Al-Darimi | |
---|---|
Peribadi | |
Kelahiran | 0181 0797 Masihi | Hijrah
Kematian | 0255 (berumur 73–74) (Hijrah) 0869 (berumur 71–72) (Masihi) |
Agama | Islam |
Kawasan | Khilafah Abbasiyah |
Mazhab akidah | Ahli Sunah Waljamaah |
Mazhab fikah | Syafii |
Akidah | Athari |
Kecenderungan utama | Pengajian hadis |
Karya penting | Sunan al-Darimi |
Abdullah ibn Abdul Rahman al-Darimi (Arab: عبد الله بن عبد الرحمن الدارمي, rumi: Abd Allāh ibn ʿAbd al-Raḥmān al-Dārimī ; 797–869 M) ialah seorang ulama Islam dan seorang Imam berketurunan Arab.[1] Karya terbaiknya yang terkenal ialah Sunan al-Darimi, sebuah himpunan buku hadis,[2] yang menjadi salah satu daripada Sembilan Kitab (Al-Kutub Al-Tis’ah).[3]
Biografi
Al-Darimi datang daripada suku keluarga Banu Darim bin Malik bin Hanzalah bin Zaid bin Manah bin Tamim, atau suku Arab Banu Tamim. Dia juga dikenali sebagai al-Tamimi, yang mempunyai hubungan dengan Tamim bin Murrah, salah seorang leluhur Banu Darim.
Al-Darimi menyatakan, "Saya dilahirkan pada tahun yang sama Abdullah bin al-Mubarak meninggal dunia, dan Abdullah bin al-Mubarak meninggal dunia pada 181 H."
Al-Darimi meriwayatkan hadis daripada Yazid ibn Harun , Abdullah bin Awn, dan lain-lain. Sebilangan ulama juga meriwayatkan hadis daripadanya, termasuk Muslim bin al-Hajjaj, Abu Daud, al-Tirmizi, dan Abu Zur'ah al-Razi.
Karya
- Sunan al-Darimi: himpunan hadis nabi
- Tafsir al-Darimi: tafsir yang disebut oleh Al-Zahabi
- Al-Jami'a: disebut oleh Al-Khatib al-Baghdadi
Rujukan
- ^ Brown, Jonathan A. C. (2012-12-01). "al-Dārimī". Encyclopaedia of Islam, THREE (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Studia Orientalia (dalam bahasa Inggeris). The Society. 2006. ISBN 978-951-9380-66-7.
- ^ "The nine books of Hadith – Hadith Answers" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-05-15.