Alexander De Croo | |
---|---|
Perdana Menteri Belgiu, ke-53 | |
Menyandang jawatan 1 Oktober 2020 | |
Raja | Philippe |
Timbalan | Vincent Van Peteghem Georges Gilkinet Petra De Sutter Sophie Wilmès Vincent Van Quickenborne Pierre-Yves Dermagne Frank Vandenbroucke |
Didahului oleh | Sophie Wilmès |
Menteri Keuangan | |
Dalam jawatan 9 Disember 2018 – 1 Oktober 2020 | |
Perdana Menteri | Charles Michel Sophie Wilmès |
Didahului oleh | Johan Van Overtveldt |
Digantikan oleh | Vincent Van Peteghem |
Timbalan Perdana Menteri Belgium | |
Dalam jawatan 22 Oktober 2012 – 1 Oktober 2020 | |
Perdana Menteri | Elio Di Rupo Charles Michel Sophie Wilmès |
Didahului oleh | Vincent Van Quickenborne |
Digantikan oleh | Vincent Van Peteghem Georges Gilkinet Petra De Sutter Sophie Wilmès Vincent Van Quickenborne Pierre-Yves Dermagne Frank Vandenbroucke |
Menteri Pencen | |
Dalam jawatan 22 Oktober 2012 – 11 Oktober 2014 | |
Perdana Menteri | Elio Di Rupo |
Didahului oleh | Vincent Van Quickenborne |
Digantikan oleh | Daniel Bacquelaine |
Pemimpin Open Flemish Liberals and Democrats | |
Dalam jawatan 12 Disember 2009 – 22 Oktober 2012 | |
Timbalan | Vincent Van Quickenborne Patricia Ceysens |
Didahului oleh | Guy Verhofstadt (Pemangku) |
Digantikan oleh | Guy Verhofstadt (Pemangku) |
Menteri Kerjasama Pembangunan | |
Dalam jawatan 11 Oktober 2014 – 1 Oktober 2020 | |
Perdana Menteri | Charles Michel Sophie Wilmès |
Didahului oleh | Jean-Pascal Labille |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Vilvoorde, Belgium | 3 November 1975
Parti politik | Open Flemish Liberals and Democrats |
Pasangan | Annik Penders |
Anak | 2 |
Tempat belajar | Vrije Universiteit Brussel, Belanda Northwestern University, Amerika Syarikat |
Laman web | Personal site |
Alexander De Croo (lahir 3 November 1975) ialah seorang ahli politik beraliran liberal dan usahawan berketurunan Flemish. Dilahirkan di Vilvoorde, De Croo bekerja untuk firma perundingan Boston Consulting Group. Pada tahun 2006, beliau memulakan syarikat sendiri yang diberi nama Darts-ip. Kerjayanya di dunia politik bermula dengan mengikuti pilihan raya dan terpilih sebagai ketua dalam parti liberal Open VLD. Pada pilihan raya persekutuan 2010, beliau berjaya terpilih menjadi Senator. Pada akhir 2012, beliau terpilih menggantikan Vincent Van Quickenborne sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pencen sehingga De Croo juga menjadi pemimpin parti Open VLD.
Di bawah kepemimpinan Elio Di Rupo sebagai Perdana Menteri, De Croo berhenti sebagai Menteri Pencen setelah dua tahun memegang jawatan untuk menjadi Menteri Kerjasama Pembangunan. Pada akhir 2018, setelah pemerintahan tumbang, beliau juga menjadi Menteri Kewangan.
Jawatan Menteri Kewangan disandang sehingga September 2020, ketika beliau diumumkan mengambil alih jawatan Perdana Menteri Belgium menggantikan Sophie Wilmès.
Aktiviti lain
Pertubuhan Kesatuan Eropah
- Bank Pelaburan Eropah (EIB), Ahli Ex-Officio Dewan Gabenor (sejak 2018)[1]
- Mekanisme Kestabilan Eropah, Ahli Dewan Gabenor (sejak 2018)[2]
Pertubuhan antarabangsa
- Bank Pembangunan Afrika (AfDB), Ahli Ex-Officio Dewan Gabenor[3]
- Bank Pembangunan Asia (ADB), Ahli Ex-Officio Dewan Gabenor[4]
- Bank Eropah untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan (EBRD), Ahli Ex-Officio Dewan Gabenor (sejak 2018) [5]
Pertubuhan bukan untung
- Forum Ekonomi Dunia (WEF), ahli Kumpulan Dasar Eropah (sejak 2017)[6]
Rujukan
- ^ "Board of Governors". www.eib.org. Dicapai pada 2 October 2020.
- ^ "Board of Governors: Alexander De Croo". www.esm.europa.eu. Dicapai pada 2 October 2020.
- ^ "AfDB Annual Report 2017" (PDF). www.afdb.org. Dicapai pada 2 October 2020.
- ^ of Governors|website=www.adb.org|date=|access-date=2 October 2020}}
- ^ "Board of Governors". www.ebrd.com/. Dicapai pada 2 October 2020.
- ^ "Europe Policy Group" (PDF). www3.weforum.org. Dicapai pada 2 October 2020.