Versi Raja James | |
---|---|
![]() | |
Nama penuh: | King James Version |
Nama singkatan: | KJV[a] |
Alkitab penuh diterbitkan: | 1611 |
Teks asas: | PL: Teks Masoret Apokrifa: Septuagint dan Vulgate PB: Textus Receptus |
Versi disemak: | 1769 |
Status hakcipta: | Domain awam[b] |
Alkitab Raja James (King James Bible, KJB), juga dikenali sebagai Versi Raja James (King James Version, KJV) dan Versi Berkanun (Authorized Version, AV), ialah terjemahan Alkitab bahasa Inggeris Moden Awal untuk Gereja England, yang disuruhjayakan pada tahun 1604 dan diterbitkan pada 1611, di bawah tajaan Raja James VI dan I.[c][d] 80 buku Alkitab Raja James termasuk 39 buku Perjanjian Lama, 14 buku Apokrifa, dan 27 buku Perjanjian Baru.
Terkenal dengan "gaya yang megah", Alkitab Raja James digambarkan sebagai salah satu buku paling penting dalam budaya Inggeris dan daya penggerak dalam pembentukan dunia berbahasa Inggeris.[2][3] Alkitab Raja James kekal sebagai terjemahan pilihan ramai penganut Protestan, dan dianggap sebagai satu-satunya terjemahan yang sah oleh sesetengah Evangelis. Ia dianggap sebagai salah satu pencapaian sastera penting England moden awal.
KJV ialah terjemahan ketiga ke dalam bahasa Inggeris yang diluluskan oleh pihak berkuasa Gereja England: Yang pertama ialah Great Bible (1535), dan yang kedua ialah Bishops' Bible (1568).[4] Di Switzerland, generasi pertama Reformasi Protestan telah menghasilkan Geneva Bible[5] yang diterbitkan pada 1560[6] dengan merujuk kepada naskhah-nashkah suci Ibrani dan Yunani asal, yang berpengaruh dalam penulisan Alkitab Raja James Berkanun.
Gereja England pada mulanya menggunakan "Bishops' Bible" yang diluluskan secara rasmi, yang hampir tidak digunakan oleh penduduk. Lebih popular ialah "Geneva Bible", yang dicipta berdasarkan terjemahan Tyndale di Geneva di bawah pengganti langsung reformis John Calvin untuk para pengikutnya yang berbahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, nota kaki mereka mengikut pandangan Puritanisme Calvinis yang terlalu radikal untuk James. Penterjemah Geneva Bible telah menterjemahkan perkataan raja sebagai penzalim (tyrant) kira-kira empat ratus kali, manakala perkataan itu hanya muncul tiga kali dalam KJV. Oleh sebab itu, sesetengah mendakwa bahawa Raja James sengaja meminta penterjemah menghilangkan perkataan itu, walaupun tiada bukti untuk menyokong dakwaan ini. Memandangkan perkataan "penzalim" tiada padanan dalam bahasa Ibrani kuno, tiada kes yang mana terjemahan itu diperlukan.
James mengadakan Persidangan Hampton Court pada Januari 1604, di mana versi bahasa Inggeris baru dicetuskan sebagai tindak balas kepada masalah terjemahan sebelumnya yang dilihat oleh Puritan,[7] satu puak dalam Gereja England.[8] James memberikan arahan kepada para penterjemah untuk memastikan versi baru itu mematuhi eklesiologi, dan mencerminkan struktur Episkopal, Gereja England dan kepercayaannya terhadap klerus yang ditahbiskan.[9][10] Seperti kebanyakan terjemahan lain pada zaman itu, Perjanjian Baru diterjemahkan daripada Yunani, Perjanjian Lama daripada Ibrani dan Aramaik, dan Apokrifa daripada Yunani dan Latin. Dalam Book of Common Prayer 1662, teks Versi Berkanun menggantikan teks Great Bible untuk bacaan Surat dan Injil, dan dengan itu dikanunkan oleh Akta Parlimen.[11]
Pada separuh pertama abad ke-18, Versi Berkanun telah menjadi satu-satunya terjemahan bahasa Inggeris yang digunakan dalam gereja-gereja Anglikan dan Protestan lain di England, kecuali untuk Mazmur dan beberapa petikan pendek dalam Book of Common Prayer Gereja England. Sepanjang abad ke-18, Versi Berkanun menggantikan Vulgata Latin sebagai versi standard kitab suci untuk sarjana berbahasa Inggeris. Dengan perkembangan percetakan stereotaip pada awal abad ke-19, versi Alkitab ini telah menjadi buku yang paling banyak dicetak dalam sejarah, hampir semua cetakan sedemikian memaparkan teks standard 1769, dan hampir selalu menggugurkan buku Apokrifa. Hari ini, gelaran "Alkitab Raja James" biasanya merujuk kepada teks standard Oxford ini.
