Al Bahah
الباحة al-Bāḥah | |
---|---|
Nama panggilan: Taman Hijaz حديقة الحجاز Ḥadīqat al-Ḥijāz | |
Koordinat: 20°00′45″N 41°27′55″E / 20.01250°N 41.46528°EKoordinat: 20°00′45″N 41°27′55″E / 20.01250°N 41.46528°E | |
Negara | Arab Saudi |
Wilayah | Al-Bahah |
Ditubuhkan | 1600 |
Pentadbiran | |
• Emir Wilayah | Hussam bin Saud bin Abdulaziz Al Saud |
Aras | 2,155 m (7,070 ft) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 104,266 |
Anggaran Perbandaran Al-Bahah | |
Zon waktu | UTC+3 (EAT) |
• Musim panas (DST) | UTC+3 (EAT) |
Kod kawasan | +966-17 |
Al Bahah (Arab: ٱلْبَاحَة , Al-Bāḥah) merupakan sebuah bandar di barat Arab Saudi dalam kawasan Hijaz. Ia merupakan ibu negeri bagi Wilayah Al-Bahah, dan menjadi salah satu tarikan pelancongan utama di Arab Saudi. Ia mempunyai iklim yang menyenangkan dan dikelilingi oleh lebih dari empat puluh hutan, termasuk Raghdan, al Zaraeb dan Baidan.
Al-Bahah ialah pusat yang menempatkan pentadbiran bagi Emir Wilayah, majlis tempatan dan cawangan jabatan kerajaan lain. Memandangkan Al-Bahah menjadi tumpuan khas oleh kerajaan, bandar Al-Bahah ini mempunyai banyak institusi kesihatan, pendidikan dan pelancongan. Ia dikira sebagai pusat bagi kabilah Ghamidi dan Zahrani, dan sebahagian besar penduduknya merupakan dari keturunan kabilah ini.
Al-Bahah digelar oleh Syarif Mekah sebagai "Taman Hijaz" (Arab: حَدِيْقَة ٱلْحِجَاز, rumi: Ḥadīqaṫ al-Ḥijāz )