Kuih Akok | |
---|---|
Jenis | Snek atau Pencuci mulut |
Tempat asal | Malaysia |
Kawasan/rantau | Terengganu |
Dicipta oleh | Etnik Melayu |
Bahan utama | Tepung gandum, Telur, Gula, Santan dan Daun pandan |
sunting · sunting di Wikidata |
Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Terengganu.
Am
Akok adalah salah satu diantara makanan tradisional yang terkenal di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu, Malaysia.[1][2] Akok rasanya manis bertelur. Ia boleh dimakan sebagai makanan ringan atau sebagai pencuci mulut. Terdapat juga varian savouri yang dikenali sebagai akok berlauk yang mempunyai tekstur berspan.
Adunan asas kuih akok terdiri daripada tepung gandum, gula, telur, dan santan.[3]. Kaedah pengadunan dan pembakaran merupakan antara faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap.
Akok mempunyai dua jenis utama. Jenis pertama dibuat dari tepung, gula, telur dan santan, dan biasanya dapat ditemukan di Terengganu. Manakala jenis lain pula menggunakan gula merah atau gula melaka yang akan menggelapkan warna kuih tersebut. Jenis ini biasanya terdapat di Kelantan dan mempunyai tekstur kurang gebu dibandingkan dengan yang daripada Terengganu.
Akok juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk, dan yang paling biasa didapati ialah berbentuk seperti bahulu. Selain itu, terdapat juga jenis yang berbentuk bujur dan akok bunga atau dikenali juga akok Kemboja. Kuih ini lazimnya dibakar di dalam sarang (acuan) loyang tradisional dengan arang kelapa sepertimana kuih bahulu, dan arang kelapa itulah yang memberikan aroma dan rasa berasap pada kuih tersebut.
Penyebaran
Akok biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Akok biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama. Disebabkan ia tidak tahan lama, akok tidak dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan, bukan untuk tujuan borong.
Dalam budaya popular
Akok biasanya kurang digemari oleh golongan muda kerana ia agak manis. Akok sesuai untuk dijadikan sebagai makanan petang kerana ia mudah dihidangkan, tidak melerai dan rasanya sedap.
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
- KUIH AKOK - Warisan Kebangsaan Diarkibkan 2009-08-28 di Wayback Machine
- Resipi Diarkibkan 2008-09-14 di Wayback Machine Kuih Akok di myresipi
- Foto Kuih Akok di flickr
- JKKN - Kuih akok.