Nama

Tajuk edisi pertama terjemahan ini, dalam Bahasa Inggeris Moden Awal, ialah "THE HOLY BIBLE, Conteyning the Old Teſtament, AND THE NEW: Newly Tranſlated out of the Originall tongues: & with the former Tranſlations diligently compared and reuiſed, by his Maiesties ſpeciall Cõmandement" (ALKITAB, Mengandungi Perjanjian Lama, DAN BARU: Baru Diterjemah daripada bahasa-bahasa Asal: & dengan terjemahan-terjemahan terdahulu dibandingkan dan disemak dengan tekun, oleh Perintah khusus baginda). Halaman judul membawa perkataan "Appointed to be read in Churches (dipilih untuk dibacakan dalam Gereja-Gereja)",[12] dan F. F. Bruce mencadangkan ia "mungkin dikanunkan oleh perintah mesyuarat", tetapi tiada rekod pengesahan yang masih terpelihara "kerana daftar Majlis Privi dari 1600 hingga 1613 musnah dalam kebakaran pada Januari 1618/19".[13]
Selama bertahun-tahun, nama khusus untuk terjemahan ini biasanya tidak diberikan. Dalam Leviathan pada 1651, Thomas Hobbes merujuknya sebagai "terjemahan Inggeris yang dibuat pada awal pemerintahan Raja James".[14] "A Brief Account of the various Translations of the Bible into English" pada 1761 merujuk versi 1611 ini hanya sebagai "terjemahan baru, lengkap, dan lebih tepat", walaupun merujuk Great Bible dengan namanya, dan menggunakan nama "Rhemish Testament" untuk versi Douay–Rheims Bible.[15] Begitu juga, "History of England", yang edisi kelima diterbitkan pada 1775, hanya menulis bahawa "[s]atu terjemahan baru Alkitab, iaitu, yang digunakan sekarang, dimulakan pada 1607, dan diterbitkan pada 1611".[16]
"King James's Bible" digunakan sebagai nama untuk terjemahan 1611 (setaraf dengan Geneva Bible atau Rhemish Testament) dalam Horae Biblicae oleh Charles Butler (diterbitkan pertama kali pada 1797).[17] Karya-karya lain dari awal abad ke-19 mengesahkan penggunaan meluas nama ini di kedua-dua belah Atlantik: ia ditemui dalam "keterangan ringkas sejarah terjemahan Alkitab bahasa Inggeris" yang diterbitkan di Massachusetts pada 1815[18] dan dalam penerbitan Inggeris pada 1818, yang secara terang-terangan menyatakan bahawa versi 1611 "secara umumnya dikenali dengan nama King James's Bible".[19] Nama ini juga ditemui sebagai "King James' Bible" (tanpa "s" terakhir): contohnya dalam ulasan buku dari 1811.[20] Frasa "King James's Bible" digunakan seawal 1715, tetapi dalam kes ini tidak jelas jika ia nama atau hanya penghuraian.[21]
Penggunaan Versi Berkanun atau "Authorized Version", dengan huruf besar dan sebagai nama, ditemui seawal 1814.[22] Sebelum ini, frasa deskriptif seperti "versi kami sekarang, dan satu-satunya yang dikanunkan secara awam" (1783),[23] "versi Berkanun kita" (1731,[24] 1792[25]) dan "versi yang dikanunkan" (1801, tanpa huruf besar)[26] ditemui. Gelaran yang lebih lazim pada abad ke-17 dan ke-18 ialah "terjemahan Inggeris kita" atau "versi Inggeris kita", seperti yang dapat dilihat dengan mencari salah satu arkib buku cetak utama dalam talian. Di Britain, terjemahan 1611 ini secara umumnya dikenali sebagai "Authorized Version" hari ini. Istilah ini agak tidak kena kerana teks itu sendiri tidak pernah "dikanunkan" secara rasmi, dan gereja-gereja paroki Inggeris tidak pernah diperintahkan untuk mendapatkan salinannya.[27]
King James' Version, jelas frasa deskriptif, ditemui digunakan seawal 1814.[28] "The King James Version" ditemui, digunakan secara jelas sebagai nama, dalam surat dari tahun 1855.[29] Tahun berikutnya, King James Bible, tanpa tanda kepunyaan, muncul sebagai nama dalam sumber Scotland.[30] Di Amerika Syarikat, "terjemahan 1611" (sebenarnya edisi yang mengikuti teks standard 1769) secara umumnya dikenali sebagai King James Version hari ini.
