemografi
Filem
Tajuk | Tahun | Peranan | Nota | Ref |
---|---|---|---|---|
Drop Dead Gorgeous | 1999 | Leslie Miller | [30] | |
Psycho Beach Party | 2000 | Marvel Ann | [31] | |
The Chromium Hook | 2000 | Jill Royaltuber | Filem pendek (dikredit sebagai Amy Lou Adams) | [32] |
Cruel Intentions 2 | 2000 | Kathryn Merteuil | Pelepasan terus-ke-video | [33] |
The Slaughter Rule | 2002 | Doreen | [34] | |
Pumpkin | 2002 | Alex | [35] | |
Serving Sara | 2002 | Kate | [36] | |
Catch Me If You Can | 2002 | Brenda Strong | [37] | |
The Last Run | 2004 | Alexis | [38] | |
The Wedding Date | 2005 | Amy Ellis | [39] | |
Standing Still | 2005 | Elise | [40] | |
Junebug | 2005 | Ashley Johnsten | [41] | |
Stephen Tobolowsky's Birthday Party | 2005 | Diri sendiri | Dokumentari | [42] |
Pennies | 2006 | Charlotte Brown | Filem pendek | [43] |
Talladega Nights: The Ballad of Ricky Bobby | 2006 | Susan | [44] | |
Tenacious D in The Pick of Destiny | 2006 | Wanita Cantik | Kameo | [45] |
The Ex | 2006 | Abby March | [46] | |
Underdog | 2007 | "Sweet" Polly Purebred | Suara | [47] |
Enchanted | 2007 | Giselle | [48] | |
Charlie Wilson's War | 2007 | Bonnie Bach | [49] | |
Sunshine Cleaning | 2008 | Rose Lorkowski | [50] | |
Miss Pettigrew Lives for a Day | 2008 | Delysia Lafosse | [51] | |
Doubt | 2008 | Sister James | [52] | |
Night at the Museum: Battle of the Smithsonian | 2009 | Amelia Earhart / Tess | [53] | |
Julie & Julia | 2009 | Julie Powell | [54] | |
Moonlight Serenade | 2009 | Chloe | [55] | |
Leap Year | 2010 | Anna Brady | [56] | |
Love & Distrust | 2010 | Charlotte Brown | Segmen: "Pennies" Pelepasan terus-ke-video |
[57] [58] |
The Fighter | 2010 | Charlene Fleming | [59] | |
The Muppets | 2011 | Mary | [60] | |
On the Road | 2012 | Jane / Joan Vollmer | [61] | |
The Master | 2012 | Peggy Dodd | [62] | |
Trouble with the Curve | 2012 | Mickey Lobel | [63] | |
Man of Steel | 2013 | Lois Lane | [64] | |
Her | 2013 | Amy | [65] | |
American Hustle | 2013 | Sydney Prosser | [66] | |
Lullaby | 2014 | Emily | [67] | |
Big Eyes | 2014 | Margaret Keane | [68] | |
Batman v Superman: Dawn of Justice | 2016 | Lois Lane | [69] | |
Story of Your Life | 2016 | Dr. Louise Banks | [70] [71] | |
Nocturnal Animals | 2016 | Susan Morrow | [72] |
Televisyen
Tajuk | Tahun | Peranan | Saluran | Nota | Ref |
---|---|---|---|---|---|
That '70s Show | 2000 | Kat Peterson | FOX | Episod: "Burning Down the House" | [73] [74] |
Charmed | 2000 | Maggie Murphy | The WB | Episod: "Murphy's Luck" | [75] |
Zoe, Duncan, Jack and Jane | 2000 | Dinah | The WB | Episod: "Tall, Dark and Duncan's Boss" | [76] |
Providence | 2000 | Becka | NBC | Episod: "The Good Doctor" | [77] |
Buffy the Vampire Slayer | 2000 | Beth | The WB | Episod: "Family" | [78] |
Smallville | 2001 | Jodi Melville | The WB | Episod: "Craving" | [79] |
The West Wing | 2002 | Cathy | NBC | Episod: "20 Hours in America" | [80] |
King of the Hill | 2004 | Merilynn / Sunshine / Misty | FOX | Episod: "Cheer Factor", and "My Hair Lady" Suara |
[81] |
Dr. Vegas | 2004 | Alice Doherty | CBS | 5 episod | [82] |
The Office | 2005–06 | Katy | NBC | 3 episod | [83] |
Saturday Night Live | 2008, 2014 | Hos | NBC | Episod: "Amy Adams / Vampire Weekend", and "Amy Adams / One Direction" | [84] [85] |
