Alternatif Buat Orang Timur | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh Abot | ||||
Dilancarkan pada | 1996 | |||
Dirakamkan pada | 1995 | |||
Studio | King Studio | |||
Genre | Rock alternatif, balada, country | |||
Panjang | 48:43 | |||
Syarikat | Gomogi Production | |||
Penerbit | Lan Laga, Sam | |||
Kronologi Abot | ||||
| ||||
Single daripada Alternatif Buat Orang Timur | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Alternatif Buat Orang Timur merupakan album studio sulung bagi penyanyi alternatif wanita, Abot yang diterbitkan pada tahun 1996 oleh Gomogi Production. Abot merakamkan album ini bersama komposer Lan Laga dan Sam, juga merangkap penerbit album ini. Abot menjadikan pengakroniman judul album ini sebagai nama pentasnya.
Album ini memuatkan 11 buah lagu yang bereksperimentasikan rock alternatif dengan sentuhan pengaruh balada dan country serta ciri-ciri gitar, biola, akordion dan harmonika. Lirik-liriknya lebih berkisarkan tentang nasihat, kehidupan, perhubungan, kedamaian, dan kerohanian. Ini adalah satu-satunya album terbaik Abot yang mana beliau berjaya mencipta fenomena dan mengubah suasana industri muzik Malaysia pada ketika itu.
Tiga single utama album ini, Kebebasan, Kasih Sinambungan dan Camar menjadi taruhan Abot dan mendapat tempat di stesen radio. Ketiga-tiga single ini dipertandingkan dalam program mingguan Muzik Muzik dan lagu Camar berjaya ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 12 dalam kategori Pop Rock.
Abot hanya menulis dan mencipta dua buah lagu dalam album ini (Kasih Sinambungan dan Camar). Beliau mencipta lagu Camar ketika beliau baru berusia 13 tahun. Lagu Hek Engriag adalah satu-satunya lagu alternatif pertama yang ditulis dan dinyanyikan dalam bahasa Orang Asli suku kaum Semai. Muzik lagu tersebut dipinjam daripada lagu Nyanyian Kedamaian.
Senarai runut
No. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Kebebasan" | Faiz | Faiz | 4:26 | ||||||
2. | "Kasih Sinambungan" | Abot | Abot | 4:26 | ||||||
3. | "Nyanyian Kedamaian" | Azam Dungun | Lan Laga | 4:30 | ||||||
4. | "Dunia Ku" | Azam Dungun | Hassan (Babylon) | 3:32 | ||||||
5. | "Biar Benar" | Azam Dungun | Hassan (Babylon) | 4:18 | ||||||
6. | "Ke Puncak Awana" | Ajak (Happy Nightmare) | Ari | 4:06 | ||||||
7. | "Biarkan Berapi" | Azam Dungun | Reza | 4:25 | ||||||
8. | "Hek Engriag" (Lagu Bonus Dalam Bahasa Orang Asli Suku Kaum Semai) | Pandak | Lan Laga | 4:38 | ||||||
9. | "Anugerah" | Ajak (Happy Nightmare) | Ari | 6:39 | ||||||
10. | "Hati Ku" | Adinda Amiro | Zack | 3:42 | ||||||
11. | "Camar" | Abot | Abot | 5:59 | ||||||
Jumlah masa: :48:43 |
Tenaga kerja
Penyanyi
- Abot - vokal
Syarikat
- Gomogi Production – syarikat rakaman
- Sony Music Entertainment (Malaysia) – pengedar
- King Studio – studio rakaman
- Digitpress Sdn Bhd – syarikat percetakan
Produksi
- Lan Laga & Sam – penerbit, susunan muzik, juruadun
- Alfred SC Loh – adunan akhir
- C.L Toh – mastering
- David, Jig, Sam - jururakam
- K.S. Chow – rekaan kulit album dan fotografi
Kedudukan
Separuh Akhir Muzik Muzik 12
Tahun | Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1997 | "Camar" | Pop Rock | Tercalon |