Alauddin Muhammad (Arab: علاءالدين محمد, ʿAlā al-Dīn Muḥammad) merupakan Sultan Khwarezma dari 1200M hingga 1220M. Semasa pemerintahannya beliau berjaya mengembangkan empayar Khwarizmiyah dengan menawan wilayah Parsi kerajaan Islam Saljuk pada tahun 1205 dan juga menaklukan kerajaan Kara-Khitan pada tahun 1212.