All Together Now Malaysia ialah rancangan televisyen realiti versi Malaysia yang diadaptasi dari rancangan All Together Now dari United Kingdom. Rancangan ini adalah yang pertama seumpamanya di Asia.[1][2][3] Ia mula disiarkan pada 6 Jun 2021 yang dihoskan oleh Sherry Alhadad dan dibintangi oleh 50 juri yang diketuai oleh Dato' AC Mizal.[4][5][6]
All Together Now Malaysia | |
---|---|
Musim 1 | |
Dihoskan oleh | Sherry Alhadad |
Juri | Dato' AC Mizal |
Bil. peserta | 214 |
Juara | Idris Brown |
Naib juara | Dem Lepak Boyz |
Negara asal | Malaysia |
Bil. episod | 9 |
Keluaran | |
Rangkaian | Astro Ria |
Tarikh siaran | 6 Jun – 14 November 2021 |
Kronologi musim |
Format pertandingan
Berbanding dengan versi asalnya, versi Malaysia hanya mempunyai 50 juri untuk musim ini disebabkan sekatan pandemik COVID-19. Juri terdiri daripada ketua juri, yang dikenali sebagai kapten, yang diketuai oleh Dato AC Mizal, diikuti oleh 49 juri yang lain. Setiap juri mewakili dua markah untuk memilih peserta didalam setiap pusingan dengan menekan buzzer.
The Heat
Pada pusingan ini, peserta harus mengatasi pesaing mereka untuk mendapatkan tempat di tiga podium teratas. Setiap kali peserta mendapat markah yang tinggi daripada para juri, peserta yang berada di podium ketiga akan disingkirkan. Dari setiap pusingan ini, cuma dua peserta yang layak beraksi di pentas akhir. Pada hujung pusingan ini, peserta yang mendapat markah tertinggi dan berada di podium pertama secara automatik layak ke pentas akhir. Peserta yang berada di podium kedua dan ketiga akan berentap di pusingan seterusnya untuk melayakkan diri berada di kedudukan dua teratas. Sekiranya peserta berada dikedudukan seri, keputusan hanya boleh dibuat oleh Kapten untuk memilih salah seorang peserta yang terbaik. Jika Kapten memilih peserta yang baru, maka peserta yang berada di podium akan digantikan dan begitu juga sebaliknya.
Sing-off
Pada pusingan ini, markah akan ditetapkan semula kepada 0 dan peserta yang berada di kedudukan kedua dan ketiga akan membuat persembahan dengan lagu pilihan peserta itu sendiri. Peserta yang mendapat markah tertinggi di pusingan ini akan melayakkan diri ke pentas akhir.
Persembahan
- Klu
- Peserta yang berjaya ke final dengan markah tertinggi.
- Peserta yang gagal menempatkan diri dikedudukan 3 Teratas.
- Peserta yang berjaya ke pusingan Sing-off.
Minggu 1
Tarikh siaran: 6 Jun 2021
Peserta | Lagu (Penyanyi Asal) |
Markah |
---|---|---|
Mohd Izwan Hafizi (Black) | “Nakal” (Gigi) | 72 |
Fariha Razak | “No One” (Alicia Keys) | 26 |
Zaki Yamani | “Kekasih Bayangan” (Cakra Khan) | 42 |
Rizarofiq | “Bidadari” (Lela) | 92 |
Shariz Shah | “Ku Bersuara” (Ernie Zakri) | 84 |
Najua P. Ramlee | “Bunyi Gitar” (P. Ramlee) | 98 |
Chan Ming Hui | “Blank Space” (Taylor Swift) | 40 |
Farhan Farizwan | “Ratuku” (Dato’ Awie) | 6 |
Jason Jeeves | “Berjuta Batu” (Alleycats) | 32 |
Nabilah | “Vroom Vroom” (Nabila Razali) | 14 |
Lazarul | “I Believe I Can Fly” (R. Kelly) | 96 |
Adam Malek | “Dinda” (Masdo) | 84 |
Zeera Azizi | “Wanita Terbahagia” (Bunga Citra Lestari) | 16 |
Ariff Ridhwan | “Take Me Home, Country Roads” (John Denver) | 84 |
Ameer | “Listen” (Beyoncé Knowles) | 74 |
Ajoi Zainal | “Someone You Loved” (Luis Capaldi) | 100 |
Ayla | “Big Spender” (Shirley Bassey) | 96 |
Efkay | “Rindu” (Hetty Koes Endang) | 78 |
- Ajoi mara ke final.
