
Akroterion, akroterium, (jamak akroteria; masing-masing dalam Jawi: اكروﺗيريون, اكروﺗيريوم dan اكروﺗيريا)[1] ialah hiasan seni bina yang diletakkan pada kekaki rata yang dipanggil akroter atau ketapak, dan dipasang pada puncak atau sudut pedimen bangunan dalam gaya klasik.[2] Akroterion yang diletakkan di sudut luar pedimen dipanggil akroterion angularium (angulārium bermaksud 'di sudut').
Akroterion boleh ada pelbagai bentuk, seperti patung, tripod, cakera, pasu, palma atau ciri ukiran lain. Akroteria juga ditemui dalam seni bina Gothik.[3] Ia kadangkala digabungkan dalam reka bentuk perabot.[4]
Etimologi
Perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani akrōtḗrion (ἀκρωτήριον 'puncak, hujung'), daripada bentuk perbandingan adjektif ἄκρος, ("ekstrem", "paling hujung") + -τερος (akhiran perbandingan) + -ιον (bentuk neuter substantif bagi akhiran adjektif -ιος). Ia dilatinkan oleh orang Rom sebagai acroterium.[5] Akroteria ialah bentuk jamak bagi kedua-dua bahasa Yunani asal[6] dan bentuk Latin.[7]
Menurut Webb, semasa zaman Helenistik, sosok kemenangan atau Nike bersayap dianggap sebagai "motif paling sesuai untuk akroteria berfigura."[1]
Galeri
-
Akroterion Yunani Kuno Nereid menunggang kuda, sekitar 380 SM, marmar, Muzium Arkeologi Nasional, Athens
-
Akroterion Yunani Kuno, 350–325 SM, marmar, Muzium Metropolitan Seni, New York
-
Akroterion monumen kubur Timotheos dan Nikon, 350–325 SM, marmar, Muzium Metropolitan Seni
-
Akroteria Yunani Kuno dari kuil Artemis, 330-300 SM, marmar, Muzium Arkeologi Epidaurus, Epidaurus, Yunani,
-
Akroteria Yunani Kuno Makam III, Agios Athanasios, Yunani, 325-300 SM
-
Akroteria Yunani Kuno yang ringkas pada pedimen dekri penghormatan, sekitar 300-250 SM, gangsa, Muzium Arkeologi Nasional, Athens[8]
-
Akroterion Romanes Église Saints-Pierre-et-Paul de Rosheim, Rosheim, Perancis, pengukir atau arkitek tidak diketahui, sekitar 1150
-
Akroteria Renaissance Villa La Rotonda, luar Vicenza, Itali, direka oleh Andrea Palladio, 1566-1590-an[9]
-
Akroteria Neoklasik dengan mascaron pada Makam Keluarga Lupin-Roux, Tanah Perkuburan Loyasse, Lyon, diukir oleh Pierre-Marie Prost, sekitar 1830
-
Akroteria Neoklasik pada tingkap Großer Blumenberg, Leipzig, Jerman, direka oleh Albert Geutebrück pertengahan abad ke-19
-
Pedimen Neoklasik dengan akroteria Makam Alexandrina Grejdanescu dan Barbu Grejdanescu, Tanah Perkuburan Bellu, Bucharest, Romania, arkitek atau pengukir tidak diketahui, sekitar 1871
-
Akroterion Jepun, ilustrasi oleh Abel Guérineau, 1887
-
Akroterion Beaux Arts Collège Franklin (Boulevard Louis-XIV no. 5), Lille, Perancis, arkitek atau pengukir tidak diketahui, sekitar 1900
-
Akroterion Beaux Arts di atas tingkap Strada Grigore Cobălcescu no. 14, Bucharest, arkitek atau pengukir tidak diketahui, sekitar 1900
-
Akroterion Beaux Arts di atas tingkap Strada Bocșa no. 2, Bucharest, arkitek atau pengukir tidak diketahui, sekitar 1900
-
Akroterion Art Nouveau pada dapur di Rumah Mița the Cyclist (Strada Biserica Amzei no. 9), Bucharest, mungkin direka oleh Nicolae C. Mihăescu,[10] 1908
-
Akroterion Art Deco Pintu Masuk Dinicu Golescu Stesen Keretapi Utara, Bucharest, direka oleh Victor Gh. Ștephănescu, 1935[11]
-
Akroteria Postmoden pada pedimen Muzium Kanak-kanak Houston, Houston, AS, oleh Robert Venturi, 1992[13]
-
Akroteria Klasik Baru pada pedimen Perpustakaan Maitland Robinson, Downing College, Universiti Cambridge, Cambridge, UK, oleh Quinlan Terry, 1992
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b Webb, Pamela A. (1996). Hellenistic Architectural Sculpture: Figural motifs in western Anatolia and the Aegean islands. Madison, Wisconsin: The University of Wisconsin Press. m/s. 26.
- ^ "Akroterian". Merriam Webster.
- ^ Harris, Cyril M. (1983). Illustrated Dictionary of Historic Architecture. Courier Corporation. m/s. 5. ISBN 9780486244440.
- ^ "akroterion - seni bina".
- ^ "acroter". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.)
- ^ McCarver (penyunting). "Glosari istilah seni bina". McArver Ancient History. Seni Bina Yunani. Porter-Gaud School. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2006. Dicapai pada 2021-01-26.
- ^ Smith, Philip (1875). "Akroterium". Dalam Thayer, Bill (penyunting). A Dictionary of Greek and Roman Antiquities. University of Chicago. Dicapai pada 2021-01-26.
- ^ Smith, David Michael (2017). Pocket Museum - Ancient Greece (dalam bahasa Inggeris). Thames & Hudson. m/s. 235. ISBN 978-0-500-51958-5.
- ^ Hopkins, Owen (2022). Reading Architecture - A Visual Lexicon (dalam bahasa Inggeris). Laurence King. m/s. 35. ISBN 978-1-52942-034-0.
- ^ Mariana Celac, Octavian Carabela dan Marius Marcu-Lapadat (2017). Bucharest Architecture - an annotated guide (dalam bahasa Inggeris). Ordinul Arhitecților din România. m/s. 85. ISBN 978-973-0-23884-6.
- ^ Mariana Celac, Octavian Carabela dan Marius Marcu-Lapadat (2017). Bucharest Architecture - an annotated guide (dalam bahasa Inggeris). Ordinul Arhitecților din România. m/s. 171. ISBN 978-973-0-23884-6.
- ^ Gura, Judith (2017). Postmodern Design Complete (dalam bahasa Inggeris). Thames & Hudson. m/s. 77. ISBN 978-0-500-51914-1.
- ^ Eleanor Gibson. "Tujuh projek seni bina postmoden terbaik Robert Venturi". dezeen.com. Dicapai pada 25 Jun 2023.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Akroterion |
- "Akroterion". Encyclopædia Britannica. article 9003592.