Alvin Tan Sheng Hui | |
---|---|
陈圣辉 | |
Ahli Parlimen | |
Menyandang jawatan TBD Bersama dengan: Chan Chun Sing Joan Pereira Eric Chua Indranee Rajah | |
Didahului oleh | Melvin Yong |
Kawasan pilihan raya | GRC Tanjong Pagar |
Maklumat peribadi | |
Lahir | c. 1981 (umur 42–43) Singapura |
Kerakyatan | Singapura |
Parti politik | PAP |
Tempat belajar | Universiti Sydney Universiti Harvard |
Pekerjaan | Ahli politik |
Alvin Tan Sheng Hui (Bahasa Cina: 陈圣辉 Chén Shèng Huī, lahir c. 1981) adalah ahli politik Singapura. Beliau seorang ahli Parlimen untuk GRC Tanjong Pagar sejak 2020.
Pendidikan
Beliau mempunyai ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Sydney dan juga ijazah Sarjana Dasar Awam dari Universiti Harvard.[1] Beliau lalu mendedahkan bahawa beliau sebelumnya tidak layak belajar di universiti-universiti tempatan.[1]
Kerjaya
Setelah tamat pengajiannya, Tan berkhidmat di pelbagai pertubuhan-pertubuhan seperti Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Kementerian Pertahanan (MINDEF), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), Goldman Sachs dan Oxfam.[1] Beliau juga bekerja di Facebook dan LinkedIn.[1] Di LinkedIn, beliau memegang jawatan Ketua Dasar Awam dan Ekonomi.[2]
Kerjaya politik
Tan pernah bekerjasama dengan bekas MP Lily Neo.[2]
Pada pilihan raya 2020, beliau dipilih sebagai calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk GRC Tanjong Pagar, menggantikan Melvin Yong yang umum berpindah ke SMC Radin Mas.[2] Pasukannya menghadapi cabaran daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), biarpun menang dengan 63.13%.[3]
Rujukan
- ^ a b c d "GE 2020: LinkedIn head & Republic Poly lecturer among new PAP candidates". 25 Jun 2020. Dicapai pada 15 Julai 2020.
- ^ a b c "Singapore GE2020: Two new faces in PAP's Tanjong Pagar GRC team led by Chan Chun Sing". 29 Jun 2020. Dicapai pada 15 Julai 2020.
- ^ "GE2020 official results: PAP wins Tanjong Pagar GRC with 63.13% of votes, PSP has 36.87%". 11 Julai 2020. Dicapai pada 15 Julai 2020.