Amaun bahan1[1], n sesebuah bahan merupakan kuantiti fizikal yang berkadar dengan jumlah zarah asasnya. Zarah itu merujuk kepada atom, molekul, ion dan sebagainya mengikut bahan dan mesti dinyatakan.
Unit SI bagi amaun bahan ialah mol, yang ditakrifkan sebagai jumlah bahan yang mempunyai jumlah zarah yang sama dengan jumlah atom di dalam 0.012 kilogram karbon-12, iaitu pemalar Avogadro, NA yang mempunyai nilai 6.022 × 1023 mol−1.
Kuantiti ini sering dipanggil "jumlah mol" (number of moles) yang sebenarnya salah.
Kuantiti molar
Kuantiti fizikal yang melibatkan amaun bahan dipanggil kuantiti molar. Contoh, isi padu satu mol sesebuah bahan ialah isi padu molar. Manakala jisim satu mol sesebuah bahan ialah jisim molar. Kuantiti lain termasuklah muatan haba molar.