Che Aiman Ameer Che Kamarudin (lahir 15 Januari 2000) ialah merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau adalah salah seorang juara Hero Remaja 2023 dan menerusi drama seperti Cempaka Malaya (2022–2023), Ke Kodiang With Love (2024), Cinta Untuk Sekali Lagi (2024) dan Kelas Tahanan Cikgu Hiragi (2024).
Aiman Ameer dilahirkan pada 15 Januari 2000 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak keempat daripada lima orang adik-beradik. Beliau merupakan graduan Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan dari Politeknik METRO Johor Bahru.
Beliau merupakan bekas Juara dan Hero Inspirasi program realiti pencarian Hero Remaja 2023 yang bersaing dengan 7 peserta, termasuk Fitrk Farok atau Muhammad Fitri Mohd Farok (Naib Juara), Razin Qidran atau Razin Qidran Noor Hisham (Hero Favourite), Azri Safix Mohd Razal (Azri), Evertts McClane Gomes (Evertts), Tan Jia Song (Jaysong), Muhammad Al Hakim Khan Farrukh Hadi (Hakim), Aariz Iskandar Idris (Jay).