Diskografi
Tahun | Runut suara | Lagu | Label |
---|---|---|---|
2007 | Enchanted | "True Love's Kiss" | Walt Disney Records |
2007 | "Happy Working Song" | ||
2007 | "That's How You Know" | ||
2008 | Miss Pettigrew Lives for a Day | "If I Didn't Care" | Varèse Sarabande |
2011 | The Muppets | "Life's a Happy Song" | Walt Disney Records |
2011 | "Me Party" | ||
2011 | "Life's a Happy Song Finale" |
Rujukan
- ^ a b "Amy Adams Biography: Actress (1974)". Biography.com (A&E Networks). Dicapai pada December 23, 2014.
Actress Amy Lou Adams was born August 20, 1974, in Vicenza, Italy.
- ^ "Gold Derby by Tom O'Neil: Transcript of our chat with critics' award winner Amy Adams". Los Angeles Times. January 12, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-17. Dicapai pada December 30, 2008. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ TalkTalk web studio. "Amy Adams - Biography". talktalk.co.uk.
- ^ Roy Asfar (Aug 20, 2009). "Amy Adams - Leading Actress Driven and Focused to Succeed". Veterans Advantage. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-05. Dicapai pada January 4, 2015.
- ^ "Biografia di Amy Adams" (dalam bahasa Italian). StarDustMovies. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-11. Dicapai pada February 12, 2009. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ a b c Shnayerson, Michael (December 18, 2008). "Some Enchanted Amy". Vanity Fair. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-18. Dicapai pada December 31, 2008. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b Strickler, Jeff (August 13, 2005). "Former Chanhassen actor becomes reluctant star". Star Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-07. Dicapai pada December 31, 2008.
- ^ Flint, Joe (October 22, 1999). "On The Air". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-22. Dicapai pada January 26, 2008.
- ^ a b Shinayerson, Michael (November 1, 2008). "Some Enchanted Amy". Vanity Fair. Dicapai pada May 12, 2015.
- ^ Murray, Rebecca (January 30, 2005). "Why We Fight and Forty Shades of Blue Take Home Wins at Sundance". About Movies. Park City, UT. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-11. Dicapai pada March 28, 2011.
- ^ "Enchanted". Box Office Mojo. October 26, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-18. Dicapai pada December 20, 2008. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ McCarthy, Todd (November 18, 2007). "Enchanted". Variety. Dicapai pada December 30, 2008.
- ^ Tourtellotte, Bob (January 21, 2008). "Docs are hot at Sundance". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-03. Dicapai pada December 31, 2008.
- ^ "Night at the Museum 2: Battle of the Smithsonian". Metacritic. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-27. Dicapai pada June 12, 2009. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "You Can Now Watch Julie and Julia Without Julie". vanity fair. November 15, 2014. Dicapai pada May 12, 2015.
- ^ Holden, Stephen (November 22, 2011). "Getting the Gang Together Again". The New York Times. Dicapai pada June 9, 2012.
- ^ "Trouble with the Curve". Rotten Tomatoes. Flixter. Dicapai pada September 21, 2012.
