Alan Waker | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Latar belakang | |||||||||||||
Nama lahir | Alan Olav Walker | ||||||||||||
Juga dikenali sebagai | DJ Walkzz | ||||||||||||
Kelahiran | Northampton, England | 24 Ogos 1997||||||||||||
Berasal dari | Bergen, Norway | ||||||||||||
Genre | |||||||||||||
Pekerjaan | |||||||||||||
Instrumen | re | ||||||||||||
Tahun aktif | 2012–kini | ||||||||||||
Syarikat rakaman | |||||||||||||
Laman sesawang | alanwalker | ||||||||||||
Maklumat YouTube | |||||||||||||
Saluran | |||||||||||||
Tahun aktif | 2012–kini | ||||||||||||
Genre |
| ||||||||||||
Pelanggan | 40.8 juta | ||||||||||||
Jumlah tontonan | 10.7 bilion | ||||||||||||
| |||||||||||||
Dikemaskini pada 1 September 2021 |
Alan Olav Walker (lahir 24 Ogos 1997), juga dikenali sebagai DJ Walkzz, ialah seorang DJ, penggiat YouTube dan pengeluar rekod UK-Norway. Dia popular untuk lagu yang diterbitkan pada tahun 2015 yang bertajuk "Faded", yang menerima pensijilan platinum pada lebih daripada 10 negara. Dia menduduki peringkat ke-55 pada senarai 100 DJ Terbaik DJ Mag 2016.
Pada awal tahun 2017, akaun Youtubenya Alan Walker Music telah mempunyai pelanggan sebanyak 4.5 juta, menjadikan dirinya akaun YouTube dengan pelanggan paling banyak di Norway. Pada 17 November 2021, jumlah total tontonan akaunnya dianggarkan 143 bilion.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Walker lahir pada 24 Ogos 1997 di Northampton, England kepada Philip Alan Walker yang merupakan orang Anglo-Scotland dan isteri Norwaynya, Hilde Omdal Walker. Disebabkan kewarganegaraan ibu bapanya yang berbeza, dia telah dikeruniai dwikewarganegaraan dari United Kingdom dan Norway.[2][3] Dia membesar dengan dua adik beradik, seorang kakak bernama Camilla, yang juga lahir di England; dan seorang adik lelaki bernama Andreas yang lahir di Norway. Pada umur dua tahun, bersama keluarganya, dia berpindah ke Bergen, Norway.[1][4] Walker kemudiannya menjumpai minat dalam komputer, sebuah hobi yang telah menariknya ke dalam kerjaya pengkomputeran dan pengaturcaraan muzik.
Pada mulanya, dia hanya sekedar ingin mencuba hal baharu dan tidak mempunyai sebarang latar belakang dalam muzik, tetapi keinginannya untuk bermuzik semakin besar dan dari video YouTube ia belajar tata dasar dalam muzik.[5][6]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]2012-2016: Permulaan kerjaya dan kejayaan besar
[sunting | sunting sumber]Pada 2012, Walker mendengarkan sebuah lagu daripada seorang DJ Itali bernama David Whistle (dikenali dengan nama panggungnya DJ Ness) dan menghubunginya untuk bertanya tentang bagaimana ia membuat muziknya. Dia telah diinspirasi oleh pengeluar EDM K-391 dan Ahrix, dan juga oleh pengarang filem seperti Hans Zimmer dan Steve Jablonsky.[7] Dia mula membuat muzik di komputer ribanya menggunakan FL Studio.
Pada Julai 2012, dengan pertolongan dan maklum balas daripada peminat-peminatnya dalam talian, dia mula mengejar sebuah kerjaya membuat muzik dan mula secara perlahan memuat naik muziknya di YouTube dan SoundCloud. Bermula sebagai penerbit amatur, dia lebih terkenal sebagai DJ Walkzz sebelum menandatangani sebuah persetujuan rekod dan menayangkan rekod single debutnya pada 2014. Walker menayangkan lagu "Fade" pada 17 Ogos 2014.[8] Lagu tersebut mendapat perhatian selepas penayangan semulanya melalui label rekod NoCopyrightSounds pada 19 November 2014.[9] Walker berkata bahawa pembuatan lagu ini diinspirasi oleh K-391 dan Ahrix, yang lagu masing-masing juga terdapat pada label rekod tersebut.
