Sebahagian dari siri mengenai |
القرءان الکريم al-Quranul Karim |
---|
Al-Quran (Arab: القُرْآن, rumi: al-Qur'ān "mengkaji" terbitan kata kerja قَرَأَ qara'a "mengkaji"[1]) atau Quran ialah kitab suci yang paling utama bagi umat Islam yang diimani sebagai wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril. Kitab ini terbahagi kepada 114 bab atau "surah" (jamak.: سور suwar, mufrad.: سورة sūrah) yang terdiri daripada ayat-ayat (jamak.: آيات ʾāyāt, mufrad.: آية ʾāyah). Selain sebagai kitab suci paling utama bagi umat Islam, kitab al-Quran juga diiktiraf sebagai teks kesusasteraan paling disanjung ketulenan bahasa dan gaya penulisannya dalam bidang kesusateraan Bahasa Arab dan sangat berpengaruh dalam membentuk pertumbuhan bidang tersebut.
Umat Islam percaya bahawa Quran merupakan wahyu yang disampaikan secara lisan dari Allah kepada Utusan-Nya atau Nabi-Nya yang terakhir, Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat-Nya, Jibril. Proses penurunan wahyu ini berlaku secara beransur-ansur selama 23 tahun, bermula pada bulan Ramadan pada satu malam yang dirujuk sebagai Malam Al-Qadr, ketika Nabi Muhammad S.A.W berusia 40 tahun dan mula dilantik menjadi Nabi dan Utusan kepada seluruh manusia. Penurunan wahyu ini berakhir pada tahun 632 Masihi, Peristiwa penurunan Quran pada Lailatul Qadar diterangkan dengan jelas pada Surah ke-97, Surah Al-Qadr:
"Sesungguhnya Kami menurunkan-Nya (Al-Quran) pada Malam Al-Qadr;
Tahukah kamu apakah itu Malam Al-Qadr ?;
Malam Al-Qadr itu lebih baik dari seribu malam;
(Malam itu) turunlah para malaikat dan Ar-Ruuh (Malaikat Jibril) dengan izin tuhan mereka;
Sejahteralah mereka sehingga terbit fajar paginya."
(Al-Qadr, 97:1-5)
Umat Islam juga percaya bahawa Quran merupakan mukjizat paling utama yang dikurniakan kepada baginda dan dianggap sebagai penutup siri risalah yang dikurniakan oleh Nabi-Nabi dan para Utusan Allah sebelum baginda bermula dari Nabi Adam, termasuklah Zabur, Taurat dan Injil. Perkataan Quran disebut lebih kurang 70 kali di sepanjang isi kandungannya dan terdapat juga berbagai nama yang disebut yang mana turut merujuk kepada Quran itu sendiri
Lafaz Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (Surah Al-Qiyamah, 75:17-18)
Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas. Dari segi aqidah pula, al-Quran secara asasnya mempunyai 2 maksud iaitu Kalam Lafzhi dan Kalam Nafsi. Kalam Lafzhi ialah Kalam yang merujuk kepada pembacaan al-Quran seharian yang berhuruf, yang bersuara yang diciptakan di Luh Mahfuzh oleh Allah SWT. Manakala, Kalam Nafsi pula merujuk sifat Kalam yang terdapat pada dzat Allah SWT Yang Maha Sempurna.
