Syeikh Ali Jaber | |
---|---|
Nama | Syeikh Ali Jaber |
Lahir | Ali Saleh Mohammed Ali Jaber 3 Februari 1976 Madinah |
Wafat | 14 Januari 2021 Jakarta, Indonesia |
Negara | Indonesia |
Pekerjaan | Pendakwah |
Ali Saleh Mohammed Ali Jaber (Arab: علي صالح محمد علي جابر ) atau lebih dikenali dengan Syeikh Ali Jaber (lahir di Madinah, 3 Februari 1976 – meninggal di Jakarta, 14 Januari 2021 pada umur 44 tahun) merupakan seorang pendakwah dan ulama berkewarganegaraan Indonesia.[1] Beliau juga menjadi juri pada Hafiz Indonesia dan menjadi pendakwah yang diundang dalam program terbitan stesen televisyen Indonesia.
Kehidupan peribadi
Ali Jaber telah memempelajari al-Quran sejak kecil. Beliau dimotivasikan oleh ayahnya semasa kecil untuk belajar Al-Quran. Dalam mendidik agama, khususnya al-Quran dan solat, ayahnya amat tegas, bahkan tidak segan-segan memukul bila Ali Jaber sekiranya tidak mendirikan solat. Keluarganya dikenali sebagai keluarga yang beragama. Di Madinah mereka memiliki masjid besar yang digunakan sebagai syiar Islam. Sebagai anak pertama daripada dua belas beradik, Ali Jaber dituntut untuk meneruskan perjuangan ayahnya dalam memperluas syiar Islam. Walaupun pada awalnya apa yang beliau jalani adalah keinginan ayahnya, akhirnya beliau menyedari bahawa mempelajari al-Quran itu adalah keperluan bagi dirinya. Pada usia sebelas tahun, beliau telah menghafal 30 juz Al-Quran.[2]
Ali Jaber berkahwin dengan Umi Nadia yang berasal dari Lombok, Nusa Tenggara Barat pada 2008 sebelum mendapat taraf kewarganegaraan Indonesia pada 2012[3].
Kes
Tikaman
Pada 13 September 2020, Syiekh Ali Jaber ditikam oleh lelaki yang tidak dikenali ketika sedang berceramah di Masjid Falahuddin, Sukajawa, Bandar Lampung. Akibatnya, beliau mengalami luka tikaman di bahagian lengan kanan.[3][4] Suspek bernama Alfin Andrian berjaya ditahan.[5]
Meninggal dunia
Syeikh Ali Jaber meninggal dunia pada hari Khamis, 14 Januari 2021 pukul 08.30 WIB ketika dilaporkan sedang menjalani rawatan COVID-19 di Rumah Sakit Cempaka Putih, Jakarta tepat 20 hari sebelum ulang tahun kelahirannya kali ke-45 tahun. Walau bagaimanapun, beliau terlebih dahulu telah disahkan negatif daripada jangkitan COVID-19.[6]
Filemografi
Televisyen
- Nikmatnya Sedekah
- Cahaya dari Madinah
- Kurma (kuliah ramadhan)
- Hafiz Indonesia
- Damai Indonesiaku
- Kultum Bersama Syekh Ali Jaber
Filem
Rujukan
- ^ Fauziah, Novie (23 Januari 2020). "Resmi Jadi WNI, Syekh Ali Jaber: Alhamdulillah". Okezone. Dicapai pada 14 Januari 2021.
- ^ Saad Saefullah (2015-06-25). "Syeikh Ali Jaber, Sudah Hafidz Quran di Usia 11 Tahun". Islampos.com. Dicapai pada 2016-10-19.[pautan mati kekal]
- ^ a b BERNAMA (14 Januari 2021). "Ulama terkenal Indonesia Syekh Ali Jaber meninggal dunia". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-14. Dicapai pada 14 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Muhamad Rizky (2020-09-13). "Diserang, Syekh Ali Jaber Sempat Menangkis dan Tertusuk di Lengan Kanan". Okezone. Dicapai pada 2020-09-14.
- ^ Ratna Puspita (2020-09-14). "Rumah Penusuk Syekh Ali Jaber Berjarak 300 Meter dari masjid". Republika Online. Dicapai pada 2020-09-14.
- ^ Prawira, Aditya Eka (14 Januari 2021). "Syekh Ali Jaber Meninggal Dunia". Liputan6. Dicapai pada 14 Januari 2021.