Fade mempunyai lebih daripada 400 juta tontonan di YouTube,[10] 115 juta putaran di Spotify dan 41 juta strim di SoundCloud.[11] Lagu-lagu "Spectre" dan "Force" terturut pada tahun 2015. Walker telah bersepakat dengan MER Musikk di bawah Sony Music Sweden dan menyiarkan single, "Faded", versi remaster vokal bagi "Fade". Ia disiarkan pada 8 Disember 2015 dan melibatkan penyanyi pop tidak ternyata, Iselin Solheim dari Naustdal.[12] Single tersebut berada di tempat teratas di carta akhir tahun di Austria, Jerman, Switzerland dan Sweden, carta iTunes di 33 negara, dan juga memasuki tempat 10 teratas di Carta Global Spotify.
Video muzik YouTube single tersebut mempunyai lebih daripada 3 billion tontonan dan 18 juta sukaan,[13] menempatkan video tersebut antara 10 video paling banyak disukai di YouTube.
2017-2022: Different World, World of Walker, Walkerverse
[sunting | sunting sumber]Pada permulaan tahun 2017, akaun YouTube milik Alan Walker menjadi akaun dengan jumlah pelanggan terbanyak di Norway, selepas mencecah lebih daripada 4.5 juta pelanggan dan jumlah ditonton sebanyak 7.7 bilion tontonan setakat 25 Januari 2020.[14][1] Di antara Februari dan April, dia berlawatan di seluruh sekitar Amerika termasuk di Euphoria Festival di Texas.[15] Pada tahun 2019, video muzik Walker bertajuk "Diamond Heart" mendapat pencalonan untuk Best Cinematography di anugerah Berlin Music Video Awards.[16] Video muziknya untuk "Heading Home" yang melibatkan Ruben tiba di senerai pilihan Silver Screenings 2021 festival tersebut.[17]
Pada 26 November 2021, Alan Walker menerbitkan album studio keduanya bertajuk World of Walker, yang terdiri daripada 15 lagu, terutamanya dibuat dalam elektropop dan EDM.[18] Pada 2022, beliau mengumumkan kembara dunia Walkerverse baharunya, di samping album akan datang dengan nama yang sama yang akan dikeluarkan dalam dua bahagian. Bahagian pertama telah dikeluarkan pada 17 Jun 2022, yang terdiri daripada lima lagu: campuran semula "Adventure Time", yang asalnya ditulis dan diterbitkan oleh Philter, "Somebody Like U" dengan Au/Ra, "Blue" dengan Ina Wroldsen, dan lagu "The Drum" yang dikeluarkan sebelum ini menampilkan vokal tak dikreditkan oleh Kristin Carpenter dan "Hello World" dengan Torine.[19] Bahagian kedua, "Walkerverse, Pt. 2" setakat ini mengandungi lima lagu: "Extremes" dengan Trevor Daniel, "Shut Up" dengan UPSAHL, "Catch me if you can" dengan Sorana, "Lovesick" dengan Sophie Simmons, dan "Ritual".[20][21]
Pada penghujung 2021, kontrak Walker dengan NCS telah tamat sehingga menyebabkan keluarannya pada label (iaitu Fade, Spectre and Force) telah dipadam daripada katalog NCS dan platform penstriman.[22] Lagu-lagu itu kemudiannya akan diedarkan semula pada Julai 2022, sebagai sebahagian daripada perjanjiannya dengan Corite.[23] Walau bagaimanapun, beliau kembali ke NCS pada April 2023 dengan lagu baharu bertajuk "Dreamer".
