- Artikel ini berkenaan dengan Khalifah al-Mu'tamid dari Baghdad. Untuk penyair Al-Andalus yang juga Sultan Banu Abbadi, silalah lihat Muhammad bin 'Abbad al-Mu'tamid
Abul 'Abbas Ahmad Al-Mu'tamid 'Alallah (± 845 - Oktober 892) adalah seorang khalifah Bani Abbasiyah yang memerintah antara tahun 870-892.
Beliau merupakan satu-satunya anak al-Mutawakkil yang mempunyai jangka umur yang panjang jika dibandingkan dengan anak-anak al-Mutawakkil yang lain. Semasa pemerintahan al-Muhtadi, beliau telah dibuang negeri ke Samarrah dan kemudiannya dibebaskan setelah al-Muhtadi kehilangan kekuasaan.Al-Mu'tamid menjadi khalifah sewaktu beliau baru berusia 25 tahun.
Sewaktu pemerintahan beliau, beliau telah memindahkan ibu kota islam dari Samarra ke Baghdad, Iraq.
Al-Mu'tamid wafat secara tiba-tiba pada tahun 892 dan disyaki beliau telah diracun. Beliau telah memerintah selama 22 tahun, tetapi hanya pada nama sahaja.
Ulama-ulama
Orang-orang penting yang meninggal dunia pada zamannya cukup banyak, diantaranya ialah:
- Hasan al-Asykari, Imam Syiah Dua Belas Imam ke-11, yang dibunuh atas perintah khalifah.
- Imam Bukhari
- Imam Muslim
- Imam Abu Daud
- Imam Tirmidzi
- Imam Ibnu Majah
Didahului oleh: al-Muhtadi |
Khalifah Bani Abbasiyah (870–892) |
Digantikan oleh: al-Mu'tadid |