Amr Shabana (lahir 20 Julai 1979, di Kaherah, Mesir) ialah pemain skuasy profesional dari Mesir. Dia memenangi Terbuka Dunia pada tahun 2003 dan 2005. Beliau juga berjaya menjadi pemain no. 1 dunia pada tahun 2006.
Shabana mengemparkan dunia skuasy pada bulan Disember 2003 apabila berjaya menjadi juara dunia buat pertama kali dengan menewaskan Thierry Lincou dipusingan akhir dengan mata 15-11, 11-15, 15-8, 15-14.
Pada tahun 2004, Shabana menjadi naib juara dalam Terbuka British, apabila tewas kepada David Palmer dengan keputusan 10-11 (4-6), 11-7, 11-10 (3-1), 11-7.
Shabana memenangi gelaran Terbuka Dunia buat kali kedua pada tahun 2005 apabila menewaskan Palmer dalam pusingan akhir dengan keputusan 11-6, 11-7, 11-8.
Pada bulan April 2006, Shabana menjadi pemain skuasy pertama dari Mesir yang berajaya menduduki ranking No. 1 dunia.
Pautan luar
- Profil di psa-squash.com
- Profil di squashinfo.com Diarkibkan 2008-10-06 di Wayback Machine
- Laman di squashpics.com Diarkibkan 2006-10-22 di Wayback Machine