2023-kini: Berkongsi dengan Putri Ariani dan Peder Elias
[sunting | sunting sumber]Pada awal tahun 2023, Walker memulakan album lagu yang ke-4 bertajuk Walkerworld. Pada 4 Mei 2023, ia bersama Sasha Alex Sloan menerbitkan lagu yang bertajuk "Hero". Single itu berjaya menduduki peringkat pertama dalam carta senarai main muzik radio di Hungary. Pada 4 Ogos 2023, Big Hit Music mengeluarkan versi remix Alan Walker bagi "Do It Like That" oleh Tomorrow X Together (TXT) / Jonas Brothers.[24] Putri Ariani mula dikenal oleh Walker sejak berjaya memenangi Indonesia's Got Talent dan menduduki peringkat ke-4 America's Got Talent pada bulan 2023 dan dipanggil untuk berkongsi nyanyian dalam lagu yang bertajuk "Not You", lagu Alan Walker yang popular di Asia Tenggara.[25]
Sebagai seorang penyanyi yang mendapat ketidakupayaan dalam penglihatan tetapi tetap teguh dalam berjibaku meneruskan kerjayanya, Walker memutuskan agar Putri mempersembahkan single baharunya, yang menceritakan perkhidmatannya dalam kerjaya muzik. Lagu itu bertajuk, "Who I Am", Walker memanggil rakan sebangsanya yaitu Peder Elias untuk menyertai projek baharunya. Ketiganya membuat sebuah kumpulan khas di pelayan discord.
Pada sebuah wawancara, Walker berkata mengenai lagu baharu itu: "Semasa awal aku mengeluarkan lagu ini, aku belum menerbitkannya bagi siapa-siapa. Jujur aku merasa ragu apabila harus berkongsi lagu tentang perasaanku kepada yang lain dan aku ragu kalau muzik yang aku bangun "tidak berpadanan" dengan lakaran genre muzikku sehingga ini. Yah macam itu kalian sedikit mesti faham, Ibu dan Ayah dahulu pernah berkata lebih baik sebagai diri sendiri. Meskipun harus menentang derasnya ombak... Putri dan Peder membuka kedua mataku bahawa aku harus mempersembahkan lagu ini. Mereka berdua orang yang hebat." Walker menegaskan, “'Who I Am' ialah lagu mengenai sertai hatimu dan janganlah menjadi orang lain, jadilah dirimu sendiri. Sudah lebih dari 10 tahun lamanya sejak aku memulakan pengembaraanku dalam muzik. Aku sungguh bahagia telah memilih pengembaraan ini. Harapanku ialah kalian merasakan hal yang sama."[26]
Pada bulan April, Walker memberitahu kepada fansnya di akaun medianya bahawa ia akan tampil perdana tanpa kain penutup mulut khasnya di Tour Las Vegas, Nevada, AS. Walker mentaip hantaran Twitter pada tengah malam 26 April yang berbunyi, “Wahai fans-fans Walker, bersiaplah pada hari ini..." dia meneruskan, "Berdebar memberitahu bahawa aku akan tampil di Vegas! jangan sampai lupa atau melewatkannya. Penampilan perdanaku Sabtu 27 April tanpa kain penutup mulut!". Pada hari esok, Walker berbuat seperti apa yang ditaip olehnya dalam hantaran dan berkata tanpa penutup mulut “Ini pertama kalinya aku naik ke atas tanpa penutup mulut kesukaanku, jadi kalian tidak akan menyesalinya. Muzik!” ia menghidupkan disko dan mengakhiri perkataannya.[27][28]
Aktiviti derma
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2018, Walker mendermakan sebahagian penjualan singlenya yang bertajuk "All Falls Down" untuk World Wildlife Fund.[29] Pada tahun 2019, Walker mendermakan $100,000 bagi Team Trees, sebuah organiasi yang ditubuhkan oleh dua bintang YouTube Amerika Syarikat MrBeast dan Mark Rober. Team Trees mempunyai misi berbaloi untuk menanam 20 juta pokok.[30] Pada kandungan video itu; Mr. Beast ialah orang pertama yang menderma $100,000 dan memanggil yang lain untuk menyertainya. Dia mengatakan, "Helo kalian apakah di sini ada yang ingin menanam pokok tanaman :)." Selepasnya Walker membalas cabaran itu dengan berkata, "Jelas, aku akan menanam satu pokok!" dan mendermakan wang sebanyak $100,000.[31]
