Air Hitam Dalam | |
---|---|
Kampung | |
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"[1] | |
Lagu: Negaraku | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Pulau Pinang |
Daerah | Tasek Gelugor |
Kampung | Air Hitam Dalam |
Penduduk ( N/A ) | |
• Celik huruf | ( lelaki perempuan) |
• Pecahan menurut jantina | % lelaki dan % perempuan |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Poskod | 13300 |
[ Lokasi Google] |
Air Hitam Dalam merupakan sebuah kampung yang terletak di Tasek Gelugor di dalam Negeri Pulau Pinang. Air Hitam Dalam meliputi kawasan paya darat seluas kira-kira 11 hektar serta bersempadan dua buah sungai iaitu Sungai Kereh dan Sungai Air Hitam. Hutan Pelajaran ini di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Perjalanan dari bandar Butterworth mengambil masa lebih kurang 25 minit, melalui pekan Sungai Dua dan Kampung Sungai Air Hitam Dalam.
Kawasan ini mengandungi spesis flora paya darat seperti pokok putat, ara jangkang, nipah dan sebagainya.
Selain dari ini, spesis fauna paya darat seperti memerang, monyet, biawak dan pelbagai spesis burung juga akan dapat diperhatikan dalam kawasan ini. Tidak ketinggalan, jika bernasib baik boleh melihat spesis buaya yang kadang-kadang timbul di sungai berhampiran.
Untuk memudahkan para pengunjung menikmati alam sambil membuat pemerhatian terhadap spesies-spesies flora dan fauna di sini, pelantar pejalan kaki, pondok-pondok rehat, jambatan gantung, pelantar pemandangan, tandas dan dangau disediakan.
Para pengunjung akan pasti mempelajari sedikit sebanyak mengenai hutan paya darat dan sekali gus akan menimbulkan rasa sayang terhadap alam semula jadi secara amnya setelah melawat Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam. Hutan pelajaran ini sesuai dijadikan tempat pemerhatian dan rujukan untuk flora dan fauna hutan paya darat.
Poskod
Air Hitam Dalam yang terletak di Tasek Gelugor menggunakan poskod 13300.
Kemudahan asas
Pendidikan
Tempat beribadat
Tempat Menarik di Air Hitam Dalam
Rujukan
- Poskod di Malaysia.
- ^ Malaysian Flag and Crest from www.malaysia.gov.my.
- (Inggeris) Air Itam Educational Park.</ref>
- Lokasi agro pelancongan[pautan mati kekal]