Pemikiran dan amalan berdasarkan Al-Quran bermasalah dari segi hak asasi manusia, kesaksamaan gender dan kebebasan individu.[2] [3][4] [5][6][7][8][9][10][11][12][13] Ahli teologi epistemologi seperti Mustafa Öztürk dan Fazlur Rahman Malik, yang mempunyai pemahaman historisis, menyatakan dan juga mengatakan bahawa banyak ketentuan dan ungkapan dalam Al-Quran adalah ungkapan (sejarah) yang mencerminkan pemahaman tentang masa di mana ia ditulis, dan bahawa Al-Quran peruntukan seperti harta rampasan, perbudakan, perkahwinan, hukuman, yang tidak mematuhi nilai moral sejagat, tidak mengikat hari ini. Mereka menyatakan pendapat bahawa peruntukan ini harus ditinggalkan dengan syarat bahawa sifat ketuhanan Al-Quran tidak disentuh.[14]
Tarikh
Menurut kajian ilmiah, tempat asas Islam; Penyelidik sejarah Islam telah mengkaji evolusi Kiblat dari masa ke masa untuk tempat kelahiran Islam. Patricia Crone, Michael Cook dan banyak penyelidik lain, berdasarkan kajian teks dan arkeologi, percaya bahawa "Masjid al-Haram" terletak di Semenanjung Arab barat laut. (tidak di Mekah seperti yang dinyatakan dalam karya klasik berdasarkan budaya naratif)[15][16][17][18]
Terlepas dari karya "berdasarkan budaya naratif", sejarah awal Islam dari segi sejarah, (ketika muncul, di mana geografi ia dilahirkan dan tersebar ke dunia), masih belum jelas hari ini. Dalam perbincangan tersebut, wilayah Kufe dan Hire (Iraq Selatan) menonjol selain Petra.[19][20][21][22][23]
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Kandungan
Teologi
Penggunaan "bahasa antropomorfik tentang Tuhan" telah menjadi topik "perbincangan yang sengit" dalam sejarah pemikiran Yahudi, Kristian dan Islam. Kepercayaan kepada Tuhan yang tunggal dan unik adalah asas tauhid Islam. Dalam buku-buku suci agama-agama Abraham, ada contoh antropomorfik "yang menyerupai Tuhan dengan makhluk", dan juga "ungkapan yang mengecualikan Dia dari menyerupai makhluk". Dengan pandangan umum, dapat dikatakan bahawa ada lebih banyak analogi daripada tanzih dalam Al-Quran dan Alkitab.[29]
Para nabi dan kitab-kitab mereka (yang dinyatakan dikirim oleh Allah dalam al-Quran) mengaitkan diri mereka dengan tuhan-tuhan lain (mis., Yahweh).[30] Sebagai contoh, Elijah (Ilyas dalam bahasa Arab) adalah perkataan Ibrani yang bermaksud "tuhan saya adalah Yahu / Jah".[31] Nama malaikat seperti Jibril (Jibril) dan Mikael dalam Al-Quran dikaitkan dengan El (atau Il). Allahumma, juga disebut dalam Al-Quran dan secara tradisinya digunakan dalam Islam untuk memulakan doa, adalah (mungkin) sebutan bahasa Arab bagi perkataan Ibrani Elohim.[32] [33] Elohim digunakan dalam bahasa Ibrani sebagai jamak yang mengagungkan (bermaksud "Tuhan-tuhan!"), seperti dalam frasa "Yang Mulia!". Perkataan "Rab" (Tuhan, Guru), ("yang digunakan sebagai ganti Yahweh kerana perintah" "Jangan menyebut nama Yahweh, Tuhanmu dengan sia-sia,"[34] in the "Holy book") dalam "Kitab Suci") adalah juga sering digunakan untuk Tuhan dalam al-Quran.
Kisah penciptaan dan nubuatan
Seperti ungkapan yang digunakan dalam Al-Quran untuk sejarah geologi Bumi, ungkapan "menggambarkan sejarah manusia", juga membawa ungkapan selari dengan Taurat. Ditegaskan bahawa banyak nama (seperti Adam, Hawa, Habel, Kain) "yang diceritakan serentak dengan kisah penciptaan bumi dalam Alkitab", adalah adaptasi baru dari simbol dan cerita mitologi dalam budaya kuno. Kisah-kisah ini sangat diilhamkan oleh cerita penciptaan Sumeria seperti Adapa.[35][36]
Etika / Keadilan
Qisas;(untuk kejahatan membunuh dan mencederakan) Qisas adalah praktik yang difahami sebagai pembalasan dalam "tatanan sosial suku" dan dilakukan berdasarkan "kesetaraan sosial". Bergantung pada status sosial orang yang dibunuh (lelaki, wanita, hamba, bebas, elit atau orang biasa), seseorang dari suku yang menjadi milik pembunuh (setaraf dengan orang yang dibunuh) dibunuh. Sebagai contoh, hanya hamba yang boleh dibunuh untuk hamba, dan seorang wanita boleh dibunuh untuk seorang wanita.[37] Keadaan "persamaan sosial" dalam qisas bermaksud bahawa; "jika orang yang rendah diri secara sosial membunuh seseorang dari kelas atasan, qisas akan diterapkan", sedangkan "jika seseorang dari kelas atasan membunuh seseorang dari kelas bawah, itu tidak dapat diterapkan". Dalam kes ini, pembayaran pampasan (Diyya dalam İslam) dapat dibayar kepada keluarga orang yang dibunuh.