Nota kaki
- ^ King James Version juga boleh ditemui disingkatkan sebagai KJB (King James Bible) atau AV (Authorized Version).
- ^ King James Version mempunyai sekatan penerbitan di United Kingdom—lihat bahagian mengenai status hak cipta.
- ^ James menaiki takhta Scotland sebagai James VI pada 1567, dan takhta England dan Ireland sebagai James I pada 1603. Gelaran yang betul ialah "James VI dan I".
- ^ "Dan sekarang akhirnya, ... ia telah dibawa kepada kesimpulan sedemikian, sehingga kami mempunyai harapan besar bahawa Gereja England (sic) akan menuai hasil yang baik daripadanya ..."[1]
Rujukan
- ^ KJV Dedicatorie 1611.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamahunt20110209
- ^ "The King James Bible: The Book That Changed the World – BBC Two". BBC.
- ^ Daniell 2003, m/s. 204.
- ^ The Sixth Point of Calvinism, The Historicism Research Foundation, Inc., 2003, ISBN 09620681-4-4
- ^ The Holy Bible ... With a General Introduction and Short Explanatory Notes, by B. Boothroyd (dalam bahasa Inggeris). James Duncan. 1836.
- ^ Daniell 2003, m/s. 435.
- ^ Hill 1997, m/s. 4–5.
- ^ Daniell 2003, m/s. 439.
- ^ Daniell 2003, m/s. 436.
- ^ Daniell 2003, m/s. 488.
- ^ Cross & Livingstone 1974, Authorised Version of the Bible.
- ^ Douglas 1974, Bible (English Versions).
- ^ Hobbes 2010, Chapter XXXV.
- ^ Pearse 1761, m/s. 79.
- ^ Kimber 1775, m/s. 279.
- ^ Butler 1807, m/s. 219.
- ^ Holmes 1815, m/s. 277.
- ^ Horne 1818, m/s. 14.
- ^ Adams, Thacher & Emerson 1811, m/s. 110.
- ^ Hacket 1715, m/s. 205.
- ^ Anon. 1814, m/s. 356.
- ^ Anon. 1783, m/s. 27.
- ^ Twells 1731, m/s. 95.
- ^ Newcome 1792, m/s. 113.
- ^ Anon. 1801, m/s. 145.
- ^ Greenslade 1963, m/s. 168.
- ^ Smith 1814, m/s. 209.
- ^ Chapman 1856, m/s. 270.
- ^ Anon. 1856, m/s. 530–31.
Bibliografi
- Adams, David Phineas; Thacher, Samuel Cooper; Emerson, William (1811). The Monthly Anthology, and Boston Review. Munroe and Francis.
- Anon. (1783). A call to the Jews. J. Johnson.
- Anon. (1801). The Anti-Jacobin Review and Magazine. J. Whittle.
- Anon. (1814). Missionary Register. Seeley, Jackson, & Halliday for the Church Missionary Society.
- Anon. (1856). The Original Secession Magazine. ii. Edinburgh: Moodie and Lothian.
- Anon. (1996). The Elizabeth Perkins Prothro Bible Collection: A Checklist. Bridwell Library. ISBN 978-0-941881-19-7.
- Barber, Charles Laurence (1997). Early modern English (ed. 2nd). Edinburgh: Edinburgh University Press. ISBN 0-7486-0835-4.
- Bobrick, Benson (2001). Wide as the waters: the story of the English Bible and the revolution it inspired. New York: Simon & Schuster. ISBN 0-684-84747-7.
- Bois, John; Allen, Ward; Walker, Anthony (1969). Translating for King James; being a true copy of the only notes made by a translator of King James's Bible, the Authorized Version, as the Final Committee of Review revised the translation of Romans through Revelation at Stationers' Hall in London in 1610–1611. Taken by John Bois ... these notes were for three centuries lost, and only now are come to light, through a copy made by the hand of William Fulman. Here translated and edited by Ward Allen. Nashville: Vanderbilt University Press. OCLC 607818272.
