Aksara Mwangwego Mwangwego | |
---|---|
Jenis | |
Bahasa | Bahasa Cewa dan bahasa-bahasa Bantu lain di Malawi |
Pencipta | Nolence Mwangwego |
Tarikh cipta | 7 April 1997 |
Tempoh masa | 1997–kini |
Aksara Mwangwego ialah sejenis tulisan abugida yang dibangunkan untuk bahasa-bahasa di Malawi oleh Nolence Mwangwego.[1][2] Ia merupakan salah satu daripada beberapa aksara pribumi yang dicipta untuk masyarakat bahasa tempatan di Afrika.[3]
Sejarah
Gagasan mencipta aksara untuk orang Malawi muncul pada 10 November 1977 di Paris, ketika Mwangwego mendapat tahu kewujudan pelbagai sistem tulisan di dunia, dan berpendapat bahawa kata-kata yang bermaksud "tulis" dalam bahasa-bahasa Malawi ialah bukti mereka pernah memiliki aksara tersendiri.[1][4] Pada April 1979, beliau mencipta simbol-symbol pertama, yang kemudiannya diubah, dipermudah, dan diperhalus sepanjang tahun-tahun berikutnya. Beliau menyiapkan bahagian pertama ciptaannya dalam 17 tahun dan memperkenalkannya pada April 7, 1997. Beliau melengkapkan keseluruhan projek aksaranya pada tahun 2003, yang menjadikan sejumlah 24 tahun telah beliau tumpukan pada aksara ciptaan tersebut.[1]
Penggunaan dan penerimaan
Aksara ini diperkenalkan pada tahun 1997 tetapi hanya mendapat sambutan yang sedikit di Malawi. Mwangwego masih mengadakan ceramah dan pameran awam di institusi akademik dan mengajar aksaranya. Menteri Belia, Sukan, dan Budaya negara Malawi, Kamangadazi Chambalo, disebut sebagai berkata:
"Aksara Mwangwego tersendirinya merupakan penciptaan sejarah secara langsung. Tanpa menghiraukan penerimaan oleh masyarakat di seluruh negara, aksara ini pasti akan masuk dalam catatan sejarah kita sebagai rekaciptaan yang menakjubkan."[1]
Orang pertama yang mempelajari aksara tersebut ialah Mwandipa Chimaliro.[1] Sepuluh pelajar lain yang turut mempelajari aksara tersebut pada tahun sama juga telah mengajar orang lain. Pada tahun 2007, Kelab Mwangwego telah ditubuhkan dan keahliannya terbuka kepada sesiapa yang telah mempelajari aksara tersebut. Setakat 2012, terdapat lebih kurang 395 orang yang menggunakannya. Hanya satu buku sahaja yang pernah diterbitkan menggunakan aksara ini. Buku tersebut ialah Malawi Tili Pati oleh Mwangwego yang ditulis dalam bahasa Cewa.[5]
Aksara ini tidak dikenali oleh piawaian ISO 15924. Namun, Inisiatif Pengkodan Aksara (Script Encoding Initiative)[6] sedang berusaha untuk memasukkannya ke dalam piawaian tersebut, dan terdapat permohonan[7] untuk memasukkannya ke dalam Unikod.[8]
Nolence Mwangwego
Nolence Moses Mwangwego adalah ahli bahasa Malawi kelahiran Zambia. Beliau dilahirkan pada 1 Julai 1951 di Daerah Mwinilunga, Zambia.[9] Mwangwego berasal dari Kampung Yaphet Mwakasungula, di kawasan Kyungu Ketua Agung di Daerah Karonga. Mwangwego, pada 29 Disember 1997, telah ditabalkan menjadi Ketua Kampung Yaphet Mwakasungula IV. Dia boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Cewa, Tumbuka, Kyangonde, Inggeris, Perancis, dan Portugis. Kini, beliau bekerja sebagai guru bahasa Perancis di Pusat Kebudayaan Perancis, di Blantyre. Beliau berkahwin dengan Ellen Kalobekamo dan mempunyai empat orang anak.
Rujukan
- ^ a b c d e "Mwangwego Script -History of the script". Mwangwego.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-12. Dicapai pada 9 November 2014. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "hist" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-21. Dicapai pada 2020-11-27.
- ^ Unseth, Peter. Invention of scripts in West Africa for Ethnic Revitalization. In Handbook of Language and Ethnic Identity vol. 2, edited by Joshua Fishman and Ofelia Garcia, 23-32. New York: Oxford University Press.
- ^ http://speakjhr.com/2010/11/the-politics-of-malawis-alphabet/
- ^ "Mwangwego", Omniglot, retrieved 21 June 2018.
- ^ "Welcome to the Script Encoding Iniative", Script Encoding Initiative, retrieved 21 June 2018.
- ^ "Preliminary proposal to encode the Mwangwego script in the UCS", The Unicode Consortium, retrieved 21 June 2018.
- ^ "Mwangwego", ScriptSource, retrieved 21 June 2018.
- ^ "Mwangwego Script -The Inventor". Mwangwego.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-28. Dicapai pada 9 November 2014.