Akta Parlimen[1][2][3] ialah sebuah status (biasanya dikenali sebagai undang-undang) yang dikuatkuasakan sebagai undang-undang utama atau primer oleh suatu Parlimen kebangsaan atau sub-kebangsaan. Contohnya, di Ireland ia dikenali sebagai Akta Oireachtas, manakala di Amerika Syarikat istilah Akta Congress digunakan.
Di negara-negara Commonwealth, istilah ini digunakan di dalam kedua-dua maksud yang sempit, sebagai suatu perincian rasmi suatu undang-undang yang diluluskan di dalam wilayah yang tertentu, dan di dalam maksud yang lebih umum, ia adalah bagi undang-undang utama yang diluluskan di mana-mana negara.
Rang undang-undang
Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen disebut sebagai akta. Manakala sekiranya cadangan undang-undang tersebut masih dibahaskan di Parlimen serta belum diluluskan, ia disebut sebagai rang undang-undang.
Akta Parlimen adalah nama umum kepada pelbagai akta yang telah diluluskan oleh Parlimen. Contoh akta-akta yang termasuk undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen adalah di antaranya seperti berikut:
- Akta Kontrak
- Kanun Tanah Negara
- Akta Syarikat
- Kanun Keseksaan