Akta Penyatuan adalah sepasang akta-akta Parlimen yang diluluskan pada tahun 1707 oleh Parlimen Scotland dan Parlimen England bagi menguatkuasakan terma-terma dalam Perjanjian Penyatuan yang telah dipersetujui pada 22 Julai 1706, berikutan rundingan di antara para pesuruhjaya yang mewakili parlimen dari dua negara. Penggabungan akta-akta Kerajaan England dan Kerajaan Scotland (dahulunya negara yang berasingan, dengan perlembagaan berasingan tetapi memiliki raja yang sama) ke dalam United Kingdom Great Britain tunggal.[1]
Dua negara ini berkongsi raja sejak Penyatuan Takhta pada tahun 1603, apabila Raja James VI dari Scotland mewarisi takhta England dari Ratu Elizabeth I. Meskipun dikatakan sebagai satu penyatuan takhta, sehingga 1707 dari segi faktanya dua takhta berasingan dipegang oleh orang yang sama. Terdapat cubaan pada tahun 1606, 1667, dan 1689 untuk menyatukan dua negara dengan Akta Parlimen, tetapi tidak dapat dilakukan sehingga awal kurun ke-18 apabila idea ini disokong oleh kedua-dua negara dari segi politik, walaupun atas alasan yang berbeza.
Akta ini berkuatkuasa pada 1 Mei 1707. Pada tarikh ini, Parlimen Scotland dan England bersatu bagi membentuk Parlimen Great Britain, beribu pejabat di Istana Westminster di London, rumah bagi Parlimen England.[2] Maka, akta ini dirujuk sebagai Penyatuan Parlimen.
Rujukan
- ^ Welcome parliament.uk, accessed 7 October 2008
- ^ Act of Union 1707, Article 3
- Defoe, Daniel. A tour thro' the Whole Island of Great Britain, 1724–27
- Defoe, Daniel. The Letters of Daniel Defoe, GH Healey editor. Oxford: 1955.
- Fletcher, Andrew (Saltoun). An Account of a Conversation
- Herman, Arthur. How the Scots Invented the Modern World. Three Rivers Press, 2001. ISBN 0-609-80999-7
- Lockhart, George, "The Lockhart Papers", 1702–1728
Pautan luar
- Act of Union 1707, the UK Parliament
- The Treaty of Union Diarkibkan 2011-07-21 di Wayback Machine, the Scottish Parliament
- Articles of Union 1707 at the Parliamentary Archives
- Image of the Treaty of Union Diarkibkan 2009-09-18 di Wayback Machine courtesy of the National archives of Scotland, published by the Scottish council on archives.org
- Union with England Act and Union with Scotland Act – Full original text Diarkibkan 2014-09-23 di Wayback Machine
- Treaty of Union and the Darien Experiment, University of Guelph, McLaughlin Library, Library and Archives Canada
- Teks rasmi the Union with Scotland Act 1706 (c.11) sebagaimana dipinda dan berkuatkuasa pada hari ini di United Kingdom, dari UK Statute Law Database
- Teks rasmi the Union with England Act 1707 (c. 7) sebagaimana dipinda dan berkuatkuasa pada hari ini di United Kingdom, dari UK Statute Law Database