Sing-Off
Peserta | Lagu (Penyanyi Asal) |
Markah |
---|---|---|
Ayla | "Destinasi Cinta" (Siti Nurhaliza) | 10 |
Najua P.Ramlee | "Ilusi" ( Adira Suhaimi ) | 60 |
Minggu 2
Tarikh siaran:
Peserta | Lagu (Penyanyi Asal) |
Markah |
---|---|---|
Nuim | "Aku Penghibur" (Jamal Abdillah) | 52 |
Lailatul Aida | "Empat Dara" (Sharifah Aini) | 28 |
OhSempella | "Khayalan" (Ruffedge) | 92 |
Asyraf Fikri | "Bukan Dia Tapi Aku" (Judika) | 78 |
Haris | "Hukum Karma" (Wings) | 86 |
Arm Yunus | "Stereotype" (Akim & The Majistret) | 48 |
Anis Athilah | "Siapa Tak Mahu" (Siti Nurhaliza) | 28 |
Anas Farhan | "Kau Pun Sama" (Syamel) | 92 |
Kade Shahib | "Hot Stuff " (kygo & Donna Summer) | 98 |
Zentson | "Pendusta" (Alif satar) | 46 |
Tuah | "Secangkir Madu Merah" (Amelina & Sheeda) | 98 |
Baelon | "Nobody" (Wonder Girls) | 84 |
Ku Farah Waheeda | "Hey Kau" (Sandra Dianne) | 82 |
Ash Fasryll | "Lazy song" (Bruno Mars) | 100 |
Saiful Anwar | "Drama" (Drama Band) | 98 |
Fikri Fuad | "Treasure" (Bruno Mars) | 62 |
Rey Rey | "Lagu Untukmu" (Meet Uncle Hussain) | 92 |
- Ash Fasryll ke mara final
Sing-Off
Peserta | Lagu
(Penyanyi Asal) |
Markah |
---|---|---|
Minggu 3
Tarikh siaran:
Peserta | Lagu (penyanyi asal) |
---|
Minggu 4
Tarikh siaran:
Peserta | Lagu (penyanyi asal) |
---|
Minggu 5
Tarikh siaran:
Peserta | Lagu (penyanyi asal) |
---|
Minggu 6
Tarikh siaran:
Peserta | Lagu (penyanyi asal) |
---|
Minggu 7
Tarikh siaran:
Peserta | Lagu (penyanyi asal) |
---|
Minggu Separuh Akhir
Tarikh siaran:
Peserta | Lagu (penyanyi asal) |
---|
Minggu Akhir
Tarikh siaran:
Peserta | Lagu (penyanyi asal) |
---|
Ranking
Rank | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | Akhir |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
06/6 | 13/6 | 20/6 | 27/6 | 04/7 | 11/7 | 18/7 | 25/7 | 14/11 | |
1 | Idris | ||||||||
2 | Amal | ||||||||
3 | |||||||||
4 | |||||||||
5 | |||||||||
6 | |||||||||
7 | |||||||||
8 | |||||||||
9 | |||||||||
10 | |||||||||
11 | |||||||||
12 | |||||||||
13 | |||||||||
14 | |||||||||
15 | |||||||||
16 | |||||||||
17 | |||||||||
18 |
Juri
Berikut ialah senarai 50 orang juri All Together Now Malaysia, dikenali sebagai The 50 bagi musim pertama.[7]
|
|
Kontroversi
Episod sulung rancangan ini mendapat perhatian negara kerana memperlihatkan para juri tidak memakai pelitup muka dalam suasana pandemik COVID-19 di Malaysia serta ketiadaan penjarakan fizikal. Di samping itu, kritikan ramai juga dihalakan kepada seorang juri dalam episod itu, Dafi yang juga merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan negara, Ismail Sabri Yaakob; Ismail dianggap berperanan penting dalam perlaksanaan langkah-langkah pencegahan COVID-19 negara.[9] Hal ini menyebabkan rancangan diletakkan di bawah siasatan Majlis Keselamatan Negara serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia lalu menyebabkan rancangan ini perlu ditunda secara seketika.[10][11] Sementara itu, pihak penerbit rancangan berkata bahawa langkah-langkah penjagaan telahpun dilakukan seperti peletakan penghadang lut sinar di antara juri dan ujian saringan pihak terlibat.[9]
Rujukan
- ^ Khai Azfar (6 November 2020). "Pertama di Asia! All Together Now Malaysia bakal bersiaran". Murai.my. Dicapai pada 8 Jun 2020.
- ^ "Rancangan realiti All Together Now pertama di Asia Tenggara dengan barisan 50 juri selebriti". Remaja. 25 Mei 2021. Dicapai pada 8 Jun 2021.
- ^ "Adaptasi format All Together Now pertama di Asia Tenggara". Utusan Borneo. 30 Mei 2021. Dicapai pada 8 Jun 2021.
- ^ Najiy Jefri (1 Jun 2021). "Teruja dalam gugup". Harian Metro. Dicapai pada 8 Jun 2021.
- ^ Najiy Jefri (4 Jun 2021). "Beri keceriaan saat sukar". Harian Metro. Dicapai pada 5 Jun 2021.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (30 Mei 2021). "RM50,000 siapa punya?". Harian Metro. Dicapai pada 8 Jun 2021.
- ^ Asraf Adied (25 Mei 2021). "Akhirnya, semua 50 juri All Together Now Malaysia didedahkan". Astro Gempak. Dicapai pada 8 Jun 2021.
- ^ "Kenapa kecam, maki Kelly Azman?". Harian Metro. 7 Jun 2021. Dicapai pada 8 Jun 2021.
- ^ a b "Anak Ismail Sabri, Dafi dikecam kerana terlibat dalam All Together Now Malaysia". Utusan Malaysia. 9 Jun 2021. Dicapai pada 10 Jun 2021.
- ^ "Disiasat MKN, program All Together Now Malaysia dihentikan sementara waktu". Kosmo!. 8 Jun 2021. Dicapai pada 10 Jun 2021.
- ^ Noor Atiqah Sulaiman (9 Jun 2021). "Siasat rakaman All Together Now Malaysia". Harian Metro. Dicapai pada 10 Jun 2021.