Imej artistik
[sunting | sunting sumber]Pada awalnya, Walker terkenal sebagai "DJ Walkzz" atau "Walkzz" sewaktu dia baru sahaja bermula. Dia kemudiannya menggunakan sahaja nama sebenarnya, Alan Walker, sebagai nama artisnya setelah menandatangani sebuah label rekod. Logonya direka olehnya pada tahun 2013, sebuah simbol yang meliputi huruf-huruf "A" dan "W" yang merupakan huruf-huruf awalan namanya. Dia memakai sebuah hoodie dan pelitup muka apabila dia melakukan persembahan di atas pentas. Apabila ditanya mengapa ia memakai sebuah pelitup muka dalam sebuah sesi temu bual, dia menyatakan bahawa "Ia supaya saya tidak tertonjol sangat sambil mengekalkan imej mental yang diberikan pada saya. Saya berasa ia kelihatan gempak (cool). Sebuah benda yang membuatkan orang tertanya-tanya tentang siapakah sebenarnya orang di sebalik Alan Walker.".[32] Di sebuah episod siri Unmaskednya, dia menyatakan bahawa "Pelitup muka ini lebih kepada sebuah tanda dan simbol perpaduan dan kemiripan antara satu sama lain daripada sebuah simbol yang menunjukkan menunjukkan saya yang berbeza.".[33][34]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]- Different World (2018)
- World of Walker (2021)
- Walkerworld (2023)
Lawatan
[sunting | sunting sumber]Pemuzik utama
[sunting | sunting sumber]- Walker Tour (2016–2018)
- World of Walker Tour (2018)
- Different World Tour (2018–2019)[35]
- Aviation Tour (2019)
- Walkerverse: The Tour (2022–2023)
Pemuzik penyokong
- Rihanna – Anti World Tour (2016)[36]
- Justin Bieber – Purpose World Tour (2017)[37]
- Martin Garrix – Thursdays at Ushuaïa[38]
Anugerah dan Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alan Walker sebagai penyanyi dan pengeluar muzik paling besar dalam sejarah Norway telah berjaya memenangi atau dicalonkan dalam pelbagai acara popular. Dia telah memenangi Muzik Tahunan Årets Musikk dari Gullsnutten; Best Norwegian Act pada Anugerah Muzik MTV Europe, European Border Breakers Award dan Anugerah Pilihan Awam dalam EBBA Awards '17; Bakat Muda Terbaik Anugerah Radio WDM dan Anugerah Muzik Swiss; Eksportprisen '16, The Export Prize '16 di Spellemannprisen dan Muzik Norway.
Walker mendapat anugerah antarabangsa pertamanya dalam International Dance Music Awards untuk kategori Artis Pemula Terbaik. Dia mendapat anugerah di taraf benua dalam Best Norwegian Act oleh Anugerah Muzik MTV Europe dan Årets Spellemann oleh Spellemannprisen '18. Lagu paling popular dan yang menghantarkannya dalam kejayaannya, "Faded" berjaya memenangi Festival Muzik Antarabangsa Singa Cannes, Tular Antarabangsa Terbaik dari Anugerah Muzik Eska, Lagu Tahunan Terbaik Årets Låt dari Spellemannprisen '16 dan Artis Barat Terbaik Tahunan. Pada Anugerah Muzik Norge NRJ, lagunya yang bertajuk "Sing Me to Sleep" memenangi Årets Norske Låt.[39]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c DJ Mag Staff (11 March 2018). "Alan Walker talks fame, gaming and music-making". DJ Mag. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2019. Dicapai pada 22 May 2018.
- ^ Crainex (6 April 2020). "Alan Walker (Music Producer)". The Indipu Diary. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2021. Dicapai pada 30 August 2021.
