Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Ogos 2017) |
MARDI ditubuhkan daripada Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 1969. Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971. MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.
Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.
Peristiwa penting yang menyumbang kepada pembangunan MARDI termasuklah:-
- Pindaan Akta MARDI dalam tahun 1990 telah membenarkan penglibatan MARDI dalam aktiviti pengkomersilan. Hasil dari pindaan tersebut, MARDITech Corporation Sdn. Bhd. telah ditubuhkan dalam tahun 1992. Pindaan Akta kedua dilakukan pada tahun 2002 untuk mengizinkan lebih banyak ruang ke arah pengkomersilan
- Dengan usaha gigih dalam pengurusan kualiti, MARDI telah dianugerah sijil MS ISO 9001:1994 pada tahun 1998. Sijil ini ditingkatkan ke MS ISO 9001:2000 pada tahun 2004. Makmal analisis MARDI juga telah diakreditasikan dengan MS ISO/IEC 17025 (kimia dan mikrobiologi makanan dan pertanian pada tahun 2001 dan residu pestisid pada tahun 2006)
- Pengukuhan sistem penyampaian teknologi sebagai sebahagian dari pendekatan inovasi menyeluruh dilaksanakan dengan penubuhan test-bed dan inkubator teknologi pada tahun 2005 sebagai komponen program pembangunan usahawan
- Membudayakan pengurusan pengetahuan dalam sistem operasi MARDI mulai tahun 2005
- Penstrukturan semula organisasi supaya kedudukan MARDI selaras dengan tuntutan semasa. Struktur terkini telah berkuat kuasa pada 1 Februari 2002
- Penubuhan beberapa stesen penyelidikan tambahan berasaskan zon agro-iklim dalam negara, termasuk di Sarawak dan Sabah. Stesen di luar negara juga pernah ditubuhkan seperti di Mali dan Malawi di Afrika
- Pengiktirafan di peringkat antarabangsa dicapai melalui jalinan kerjasama dengan organisasi penyelidikan dan universiti di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Australia, Taiwan, China, negara-negara ASEAN dan juga EU
- Penyelidikan usaha sama juga dilaksanakan dengan institusi penyelidikan antarabangsa seperti INIBAP, ACIAR, IRRI, IPGRI, CABI, ABC (Hungary), AVRDC, EU/ALTERA Greenworld Research, IAEA dan FAO. Perundingan teknikal mengenai pembangunan pertanian juga ditawarkan kepada negara Kyrgyzstan, Bosnia-Herzegovena, Syria, Qatar, Kampuchea dan Ivory Coast
- MARDITech Corporation Sdn. Bhd. juga turut mengembangkan aktivitinya di peringkat antarabangsa. <ref> http://www.mardi.gov.my/penubuhan-dan-latar-belakang Diarkibkan 2013-11-05 di Wayback Machine <ref>