Amanah Raya Berhad atau Amanah Raya atau dahulunya Jabatan Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka ditubuhkan pada 1 Mei 1921. Kemudian dikorporatkan pada 1 Ogos 1995 dibawah Akta Syarikat 1965. Syarikat ini milik 99.9% oleh Menteri Kewangan (DiPerbadankan) dan 0.01 % oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
Pengerusi
Pengerusi terkini ialahY.B. Dato’ Ramli Dato’ Mohd Nor telah dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad bermula 15 Mei 2020.
Pengerusi sebelum ini ialah bekas Ahli Parlimen Temerloh, Sabbaruddin Chik, sebelumnya Ahli Parlimen Kepala Batas Barisan Nasional Datuk Seri Reezal Merican Bin Naina Merican mulai 1 Januari 2015. [1]
Rujukan
- ^ "Amanah Raya 'pinjamkan' 1MDB RM2 bilion, kata DAP". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-10. Dicapai pada 2015-06-10.