Tarikh dibuka | 1913[1] |
---|---|
Lokasi | Berlin, Jerman |
Koordinat | 52°30′21″N 13°20′26″E / 52.50583°N 13.34056°EKoordinat: 52°30′21″N 13°20′26″E / 52.50583°N 13.34056°E |
No. haiwan | 9,000+[2] |
No. spesies | 800[2] |
Laman sesawang | www |
Akuarium Berlin di Berlin merupakan salah satu akuarium awam terbesar di Jerman. Akuarium ini dibina pada tahun 1913 sebagai sebahagian daripada kompleks Taman Zoologi Berlin.[1] Sejak dibukakan, akuarium ini telah disenaraikan sebagai salah satu akuarium awam dengan biodiversiti terbesar di dunia. Tiket masuk ke Akuarium Berlin boleh dibeli secara berasingan mahupun bersama dengan tiket masuk zoo.
Lebih daripada 9,000 ekor haiwan terdapat dalam tiga bekas[2] yang mengandungi pelbagai spesis termasuklah obor-obor, ikan tropika, buaya dan pelbagai serangga. Selain 250 buah tangki untuk ikan,[1] akuarium ini turut menempatkan pelbagai spesis amfibia dan reptilia termasuklah tuatara.[2]
Rujukan
- ^ a b c "A brief introduction to Berlin Zoo". berlin-life.com. Berlin Life. Dicapai pada 5 September 2010.
- ^ a b c d Aquarium Berlin: Zoo-Aquarium Berlin. Diarkibkan 2013-01-03 di Wayback Machine Retrieved 30 December 2012.
Pautan luar
- Kategori berkenaan Akuarium Berlin di Wikimedia Commons
- Tapak web rasmi