- Browne, George (1859). History of the British and Foreign Bible Society. m/s. 362.
- Bruce, Frederick Fyvie (2002). History of the Bible in English. Cambridge: Lutterworth Press. ISBN 0-7188-9032-9.
- Butler, Charles (1807). Horae Biblicae. 1 (ed. 4th). London: J. White. OCLC 64048851.
- Chadwick, Owen (1970). The Victorian Church Part II. Edinburgh: A&C Black. ISBN 0-334-02410-2.
- Chapman, James L. (1856). Americanism versus Romanism: or the cis-Atlantic battle between Sam and the pope. Nashville, TN: the author. OCLC 1848388.
- Daiches, David (1968). The King James Version of the English Bible: An Account of the Development and Sources of the English Bible of 1611 With Special Reference to the Hebrew Tradition. Hamden, Conn: Archon Books. ISBN 0-208-00493-9.
- Daniell, David (2003). The Bible in English: its history and influence. New Haven, Conn: Yale University Press. ISBN 0-300-09930-4.
- DeCoursey, Matthew (2003). Edward A. Malone (penyunting). British Rhetoricians and Logicians, 1500–1660: Second series. Gale Group. ISBN 978-0-7876-6025-3.
- Dore, John Read (1888). Old Bibles: An Account of the Early Versions of the English Bible (ed. 2nd). Eyre and Spottiswoode.
- Douglas, James Dixon, penyunting (1974). New International Dictionary of the Christian Church. Zondervan.
- Greenslade, S. L. (1963). "English Versions of the Bible, 1525–1611". Dalam Greenslade, S. L. (penyunting). The Cambridge History of the Bible, Volume III: The West From Reformation to Present Day. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 141–175.
- Melton, J. Gordon (2005). Encyclopedia of Protestantism. Infobase Publishing. ISBN 978-0-8160-6983-5.
- Hacket, John (1715). Bishop Hacket's Memoirs of the Life of Archbishop Williams ... Abridg'd: With the Most Remarkable Occurrences and Transactions in Church and State. Sam. Briscoe.
- Hague, Dyson (1948). Through the Prayer Book. Church Book Room Press.
- Hall, Isaac Hollister (1881). The Revised New Testament and History of Revisions. Hubbard Bros.
- Herbert, A. S. (1968). Historical Catalogue of Printed Editions of the English Bible, 1525–1961, Etc. British and Foreign Bible Society.
- Hill, Christopher (1993). The English Bible and the seventeenth-century revolution. London: Allen Lane. ISBN 0-7139-9078-3.
- Hill, Christopher (1997). Society and Puritanism in pre-revolutionary England. New York: St. Martin's Press. ISBN 0-312-17432-2.
- Hobbes, Thomas (2010). Leviathan. Broadview Press. ISBN 978-1-55481-003-1.
- Holmes, A. (1815). "An Historical sketch of the English translations of the Bible". Dalam Worcester, Noah (penyunting). The Christian Disciple. iii. Boston: Cummings & Hilliard.
- Horne, Thomas Hartwell (1818). An introduction to the critical study and knowledge of the holy Scriptures, Vol. 2. London: T. Cadell and A Davies.
- Kenyon, Sir Frederic G. (1909). "English Versions". Dalam James Hastings (penyunting). Hastings' Dictionary of the Bible. New York: Charles Scribner's Sons. ISBN 978-1-56563-915-7.
- Kimber, Isaac (1775). The history of England, from the earliest accounts, to the accession of his present Majesty King George III (ed. 5th). London: J. Buckland. OCLC 14263883.
- Wikisource. . . 1611 – melalui
- Wikisource. . . 1611 – melalui
- Metzger, Bruce M. (1964). The Text of the New Testament. Clarendon.
- Metzger, Bruce M.; Coogan, Michael D., penyunting (1993). The Oxford Companion to the Bible. Oxford: Oxford University Press. ISBN 0-19-504645-5.
- Norton, David (2011). "Editor's introduction". The new Cambridge paragraph Bible with the apocrypha : King James version (ed. Revised). Cambridge: University Press. ISBN 978-0-521-76284-7. OCLC 665139368.
