Amelina adalah merupakan album studio pertama karya penyanyi dangdut Amelina yang dikeluarkan pada 14 Disember 1994[1] oleh syarikat Warner Music. Ia sebuah album berkonsepkan dangdut kontemporari hasil kerjasama penerbit Ruslan Mamat bersama komposer terkenal Iwan dan Yannuar dari Indonesia. Album ini turut menampilkan penyanyi dangdut Indonesia, Anna Rizkilla dalam sebuah lagu duet.
Amelina | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 14 Disember 1994 | |||
Genre | Dangdut | |||
Bahasa | Melayu | |||
Syarikat | Warner Music | |||
Penerbit | Ruslan Mamat, Yannuar, Iwan | |||
Kronologi Amelina | ||||
| ||||
Single daripada Amelina | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Single
Lagu "Rindu" dan "Yang Indah Yang Hangat" adalah dua buah lagu hits yang berjaya menjuarai carta radio pada tahun 1994 dan 1995. Album ini berjaya terjual sehingga 200,000 unit dalam tempoh setahun dan merupakan salah sebuah album solo artis wanita paling laris dalam sejarah industri rakaman Malaysia. Ia turut dipasarkan di Indonesia dan mempopularkan nama Amelina di peringkat serantau.
Senarai runut
No. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Rindu" | Darwis | Darwis | 4:07 | |
2. | "Yang Indah Yang Hangat" | Huzz | Toyak | 5:10 | |
3. | "Andaikan Bintang Berkata" | Zuraini | Ruslan Mamat | 4:24 | |
4. | "Biarlah Ku Sendiri" | Syed Mustaffa | Ruslan Mamat | 3:57 | |
5. | "Serumpun Seirama" (duet Anna Rizkilla) | Anna Rizkilla | Eddie Tasmania | 4:12 | |
6. | "Berbalas Pantun" (duet Yannuar) | Anna Rizkilla | Yannuar | 4:09 | |
7. | "Asmara Kilat" | Dr Hox | Sukma AMF | 4:19 | |
8. | "Elergi Cinta" | Deddy Kochan | Deddy Kochan | 4:28 | |
9. | "Gendang Gendut" | Juwie | Anuar Idris | 4:31 | |
10. | "Gubuk Derita" | Mukhtar B | Mukhtar B | 4:22 | |
11. | "Manis Disayang" | Anna Rizkilla | Yannuar | 4:15 | |