Akta Rahsia Rasmi 1972 ( Melayu: Akta Rahsia Rasmi 1972 , singkatan OSA ), ialah sebuah undang-undang di Malaysia yang melarang penyebaran maklumat yang dikategorikan sebagai rahsia rasmi. Perundangan ini digubal berdasarkan Akta Rahsia Rasmi United Kingdom.Kekaburan akta tersebut telah mendapat kritikan dan akhirnya dipinda pada tahun 1986 [1]
Peruntukan
Akta itu mentakrifkan "rahsia rasmi" sebagai:
“apa-apa suratan yang dinyatakan di dalam Jadual dan apa-apa maklumat atau bahan yang berhubung dengannya dan termasuklah apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia”, “Sulit” atau “Terhad”, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 2B”
Bahagian Jadual Akta itu meliputi,
"Dokumen, rekod keputusan dan pertimbangtelitian jawatankuasa Jemaah Menteri", serta dokumen serupa untuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ia juga termasuk dokumen mengenai keselamatan negara, pertahanan dan hubungan antarabangsa".
Kritikan
Tindakan itu telah dikritik disebabkan oleh kononnya menyekat perbezaan pendapat dan mengurangkan ketelusan dalam urusan kerajaan. Seorang ahli parlimen telah mencadangkan bahawa tindakan itu telah menyelindungkan atau mengubah sidang akhbar sebagai "Warta Kerajaan".
Di samping itu, Akta Rahsia Rasmi 1972 didakwa menjadi batu penghalang kepada pelaksanaan hak bercakap; ini kerana Akta berkenaan memberikan kuasa yang luas kepada eksekutif untuk mengklasifikasikan sesuatu maklumat. Tanpa adanya maklumat yang mencukupi sukar untuk hak bercakap dimanfaatkan.[2]
Struktur
Akta Rahsia Rasmi 1972, (1 Januari 2006), terdiri daripada 31 seksyen dan 1 jadual (termasuk 9 pindaan), tanpa pengasingan Bahagian.
- Bahagian 1: Tajuk ringkas
- Bahagian 2: Tafsiran
- Seksyen 2A: Menambah, memotong atau meminda Jadual
- Seksyen 2B: Pelantikan pegawai awam untuk mengelaskan suratan rasmi, dsb.
- Seksyen 2C: Pengelasan semula rahsia rasmi oleh Menteri atau pegawai awam
- Seksyen 3: Penalti kerana mengintip
- Seksyen 4: Larangan mengambil atau membuat apa-apa dokumen, ukuran, bunyi atau tinjauan atau di dalam tempat larangan
- Seksyen 5: Penalti kerana membuat atau menolong membuat akuan atau pernyataan palsu bagi mendapatkan permit
- Seksyen 6: Kuasa khas mahkamah untuk mengarahkan penggeledahan dan penyitaan
- Seksyen 7: Larangan membawa peralatan fotografi
- Seksyen 7A: Kewajipan untuk melaporkan permintaan maklumat, dsb.
- Seksyen 7B: Meletakkan diri dalam kepercayaan ejen negara asing
- Seksyen 8: Menyampaikan, dsb. rahsia rasmi dengan salah
- Seksyen 9: Menggunakan pakaian seragam tanpa kuasa, memalsukan laporan, pemalsuan, penyamardirian dan suratan palsu
- Seksyen 10: Mengganggu pegawai polis atau anggota angkatan tentera
- Seksyen 11: Kewajipan untuk memberikan maklumat
- Seksyen 12: Kuasa untuk menghendaki perutusan dikemukakan
- Seksyen 13: Melindungi
- Seksyen 14: Percubaan, pengapian, dsb.
- Seksyen 15: Sekatan atas pendakwaan
- Seksyen 16: Beban pembuktian dan anggapan
- Seksyen 16A: Perakuan oleh pegawai awam sebagai keterangan yang konklusif
- Seksyen 17: Perhubungan dengan ejen asing menjadi keterangan melakukan kesalahan tertentu
- Seksyen 17A: Pembelaan yang tersedia untuk pegawai awam
- Seksyen 18: Kuasa untuk menangkap
- Seksyen 19: Kuasa bagi menggeledah dan menyita
- Seksyen 20: Kuasa khas mengenai penyiasatan
- Seksyen 21: Menerima pernyataan sebagai keterangan
- Seksyen 22: Keterangan rakan sejenayah
- Seksyen 23: Pemeriksaan pesalah
- Seksyen 24: Perlindungan pemberi maklumat
- Seksyen 25: Tanggungan bagi kesalahan di luar Malaysia
- Seksyen 26: Perbicaraan kesalahan
- Seksyen 27: Orang ramai tidak dibernarkan hadir semasa
- Seksyen 28: Tanggungan jenayah perbadanan atau firma
- Seksyen 29: Menteri boleh memberikan kuasa polis kepada orang yang sesuai
- Seksyen 30: Kuasa di bawah Kanun Tatacara Jenayah tidak disekat
- Seksyen 30A: Peraturan-peraturan
- Seksyen 31: Pemansuhan
- Jadual
Isu berkaitan
Dalam Artikel Enacting Freedom of Information Act in Malaysia: A Cost-Benefit Analysis terbitan Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities menggariskan perbezaaan antara Akta Rahsia Rasmi United Kingdom dan Malaysia.
Perbezaan ketara ini dapat dilihat dalam peruntukan seksyen 2 Akta Rahsia Rasmi UK yang menghendaki pihak pendakwaan untuk membuktikan elemen-elemn tertentu bagi mengesahkan untuk dijadikan sebagai kesalahan pendedahan seperti berikut:
- Tertuduh adalah bekas atau kakitangan kerajaan. Peruntukan tidak terpakai kepada pihak ketiga.
- Pendedahan maklumat dilakukan tanpa kuasa yang sah; dan
- Pendedahan mestilah memudaratkan sehingga merosakkan perkhidmatan perisikan dan keselamatan, keupayaan angkatan tentera, hubungan antarabangsa, atau kuasa jenayah dan penyiasatan.
Namun sebaliknya, OSA Malaysia terpakai kepada sesiapa sahaja yang terlibat sepanjang rantaian komunikasi maklumat tanpa menganggap implikasi pendedahan mampu untuk membawa iabiliti jenayah di bawah Akta. Akta ini meliputi semua jenis pendedahan mana-mana dokumen sulit, tidak kira betapa remeh atau pendedah tersebut tidak menyentuh dengan keselamatan negara, pertahanan atau pencegahan jenayah.
Dari aspek niat jahat, Seksyen 8 OSA Malaysia mewujudkan kesalahan liabiliti ketat menjadikan niat jahat tertuduh adalah tidak material. Perkara ini dibuktikan dalam kes Menteri Tenaga v MTUC [2013] 1 MLJ 161 memutuskan bahawa dokumen konsesi tidak berkaitan dengan keselamatan negara tidak relevan dalam menentukan sama ada ia adalah rahsia rasmi atau tidak kerana pendedahan maklumat tanpa kuasa yang sah adalah kesalahan liabiliti ketat (strict liability).
Lihat juga
- ^ Wu, Min Aun & Hickling, R. H. (2003). Hickling's Malaysian Public Law, pp. 91–92. Petaling Jaya: Pearson Malaysia. ISBN 983-74-2518-0.
- ^ DYMM Sultan Azlan Shah, ‘The Right To Know’ [1986] JMCL 1.