- Procter, Francis; Frere, Walter Howard (1902). A New History of the Book of Common Prayer. MacMillan & Co.
- MacGregor, Geddes (1968). A Literary History of the Bible: From the Middle Ages to the Present Day. Abingdon Press. LCCN 68011477.
- Newcome, William (1792). Historical View of the English Biblical Translations. John Exshaw.
- Newgass, Edgar (1958). An outline of Anglo-American Bible history. London : B.T. Batsford.
- Norton, David (2005). A Textual History of the King James Bible. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-77100-5.
- Norton, David, penyunting (2006). The Bible. Penguin Classics. ISBN 0-14-144151-8.
- Cross, F. L.; Livingstone, E. A., penyunting (1974). Oxford Dictionary of the Christian Church. Oxford University Press. ISBN 9780192115454.
- Pearse, Salem (1761). "A Brief Account of the various Translations of the Bible into English". The Second Part of the Celestial Diary. London: Robert Brown. m/s. 79.
- Prickett, Stephen; Carroll, Robert P., penyunting (2008). The Bible: Authorized King James Version. Oxford University Press, US. ISBN 978-0-19-953594-1.
- Scrivener, Frederick Henry Ambrose (1884). The Authorized Edition of the English Bible, 1611, its subsequent reprints and modern representatives. Cambridge: Cambridge University Press. Diarkibkan daripada yang asal pada November 10, 2008.
- Smith, William (1814). The reasonableness of setting forth the most worthy praise of Almighty God: according to the usage of the primitive church. New York: T. and J. Swords. OCLC 3512140.
- Story, G. M. (1967). Lancelot Andrewes Sermons. Oxford: Oxford University Press.
- Thomas, Isaiah (1874). The history of printing in America, with a biography of printers. I. New York, B. Franklin.
- Twells, Leonard (1731). A critical examination of the late new text and version of the New Testament ... Part I. London: R.Gosling.
- Wallechinsky, David; Wallace, Irving (1975). The People's Almanac. Knopf Doubleday Publishing Group. ISBN 978-0-385-04186-7.
- White, James R. (2009). The King James Only Controversy: Can You Trust Modern Translations?. Baker Books. ISBN 978-0-7642-0605-4.
Pautan luar
![]() |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Alkitab Raja James |
![]() |
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Alkitab Raja James |
- Salinan imbas Alkitab King James Berkanun 1611 asal
- The Holy Bible: An Exact Reprint Page for Page of the Authorized Version Published in the Year MDCXI. Oxford: The University Press, 1833, "cetakan semula yang teliti dengan ejaan asal, halaman demi halaman, dan baris demi baris edisi 1611 (termasuk semua tajuk bab, nota tepi, dan penekanan asal, tetapi dengan jenis huruf Roman menggantikan huruf hitam asal)" seperti yang disebut dalam Nota kaki d di atas. Pdf lengkap buku asal.
- The Cambridge Paragraph Bible of the Authorized English Version: With the Text Revised by a Collation of Its Early and Other Principal Editions, the Use of the Italic Type Made Uniform, the Marginal References Remodelled, and a Critical Introduction Prefixed. Cambridge, UK: The University Press, 1873. Pdf lengkap buku asal.
- "King James Version (teks Alkitab 1611 asal)". kingjamesbibleonline.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2011. Dicapai pada 5 April 2011. Pangkalan data dalam talian yang boleh dicari untuk teks 1611 asal, termasuk Apokrifa dan teks pengenalan. Ia juga mengandungi edisi standard 1769.
- "Galeri dalam talian: Teks suci: King James Bible". British Library. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2007. Dicapai pada 27 September 2007. Imej dalam talian halaman (permulaan Injil Yohanes) dengan penerangan bertulis oleh British Library.
- "The Holy Bible, conteyning the Old Testament, and the New. Imprinted at London: By Robert Barker ..., 1611". Colenda Digital Repository, University of Pennsylvania Library. Dicapai pada 27 September 2007. Faksimili dalam talian (imej halaman) cetakan 1611 Alkitab King James, varian "He" Bible.
- "King James Version (faksimili edisi alternatif 1611, "She" Bible)". Dicapai pada 31 Ogos 2011. Faksimili dalam talian (imej halaman) cetakan 1611 Alkitab King James.
Karya oleh Alkitab Raja James di LibriVox (buku audio domain awam)