Tuan Yang Terutama Aiyub Omar | |
---|---|
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria | |
Menyandang jawatan 2024 | |
Didahului oleh | Gloria Corina Peter Tiwet |
Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia | |
Dalam jawatan 2019–2024 | |
Didahului oleh | Amizal Fadzli Rajali |
Digantikan oleh | Shahril Nizam Abdul Malek |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Aiyub bin Omar |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Bidang pengkhususan | Diplomat |
Aiyub Omar merupakan seorang diplomat Malaysia yang kini dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria.[1]
Kerjaya
Aiyub memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 2001 di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Selepas menamatkan kursus Diploma Pengurusan Awam pada tahun 2002, beliau telah diterima memasuki perkhidmatan luar negeri dan memulakan karier diplomatik beliau sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Luar Negeri. Pada tahun 2003, beliau bertugas di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di New York, Amerika Syarikat selama 4 bulan yang telah memberikan beliau pendedahan pertama dalam rundingan pelbagaihala isu-isu antarabangsa. Pada 2004 hingga 2008, beliau telah berkhidmat di Kedutaan Besar Malaysia di Sepanyol sebagai Setiausaha Kedua.
Setelah Aiyub kembali ke Malaysia pada 2008, beliau telah ditawarkan biasiswa oleh Kerajaan United Kingdom untuk mengikuti kursus Foreign Service Program di Universiti Oxford, United Kingdom selama 9 bulan. Setelah tamat pengajian, beliau kembali bertugas di Kementerian Luar Negeri hingga 2012 di mana beliau dipertanggungjawabkan untuk menyelaras membangunkan Sekretariat Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP) yang dipindahkan dari Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Beliau banyak memberikan sumbangannya bersama MTCP dalam sektor kerjasama pembangunan antarabangsa di bawah kerangka kerjasama Selatan-Selatan dengan membantu negara-negara yang sedang membangun dalam bidang pendidikan, ICT, percukaian dan pembangunan luar bandar antara lain. Bersama Australian Aid, beliau pernah ditugaskan ke Kabul, Afghanistan pada tahun 2011 dan 2012 bagi membangunkan kurikulum pendidikan di Afghanistan mengikut acuan pendidikan di Malaysia. Beliau bersama-sama Japan International Cooperation Agency (JICA) juga pernah ke Sudan Selatan bagi membangunkan satu kursus khas pembangunan luar bandar Sudan Selatan yang ketika itu baru sebulan mencapai kemerdekaan. Beliau juga telah banyak terlibat membangunkan beberapa kursus khas kepada negara-negara lain seperti Papua New Guinea, Senegal, Myanmar, Cambodia dan Laos. Pada tahun 2012, beliau telah bertugas ke Islamabad, Pakistan hingga 2016 sebagai Penasihat Kedutaan. Selepas itu, beliau kembali semula ke Malaysia dan pernah diberi tanggungjawab sebagai Pengarah di Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan selama 2 tahun dan kemudian sebagai Pengarah di Pusat Leadership, Negotiation and Public Diplomacy, di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) selama hampir 2 tahun.[2]
Pada 1 November 2019, beliau telah dilantik sebagai Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia sehingga 21 Januari 2024. Setelah menerima watikah pelantikan dari Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 20 Mac 2024, beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria[1]mengikuti jejak langkah salasilah keluarga beliau, Allahyarham Tan Sri Zain Azraai Zainal Abidin yang pernah memegang jawatan penting di Kementerian Luar Negeri.
Rujukan
- ^ a b "Agong kurnia watikah pelantikan empat perwakilan ke luar negara". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-03-20.
- ^ Redaksi (2020-07-07). "Aiyub Omar, Konsul Jenderal Malaysia Keakraban Negeri Jiran di Kota Medan". Kover Magazine (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-03-20.