Alpaka | |
---|---|
Alpaka sedang meragut rumput | |
Dibelajinakkan
| |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | V. pacos
|
Nama binomial | |
Vicugna pacos | |
Taburan alpaka |
Alpaka (Vicugna pacos) adalah sejenis haiwan mamalia di Amerika Selatan seperti llama kecil. Bulunya yang panjang dapat dijadikan bahan untuk membuat pakaian.
Sejarah
Alpaka telah lama diternakkan sejak beribu-ribu tahun, dipercayai daripada penjinakan spesies terdekat yang lebih besar dan liar seperti vikuna[1] - masyarakat Moche di utara Peru misalnya seringkali menggunakan motif haiwan ini dalam seni kraftangan mereka.[2] Ia dijinakkan untuk memperoleh bulu dan daging. Saiznya yang kecil menjadikannya tidak sesuai untuk digunakan sebagai haiwan pengangkut.
Tabiat
Alpaka hidup secara berkawan-kawan di mana sekawanan haiwan tersebut terdiri daripada seekor haiwan jantan alfa, pasangan-pasangan betinanya serta anak-anak. Haiwan ini biasanya akan memberi amaran kepada kawanan mereka di saat datangnya pemangsa melalui jeritan, dan kawanan-kawanan ini boleh menyerang, menggigit serta meludah pemangsa yang lebih kecil sebagai langkah mempertahankan diri.
Haiwan ini kurang memerlukan makanan yang banyak berbanding haiwan-haiwan lain yang sama besar. Ia biasanya akan memakan rumput - tidak kiralah yang segar mahupun yang kering - ataupun dedaun tumbuhan lain (namun, sesetengah jenis tumbuhan boleh menjadi beracun kepada alpaka sepeti buah oak, gandum kuda, pokok oren dan sebagainya). Ia juga cenderung akan mengunyah benda-benda yang asing seperti botol plastik.
Jangka hayat alpaka boleh mencecah sehingga 25 tahun.
Kegunaannya
Bulu
Bulu alpaka bersifat berkilat dan lembut - ia lebih memerangkap haba dan jauh kurang kasar berbanding bulu biri-biri. Hal ini kerana bulu alpaka tidak mengandungi lanolin, justeru ia tidak menimbulkan alahan kepada penggunanya meskipun ia tidak kalis air.[3][4] Alpaka biasanya akan diketam bulu mereka sekali setiap tahun pada musim bunga. Setiap ketaman bulu yang diperolehi daripada seekor alpaka menghasilkan sebanyak kira-kira 2.2 hingga 4.5 kilogram (5–10 paun) bulu. Seekor alpaka dewasa pula boleh menghasilkan sebanyak 1.42–2.55 kg (50 to 90 auns) bulu gred pertama serta 1.42–2.84kg (50–100 auns) bulu gred kedua dan ketiga.
Rujukan
- ^ Wheeler, Dr Jane; Miranda Kadwell; Matilde Fernandez; Helen F. Stanley; Ricardo Baldi; Raul Rosadio; Michael W. Bruford (December 2001). "Genetic analysis reveals the wild ancestors of the llama and the alpaca". Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences. 268 (1485): 2575–2584. doi:10.1098/rspb.2001.1774. PMC 1088918. PMID 11749713. 0962-8452 (Paper) 1471-2954 (Online).
- ^ Berrin, Katherine & Larco Museum. The Spirit of Ancient Peru:Treasures from the Museo Arqueológico Rafael Larco Herrera. New York: Thames and Hudson, 1997.
- ^ Quiggle, Charlotte. "Alpaca: An Ancient Luxury." Interweave Knits Fall 2000: 74-76.
- ^ Stoller, Debbie, Stitch 'N Bitch Crochet, New York: Workman, 2006, p. 18.