- ^ Walker, Alan. "Alan Walker: Unmasked (Episode 3)". YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 May 2019. Dicapai pada 28 February 2018.
- ^ Rolfsnes, May-Helen; Johansen, Even Norheim (9 November 2016). "Alan Walker droppar maska". NRK. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2016. Dicapai pada 9 November 2016.
- ^ "Alan Walker Essentials". Apple Music. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2021. Dicapai pada August 31, 2021.
- ^ Walker, Alan (12 August 2016). "Alan Walker – Q&A #1". YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 November 2016. Dicapai pada 14 November 2016.
- ^ Walker, Alan (10 February 2016). "Alan Walker – Interview No. 1 (Behind The Scenes)". YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 December 2016. Dicapai pada 2 February 2017.
- ^ Walker, Alan (17 August 2014). "Alan Walker – Fade". YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 February 2017. Dicapai pada 6 February 2017.
- ^ "Alan Walker – Fade [NCS Release]". YouTube. NoCopyrightSounds. 19 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 January 2017. Dicapai pada 6 February 2017.
- ^ Walker, Alan (19 November 2014). "Alan Walker – Fade". YouTube. NoCopyrightSounds. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 January 2017. Dicapai pada 25 January 2020.
- ^ Walker, Alan. "Alan Walker – Faded [NCS Release]". SoundCloud. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 January 2020. Dicapai pada 25 January 2020.
- ^ PopCrush Staff. "Best Songs We Heard This Week: Jeremih, The 1975, Alan Walker + More". Popcrush. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2015. Dicapai pada 16 January 2016.
- ^ Walker, Alan. "Alan Walker – Faded". YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 March 2020. Dicapai pada 25 January 2020.
- ^ "Most subscribed Youtube channels and Youtubers in Noway". Nordic Screens. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2017. Dicapai pada 25 Januari 2020.
- ^ "Alan Walker announces 2017. U.S shows". RCA Records (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 August 2021. Dicapai pada 24 March 2021.
- ^ Sapir, Ronit (April 2019). "Berlin Music Video Awards 2019 nominees". Berlinmva. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2021. Dicapai pada 16 April 2021.
- ^ "2021 Silver Screenings". Berlinmva. 16 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2021. Dicapai pada 16 April 2021.
- ^ "Alan Walker Releases His New Album 'World of Walker'".
- ^ Sunkel, Cameron (10 May 2022). "Alan Walker Announces "WalkerVerse" 2022 World Tour". EDM.com - The Latest Electronic Dance Music News, Reviews & Artists (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-07.
- ^ Alan Walker - Ritual (Official Music Video) (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2022-12-02
- ^ Walkerverse Pt. I & II (dalam bahasa Inggeris), 2022-11-18, dicapai pada 2022-12-02
- ^ @NCSounds (November 15, 2021). "anouncement" (Twit). Dicapai pada 23 June 2023 – melalui Twitter.
- ^ Origins (dalam bahasa Inggeris), 2022-07-01, dicapai pada 2023-03-20
- ^ "Do It Like That (Alan Walker Remix) - Single by TOMORROW X TOGETHER, Jonas Brothers & Alan Walker on Apple Music". Apple Music. August 4, 2023. Dicapai pada August 5, 2023.
- ^ "Why Simon Went on Stage During "Angel" Putri Ariani's Golden Buzzer Audition". NBC Insider Official Site (dalam bahasa Inggeris). 2023-06-07. Dicapai pada 2024-03-23.
- ^ "Alan Walker Teams Up With Putri Ariani & Peder Elias for New Song "Who I Am"". pm studio world wide news (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2024-03-23.
- ^ "ALAN WALKER マスクを外してのパフォーマンスを予告 | EDM MAXX - EDM情報マガジン" (dalam bahasa Jepun). 2024-04-28. Dicapai pada 2024-05-07.
- ^ Vuoncino, Chris (2024-04-29). "Alan Walker performs unmasked for first time in his career". We Rave You (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-05-07.
- ^ "A Look at the Life and Lifestyle of the Electronic Music Star". Beat (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 March 2024.
