Ammar & Opie | |
---|---|
Genre | Drama Muzik |
Ditulis oleh | Nurul Halawati |
Pengarah | Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin |
Dibintangi oleh | Hazama Irfan Rajali Awie Puteri Rafasya Syerinie Myra Kodi Rasheed (Lihat di bawah) |
Lagu pembukaan | Tunggu Aku Datang - Hazama |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 13 Episode |
Penerbitan | |
Penerbit | Azlan Shah Jaefril Mohd Kasturi Rasul (eksekutif & penyelaras) |
Penyunting | Kas Roshan |
Tempoh siaran | Rabu - Jumaat, 9 malam. |
Syarikat penerbitan | (Excellent Pictures Sdn Bhd) |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Zehra) |
Siaran asal | 20 September 2018 – 24 Oktober 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Cinta Lemon Madu |
Diikuti oleh | Mencari Qiblat |
Ammar & Opie adalah sebuah drama bersiri 2018 arahan Raja Mukhriz terbitan Excellent Pictures. [1] Drama ini mengisahkan Ammar (Hazama), seorang penyanyi yang terkenal kini yang hanyut dalam dunia glamor. Kehidupannya menjadi tidak tentu arah selepas kematian ibunya sehinggalah dia bertemu Opie.
Sinopsis
Kisah Ammar yang dikenali ramai dan menganggap popularitinya itu adalah tanda baik untuk peningkatan kerjayanya sebagai seorang penyanyi. Namun begitu, populariti juga mampu menghanyutkan sekaligus memusnahkan kerjaya seseorang artis. Itulah yang telah berlaku kepada Ammar, dan fitnah yang tercetus membuatkan dia terus terdampar kecewa
Selepas menerima berita tentang kematian ibunya, Ammar terpaksa berdepan dengan sebuah fitnah yang membabitkan dirinya. Pengalaman pahit ini menyebabkan karier nyanyian Ammar hancur, lantas membuatkan dia kemurungan serta mengalami tekanan perasaan yang teruk sekali.
Ammar sangkakan bahawa dia masih mempunyai peluang untuk menaikkan namanya kembali, apabila dia menerima tawaran baharu mengenai sebuah konsert di Thailand. Apakan daya, setelah tiba di negara jiran, Ammar sedar yang sebenarnya dia telah ditipu. Tidak mempunyai apa-apa selain gitarnya, kehidupan Ammar semakin berantakan sehingga dia terpaksa menjadi gelandangan.
Ketika Ammar sedang termenung mengenangkan nasibnya yang malang itu, seorang pengemis cilik bernama Opie telah muncul dan menyerahkan sebungkus makanan kepada Ammar. Siapa sangka, pertemuan dengan Opie ini memberikan harapan baharu baginya. Sejak itu, mereka berdua sering menyanyi di jalanan sama-sama demi sesuap nasi. Kembara baharu Ammar ini banyak mengajarnya tentang erti sebenar kehidupan, serta kembali ke pangkal jalan.
Adakah Ammar bertul-betul sudah berubah? Mampukah dia meraih kembali popularitinya seperti sebelum ini?
Pelakon
- Hazama sebagai Ammar Kefli
- Irfan Rajali sebagai Opie
- Datuk Awie sebagai Tok Wi
- Syerinie Myra sebagai Wardah
- Mak Jah sebagai Faridah
- Kodi Rasheed sebagai Nizam
- Sharifah Shahora sebagai Shahahim
- Puteri Rafasya sebagai Mawar
- Aril Pilus sebagai Malik
- Riz Amin sebagai Jay
OST
Lagu | Penyanyi | Komposer | Penulis lirik | Genre | Tahun diterbitkan |
---|---|---|---|---|---|
Tunggu Aku Datang | Hazama | Tam Spider | Keon | Pop | 2018 |
Janji | Black Paper Band | Black Paper Band | Faiz Haled | Pop, Rock moden | 2016 |
Berbisik Cinta | Kautsar | Kaer Azami | Kaer Azami | Pop | 2018 |
Terbang Denganmu | Panic Room | Panic Room | Pop | 2016 |
Rujukan
- ^ "Tangisan Hazama". Norhayati Nordin. Dicapai pada 5 September 2018.