Datuk Ali Mohamed (1941-2009) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Tanjung Puteri (kini Larkin) selama sepenggal (2004-2008).
Datuk Ali Mohamed | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor untuk Tanjung Puteri | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1941 |
Meninggal dunia | 3 Mei 2009 (68 tahun) Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Rokiah Osman |
Pekerjaan | Ahli politik |
Kematian
Beliau meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bharu pada hari ulangtahun kelahirannya ke-68. Beliau mengalami ketumbuhan usus besar dan menjalani pembedahan di HSI pada 27 April 2009. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah. Antara kenamaan yang hadir ialah Ahli Parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Abdul Samad, Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut dan ADUN Stulang Mok Chek Hou.[1]
Rujukan
- ^ ""Bekas ADUN meninggal dunia", Utusan Online, 3 Mei 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-06. Dicapai pada 2009-10-16.