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: Orang merdeka dengan orang merdeka dan hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa) dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. "(Al-Baqarah:178)
Walaupun pembalasan pasti berlaku dalam jenayah pembunuhan(2:178), situasinya tidak jelas dalam jenayah mencederakan. Untuk hukuman (mata untuk mata, gigi untuk gigi, dan lain-lain), ungkapan "Ini adalah bagaimana kita menulis kepada mereka (Bani Israel) dalam buku", digunakan. (5:45)
Bukti Al-Quran datang dari Allah
Mengenai bukti bahawa Al-Quran itu datang dari Allah, dapat dilihat dari kenyataan bahawa Al-Quran adalah sebuah kitab berbahasa Arab yang dibawa oleh Muhammad. Dalam menentukan dari mana asal Al-Quran, akan kita dapatkan tiga kemungkinan.
- Pertama, kitab itu merupakan karangan orang Arab.
- Kedua, karangan Muhammad.
- Ketiga, berasal dari Allah saja.
Tidak ada lagi kemungkinan selain dari yang tiga ini. Sebab Al-Quran adalah khas Arab, baik dari segi bahasa maupun gayanya.
Kemungkinan pertama yang mengatakan bahwa Al-Quran adalah karangan orang Arab merupakan kemungkinan yang tertolak. Dalam hal ini Al-Quran sendiri telah menentang mereka untuk membuat karya yang serupa. Sebagaimana tertera dalam ayat :
قُلْ فَأْتُوا بِعَشْرِ سُوَرٍ مِثْلِهِ "Katakanlah: 'Maka datangkanlah sepuluh surat yang (dapat) menyamainya" (Surah Hud 13).
Di dalam ayat lain : قُلْ فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِثْلِهِ "Katakanlah: ('Kalau benar apa yang kamu katakan), maka cubalah datangkan sebuah surat yang menyerupainya" (Surah Yunus 38).
Orang-orang Arab telah berusaha keras mencubanya, akan tetapi tidak berhasil. Ini membuktikan bahawa Al-Quran bukan berasal dari perkataan mereka. Mereka tidak mampu menghasilkan karya yang serupa, ada tentangan dari Al-Quran dan usaha dari mereka untuk menjawab tentangan itu. Kemungkinan kedua yang mengatakan bahwa Al-Quran itu karangan Muhammad, adalah kemungkinan yang juga tidak dapat diterima oleh akal. Sebab, Muhammad adalah orang Arab juga. Bagaimanapun cerdiknya, tetaplah ia sebagai seorang manusia yang menjadi salah satu anggota dari masyarakat atau bangsanya. Selama seluruh bangsa Arab tidak mampu menghasilkan karya yang serupa, maka masuk akal pula apabila Muhammad yang juga termasuk salah seorang dari bangsa Arab tidak mampu menghasilkan karya yang serupa. Oleh kerana itu, jelas bahawa Al-Quran itu bukan karangan Muhammad. Terlebih lagi dengan banyaknya hadis shahih yang berasal dari Muhammad --yang sebagian malah diriwayatkan lewat cara yang tawatur, yang kebenarannya tidak diragukan lagi. Apabila setiap hadis dibandingkan dengan ayat manapun dalam Al-Quran, maka tidak akan dijumpai adanya kemiripan dari segi gaya bahasanya. Padahal Muhammad, disamping selalu membacakan setiap ayat-ayat yang diterimanya, dalam waktu yang bersamaan juga mengeluarkan hadis. Namun, ternyata keduanya tetap berbeza dari segi gaya sasteranya. Muhammad juga seorang yang diriwayatkan sebagai buta huruf,tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Akan tetapi, Muhammad seorang yang kuat hafazannya.Bagaimanapun kerasnya usaha seseorang untuk menciptakan berbagai macam gaya bahasa dalam pembicaraannya, tetap saja akan terdapat kemiripan antara gaya yang satu dengan yang lain. Kerana semua itu merupakan bagian dari ciri khasnya dalam berbicara. Oleh kerana memang tidak ada kemiripan antara gaya bahasa Al-Quran dengan gaya bahasa hadis, bererti Al-Quran itu bukan perkataan Muhammad. Sebab, pada masing-masing keduanya terdapat perbezaan yang tegas dan jelas. Itulah sebabnya tidak seorang pun dari bangsa Arab, orang-orang yang paling tahu gaya dan sastera bahasa arab, pernah menuduh bahwa Al-Quran itu perkataan Muhammad atau mirip dengan gaya bicaranya. Satu-satunya tuduhan yang mereka lontarkan adalah bahawa Al-Quran itu dicipta Muhammad dari seorang pemuda Nasrani yang bernama Jabr. Tuduhan ini pun telah ditolak keras oleh Allah dalam firman-Nya :
وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ إِنَّمَا يُعَلِّمُهُ بَشَرٌ لِسَانُ الَّذِي يُلْحِدُونَ إِلَيْهِ أَعْجَمِيٌّ وَهَذَا لِسَانٌ عَرَبِيٌّ مُبِينٌ "(Dan) Sesungguhnya Kami mengetahui mereka berkata: 'Bahawasanya Al-Quran itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad). Padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahwa) Muhammad belajar kepadanya (adalah) bahasa 'ajami (bukan-Arab), sedangkan Al-Quran itu dalam bahasa arab yang jelas" (Surah An-Nahl 103).
