Perani atau amfiteater[1] merupakan tempat terbuka yang berfungsi untuk tujuan hiburan, sukan dan persembahan. Perkataan "amfiteater" berasal daripada bahasa Yunani Purba amphitheatron (ἀμφιθέατρον),[2] daripada amphi (ἀμφί), yang bererti "di kedua-dua belah pihak" atau "keliling"[3] dan théātron (θέατρον), yang bermaksud "tempat menonton".[4][5]
Perani Romawi berbentuk bujur atau membulat dengan tempat duduk bertingkat yang mengelilingi kawasan persembahan di tengah seperti sebuah stadium terbuka. Secara perbandingannya, teater Romawi purba dan teater Yunani purba telah dibina dengan bentuk separa bulatan dengan tempat duduk yang bertingkat pada satu sisi kawasan persembahan. Dalam penggunaan moden, "perani" kadangkala digambarkan sebagai pentas seperti panggung dengan tempat duduk penonton di satu sisi sahaja, teater arena dan stadium.
Perani Romawi
Perani Romawi purba merupakan tempat awam utama dengan tempat duduk yang membulat atau membujur. Ia digunakan untuk acara-acara seperti pertempuran gladiator, perlumbaan rata, venatio (memburu haiwan) dan tempat pelaksanaan hukuman mati. Kira-kira 230 perani Romawi telah dijumpai merentasi Empayar Rom. Bentuk, fungsi dan nama yang tipikal membezakannya dengan panggung Romawi, yang lebih kurang berbentuk separa bulatan; dari bulatan (serupa seperti hipodrom) dengan litar yang lebih panjang yang direka terutamanya untuk acara perlumbaan kuda dan rata; serta dari stadium lebih kecil yang direka untuk acara olahraga dan lumba jalan kaki.[ref 1]
Perani Romawi terawal adalah sejak dari pertengahan abad pertama SM, tetapi kebanyakannya telah dibina di bawah pemerintahan Empayar, dari zaman Maharaja Augustus (27 SM–14 M) dan seterusnya.[ref 2] Perani Empayar telah dibina di seluruh jajahan Rom; perani terbesar boleh memuatkan 40 ribu hingga 60 ribu penonton. Ciri-ciri bangunan yang rumit memaparkan mukaan berbilang tingkat, berarked dan dihiasi dengan dengan marmar, stuko dan patung.[ref 3] Selepas berakhirnya pertempuran gladiator pada abad ke-5 dan pemburuan haiwan berperingkat pada kurun ke-6, kebanyakan perani telah rosak dan tidak diperbaiki. Bahan-bahan bangunan itu sama ada digunakan atau dikitar semula. Beberapa perani telah dimusnahkan dan yang lain ditukarkan kepada kubu; terdapat beberapa perani yang terus dijadikan sebagai tempat pertemuan terbuka; dan yang lain dijadikan sebagai gereja.[ref 4]
Perani semula jadi
Perani semula jadi adalah ruang persembahan yang terletak di tempat di mana gunung curam atau formasi batuan tertentu secara semula jadi menguatkan atau menggema suara, menjadikannya ideal untuk persembahan muzikal dan teater. Amfiteater dapat berbentuk formasi semula jadi yang sangat sesuai untuk tujuan ini, walaupun tidak ada teater yang dibina di sana.
Perani semula jadi yang terkenal merangkumi perani Drakensberg di Afrika Selatan, Slane Castle di Ireland, Supernatural Amphitheatre di Australia, dan Red Rocks dan Gorge di barat Amerika Syarikat.
Galeri
-
Perani kota Rom lama Italica di Santiponce, Itali
-
Perani Arles, sebuah arena Romawi di Arles, Perancis
-
Perani Romawi di Tarragona, Catalonia
Rujukan
Catatan
- ^ Bomgardner (2000), hlmn. 37
- ^ Bomgardner (2000), hlmn. 59
- ^ Bomgardner (2000), hlmn. 62
- ^ Bomgardner (2000), hlmn. 201–223
Umum
- ^ "Pusat Rujukan Persuratan Melayu - Carian entri: amphitheatre". Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 30 Jun 2015.
- ^ ἀμφιθέατρον, Henry George Liddell, Robert Scott, '56'An Intermediate Greek-English Lexicon, on Peseus
- ^ ἀμφί, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
- ^ θέατρον, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
- ^ Hoad, T.F. (1996). The Concise Oxford Dictionary of English Etymology. Oxford University Press. m/s. 14, 489. ISBN 0-19-283098-8. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)
Bacaan lanjut
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Perani. |
- Bomgardner, David Lee (Oktober 2000). The Story of the Roman Amphitheatre. Routledge. ISBN 0-415-16593-8.