- ^ Stone, Natalie (December 13, 2013). "Joaquin Phoenix, Amy Adams and Olivia Wilde Salute Spike Jonze at 'Her' Premiere". Hollywood Reporter. Dicapai pada March 3, 2014.
- ^ 'Imitation Game', Tim Burton's 'Big Eyes' Get Release Dates, HollywoodReporter.com; accessed September 21, 2014.
- ^ Fleming, Michael (December 4, 2008). "Amy Adams set for Fox's Ten Best". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-08. Dicapai pada December 16, 2008. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Kroll, Justin (October 15, 2014). "WB Announces 10 DC Comics Movies, 3 Harry Potter Spinoffs and Lego Sequels". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada November 25, 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in:|publisher=
(bantuan) - ^ "Amy Adams confirmed for Janis Joplin biopic". The Guardian. 24 November 2014. Dicapai pada 25 November 2014.
- ^ "Cannes: Amy Adams' 'Story of Your Life' Sells to Sony Worldwide". The Hollywood Reporter. 18 May 2014.
- ^ "Tom Ford's 'Nocturnal Animals' Starring Jake Gyllenhaal, Amy Adams Sells for $20 Million to Focus Features". The Warp. 17 May 2015. Dicapai pada 29 May 2015.
- ^ Meryl streep and amy adams on the view (2 of 2). YouTube. 12 December 2008.
- ^ "Names & Faces". The Washington Post. July 26, 2008. Dicapai pada January 3, 2009.
- ^ "Amy Adams Welcomes a Baby Girl, Aviana Olea". UsMagazine.com.
- ^ Sarah Michaud (May 17, 2010). "It's a Girl for Amy Adams!". People. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-20. Dicapai pada May 17, 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Amy Adams Marries Darren LeGallo". People. May 4, 2015. Dicapai pada May 4, 2015. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Drop Dead Gorgeous (1999)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ "Psycho Beach Party (2000)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ "The Chromium Hook: The Credits". Channel Z. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-07. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ "Cruel Intentions 2 (2000)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ "The Slaughter Rule (2002)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ "Pumpkin (2002)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ "Serving Sara (2002)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ "Catch Me If You Can (2002)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ "The Last Run (2004)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ Gates, Anita. "A 'Pretty Woman' Scenario With the Roles Reversed". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ "Standing Still (2005)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ Andrew B. Leiter (July 28, 2011). Southerners on Film: Essays on Hollywood Portrayals Since the 1970s. McFarland. m/s. 159. ISBN 978-0-7864-8702-8.
- ^ "Stephen Tobolowsky's Birthday Party". Netflix. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ "Pennies". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ Koehler, Robert (July 31, 2006). "Review: 'Talladega Nights: The Ballad of Ricky Bobby'". Variety. Penske Media Corporation. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ "Tenacious D In: The Pick of Destiny (2006)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ Holden, Stephen (May 11, 2007). "Chasing an Old Flame, Taking No Prisoners". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ Carroll, Larry (January 26, 2007). "Sam Jackson Reunites With Willis, 'Underdog' Gets Real: Sundance File". MTV. Viacom. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ Addiego, Walter (November 21, 2007). "Review: Snow White gets a rude awakening in 'Enchanted'". San Francisco Chronicle. Jeffrey M. Johnsen. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ Scott, A. O. (December 21, 2007). "Good-Time Charlie's Foreign Affairs". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ Scott, A. O. (March 12, 2009). "Bonding Amid Blood Splatters: Two Sisters and Their Messy Lives". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ Holden, Stephen (March 7, 2008). "Can a Screwball Fable Have an Eye for Detail and a Heart for Fun? Discuss". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ Ebert, Roger (December 10, 2008). "Doubt Movie Review & Film Summary (2008)". Roger Ebert. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ Gleiberman, Owen (May 22, 2009). "Night at the Museum: Battle of the Smithsonian". Entertainment Weekly. Time Inc. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ Ebert, Roger (August 5, 2009). "Julie and Julia Movie Review & Film Summary (2009)". Roger Ebert. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ "Moonlight Serenade (2009)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ Wayland, Sara (January 3, 2010). "Amy Adams Interview Leap Year". Collider. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ "Love & Distrust". Netflix. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ Goldberg, Matt (November 7, 2010). "False Advertising: Poster for Love & Distrust 'Starring' Robert Pattinson, Robert Downey Jr., and Sam Worthington". Collider. Dicapai pada April 12, 2015.