Jika telah terbukti bahwa Al-Quran itu bukan karangan bangsa Arab, bukan pula karangan Muhammad, maka sesungguhnya Al-Quran itu adalah firman Allah, kalamullah, yang menjadi mukjizat bagi orang yang membawanya.
Defenisi zinanya berbeda, Nabi Luth menyuruh menjamah birahi anaknya, sudah pasti ini bukan dekati zina yang dimaksud Nabi Luth, Katolik memang defenisi zinanya berbeda dari segalanya.
Nama-nama Al-Quran
- Al-Kitaab (اﻟﻛتاب)bermaksud sebuah kitab berdasarkan firman Allah:
Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa; (surah al-Baqarah 2:1-2)
- Al-Furqaan (ﺍﻟﻔﺮﻗﺎﻥ) bermaksud pemisah hak dan batil sebagaimana firman Allah:
Maha berkat Tuhan Yang menurunkan al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (surah al-Furqaan 25:1)
- Adz-Dzikr (اﻟذﻛﺮ) bermaksud peringatan berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. (surah al-Hijr 15:9)
- At-Tanzil (ﺍﻟﺘﻨﺰﻳﻞ) bermaksud penurunan. Nama ini diambil sempena firman Allah:
Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (surah asy-Syuara 26:192)
Sifat Al-Quran
Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. |
- An-Nur TERJEMAHAN AN-NUR adalah CAHAYA. Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya.
````````````````````````````````` Firman Dan Perintah dari Allah yang Sebenar-benarnya adalah DI WAJIBKAN MENJALANKAN HUKUM AGAMA ALLAH yang telah dinyatakan dalam AL-QUR'AN YANG SUCI PADA SURAH AN-NUR di ayat 1 dan 2 adalah :-
1). Ini satu surah yang di turunkan dan di wajibkan hukum hukumnya serta di turunkan padanya ayat ayat keterangan yang nyata semoga kamu mengambil peringatan. 2). Perempuan yang berzina dan Lelaki yang berzina,hendaklah kamu sebat setiap seorang daripada kedua duanya seratus kali sebatan dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua duanya dalam MENJALANKAN HUKUM ALLAH JIKA BENAR KAMU BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT SERTA HENDAKLAH DI SAKSIKAN HUKUMAN SEKSA YANG DIKENAKAN ITU OLEH SEKUMPULAN DARIPADA ORANG YANG BERIMAN.
( Terjemahan dari SURAH AN NUR pada ayat 1 dan 2 ). From (Myrbd) `````````````````````````````````
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak). (surah an-Nisaa' 4:174)
- Al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah:
Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. (surah al-Maa'idah 5:15)
- Al-Huda bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)
- Ar-Rahmah bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. Firman Allah:
Wahai umat muhammad! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)Ralat petik: Tag <ref>
tidak sah; rujukan tanpa nama mestilah mempunyai kandungan
Lihat juga
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Al-Quran. |
- Al-Fatihah dalam berbagai bahasa
- Al-Quran Mushaf Nur Fatimah
- Surah Quran
- Tajwid
- Taranum
- Penterjemahan Al-Quran
- Pertandingan Tilawah dan Hafazan Al Quran
Rujukan
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 292. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ https://www.iusinitinere.it/clash-between-sharia-law-and-human-rights-in-light-of-pace-resolution-2253-23827
- ^ http://www.etc-graz.eu/wp-content/uploads/2020/08/insan_haklar__305_n__305__anlamak_kitap_bask__305_ya_ISBNli_____kapakli.pdf
- ^ https://www.gedik.edu.tr/wp-content/uploads/insan-haklari-ve-demokrasi-ders-notu.pdf
- ^ https://web.archive.org/web/20150403134008/https://www.suleymaniyevakfi.org/kutsanan-gelenek-ve-kuran/kurana-ve-gelenege-gore-dinden-donmenin-cezasi.html
- ^ http://www.ismailaga.info/yazi/2012/03/30/dinde-zorlama-yoktur-ne-demektir-islamda-zorlama-yok-mudur.