- ^ Powell, Karlie (26 October 2019). "Alan Walker Donates Over $100,000 to Plant Trees". Your EDM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 March 2024.
- ^ Lutz, Quinn (12 November 2019). "Alan Walker donates $100k to the #TeamTrees campaign". Dance Music NW (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 March 2024.
- ^ "Norges nye stjerne Alan Walker om suksessen: – Magisk" [Norway's new star Alan Walker on the success: - Magical]. NRK. 9 July 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2016. Dicapai pada 8 December 2016.
- ^ Cihak, Lennon. "Alan Walker's third episode of his 'Unmasked' series". Earmilk. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 March 2018. Dicapai pada 9 March 2018.
- ^ DJMag Staff (28 February 2018). "Alan Walker locked to play DJ Mag Miami Pool Party". DJMag. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 March 2018. Dicapai pada 9 March 2018.
- ^ Meier, Sam (13 November 2018). "Alan Walker Announces 'Different World Tour'". Promotion Music News. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2018. Dicapai pada 16 November 2018.
- ^ Talseth, Thomas (23 June 2016). "Alan Walker varmer opp for Rihanna". Verdens Gang. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2017. Dicapai pada 8 April 2017.
- ^ Press Trust of India (8 April 2017). "Alan Walker to join Justin Bieber on India Tour". India Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2017. Dicapai pada 8 April 2017.
- ^ Andrew, Rafter (9 June 2017). "Martin Garrix Reveals Full Line-Up For Thursdays at Ushuaïa in Ibiza". DJ Mag. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 June 2017. Dicapai pada 13 June 2017.
- ^ Muipte sources
- "Vinnere Gullsnutten 2016" [Winners Gullsnutten 2016]. NRK. 16 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2017. Dicapai pada 1 September 2021.
- "MTV European Music Awards: Alan Walker". ViacomCBS. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 July 2017. Dicapai pada 1 September 2021.
- "Cannes Lions Winners: Cannes Lions Archive". Cannes Lions Archive. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 June 2019. Dicapai pada 26 March 2017.
- "Zagraniczne gwiazdy Gali ESKA Music Awards 2016" [Foreign stars of the ESKA Music Awards 2016 Gala]. Eska Go (dalam bahasa Polish). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 July 2021. Dicapai pada 1 September 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
- Hensen, Karianne (11 February 2016). "Slik var NRJ Music Awards Norge" [Such was the NRJ Music Awards Norway]. The Morning Show. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 August 2020. Dicapai pada 1 September 2021.
- "The winners – EBBA, European Border Breakers Awards, the awards for best European new music". European Border Breakers Award. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2018. Dicapai pada 26 March 2017.
- "Årets Nominerte (2016)" [Nominee of the Year (2016)]. Spellman Prisen. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2017. Dicapai pada 1 September 2021.
- "2016 西洋年度榜單" [2016 Annual Western Chart List]. KKBox (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 July 2018. Dicapai pada 31 January 2017.
- "WDM Radio Awards 2017". WDM Radio Awards 2017 (dalam bahasa Sepanyol). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 March 2017. Dicapai pada 17 March 2017.
- "Årets Nominerte (2017)" [Nominee of the Year (2017)]. Facebook. Gullsnutten. 17 March 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2020. Dicapai pada 1 September 2021.
- "Winners". Swiss Music Awards (dalam bahasa Sepanyol). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 January 2018. Dicapai pada 3 April 2017.
- "Disse er nominert til Eksportprisen" [These are nominated for the Export Prize]. Ballade (dalam bahasa Norway). 28 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2020. Dicapai pada 1 September 2021.
- "Breaking: The 2017 MTV EMA Nominations Are Here!". MTV. 4 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2017. Dicapai pada 4 October 2017.
- "International Dance Music Awards (IDMA) presents 2018 winners". We Rave You. 22 March 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2018. Dicapai pada 1 September 2021.
- "Best Norwegian Act". MTV. 5 October 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 December 2020. Dicapai pada 1 September 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Alan Walker |