- ^ "The Fighter (2010)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ O'Sullivan, Michael (November 23, 2011). "The Muppets". The Washington Post. Jeff Bezos. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-18. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ "On the Road (2012)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ Whipp, Glenn (November 15, 2012). "The Contenders: Amy Adams on the not-so-polite Peggy Dodd". Los Angeles Times. Austin Beutner. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ Scott, A. O. (September 20, 2012). "Rooting for One Player in Baseball Politics: Dad". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ Barber, Nicholas (June 17, 2013). "Film review: Man of Steel - Is it a bird? Is it a plane? No, it's a bit of a fudge". The Independent. Independent Print Limited. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ Turan, Kenneth (December 17, 2013). "Review: Spike Jonze's 'Her' shows love's perils — in any form". Los Angeles Times. Austin Beutner. Dicapai pada March 24, 2015. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ Bradshaw, Peter (December 19, 2013). "American Hustle – review". The Guardian. Guardian Media Group. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ Sharkey, Betsy (June 12, 2014). "Review: 'Lullaby' is in desperate need of a respirator. Stat". Los Angeles Times. Austin Beutner. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ Kermode, Mark (December 28, 2014). "Big Eyes review – Tim Burton's most grown-up movie in years". The Observer. Guardian Media Group. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ "Batman v Superman: Dawn of Justice (2016)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger Jr. Dicapai pada March 21, 2015.
- ^ White, James (June 17, 2015). "Michael Stuhlbarg Joins Story Of Your Life". Empire. Bauer Media Group. Dicapai pada June 24, 2015.
- ^ "On the Set for 6/8/15: Paul Feig & Melissa Mccarthy Start Shooting Ghostbusters, Ryan Reynolds Finishes Off Deadpool & More". ssninsider.com. June 8, 2015. Dicapai pada June 9, 2015.
- ^ Kit, Borys (March 25, 2015). "Jake Gyllenhaal, Amy Adams Circling Tom Ford's 'Nocturnal Animals'". hollywoodreporter.com. Dicapai pada October 12, 2015.
- ^ "That '70s Show Season 2 Episode 15". TV Guide. CBS Interactive. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ "Academy Awards 2014: Oscar nominees before they were famous - Amy Adams". Daily News (New York). Mortimer Zuckerman. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ "Series 2 - 16. Murphy's Luck". Radio Times. Immediate Media Company. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ "Zoe... Season 2 Episode 9". TV Guide. CBS Interactive. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ "Providence Season 3 Episode 3". TV Guide. CBS Interactive. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ "Buffy the Vampire Slayer Season 5 Episode 6". TV Guide. CBS Interactive. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ "Smallville, Season 1". iTunes. Apple Inc. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ Wickman, Kase (November 3, 2014). "21 People You Didn't Know Were On 'The West Wing'". MTV. Viacom. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ "The Voices of King of the Hill (1997, Animated Series)". Voice Chasers. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ "dr. vegas". TV Guide. CBS Interactive. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ "5 Things You Don't Know About Amy Adams". The Hollywood Reporter. Prometheus Global Media. March 27, 2011. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ "Saturday Night Live: Season 33". IGN. Dicapai pada March 24, 2015.
- ^ "Amy Adams on 'SNL': 3 Sketches You Have to See". Rolling Stone. Jann Wenner. December 21, 2014. Dicapai pada March 21, 2015.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Amy Adams |