- ^ Necati Yeniel, Hüseyin Kayapınar, Sünen-i Ebu Davud Terceme ve şerhi c. 2, s. 112
- ^ http://www.fetvameclisi.com/fetva-namaz-kilmayanin-cezasi-21734.html
- ^ https://dspace.ankara.edu.tr/xmlui/bitstream/handle/20.500.12575/28046/1995.pdf?sequence=1&isAllowed=y
- ^ https://sorularlaislamiyet.com/cariye-ne-demektir-ve-cariyeler-ile-cinsel-iliski-gunah-midir-0
- ^ http://dergiler.ankara.edu.tr/dergiler/38/281/2556.pdf
- ^ http://tez.sdu.edu.tr/Tezler/TS02507.pdf
- ^ https://yeditepe.edu.tr/sites/default/files/hukuk_dergi/II-2.pdf
- ^ https://web.archive.org/web/20150402144807/http://www.haberci28.com/tr/yazigor.aspx?yazid=585
- ^ https://bora.uib.no/bora-xmlui/bitstream/handle/1956/12367/144806851.pdf?sequence=4&isAllowed=y
- ^ Meccan Trade And The Rise Of Islam, (Princeton, U.S.A: Princeton University Press, 1987
- ^ https://repository.upenn.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=5006&context=edissertations
- ^ https://dergipark.org.tr/tr/download/article-file/592002
- ^ https://www.zwemercenter.com/is-mecca-really-the-birthplace-of-islam/
- ^ https://www.aymennjawad.org/23129/the-byzantine-arabic-chronicle-full-translation
- ^ [1]
- ^ [2]
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=OD7Q1uo7OoA
- ^ Dan Gibson: Qur'ānic geography: a survey and evaluation of the geographical references in the qurãn with suggested solutions for various problems and issues. Independent Scholars Press, Surrey (BC) 2011, ISBN 978-0-9733642-8-6
- ^ https://www.mdpi.com/2077-1444/11/3/102/htm
- ^ İskender DÖLEK; Naci ÖZSOY (2018). "SOCIAL SCIENCES STUDIES JOURNAL (SSSJournal)". sssjournal.com. Dicapai pada 21 May 2021.
- ^ Edman, Timuçin Buğra (2018). "The Critique of David Damrosch's The Buried Book: The Loss and Rediscovery of the Great Epic of Gilgamesh" (pdf). Dergipark.org. Dicapai pada 21 May 2021.
- ^ Lorey, Frank (1 March 1997). "Hurricane &aThunder". www.icr.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 May 2021.
- ^ https://web.archive.org/web/20170418081619/http://www.tlck.org.tr/wp-content/uploads/2015/04/III_TLCK_2._kitap_BASKI.pdf
- ^ "The original Hebrew texts use YHVH 6,828 times." Wilhelm Gesenius (Hrsg.): Hebräisches und Aramäisches Handwörterbuch über das Alte Testament. Zweite Teillieferung. 18. Auflage. Springer, 1995, ISBN 3-540-58048-4, S. 446.
- ^ New Bible Dictionary. 1982 (second edition). Tyndale Press, Wheaton, IL, USA. ISBN 0-8423-4667-8, p. 319
- ^ Templat:Kitap kaynağı
- ^ https://archive.org/stream/foreignvocabular030753mbp#page/n84/mode/1up/search/allahumma
- ^ https://kutsal-kitap.net/bible/tr/index.php?id=75&mc=1&sc=55
- ^ https://www.worldhistory.org/article/216/the-myth-of-adapa/
- ^ https://faculty.gordon.edu/hu/bi/ted_hildebrandt/otesources/01-genesis/text/articles-books/andreasen_adamadapa_auss.pdf
- ^ https://www.academia.edu/6708946/KADIN_BAKI%C5%9E_A%C3%87ISIYLA_KURANI_YEN%C4%B0DEN_OKUMA_DENEMES%C4%B0_-AM%C4%B0NA_WEDUD-KURAN_VE_KADIN
- ^ http://archive.wikiwix.com/cache/index2.php?url=http%3A%2F%2Fba.21.free.fr%2Fseptuaginta%2Fexode%2Fexode_13.html
- ^ Slackman, Michael (3 April 2007). "Did the Red Sea Part? No Evidence, Archaeologists Say". The New York Times. Retrieved 27 October 2016.
Pautan luar
- Terjemahan Al-Quran Jakim. Diarkibkan 2018-06-13 di Wayback Machine
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
- Quran Word by Word // QuranAcademy.org
- Al-Quran