Ahn Chang-ho 안창호 | |
|---|---|
Ahn di Los Angeles, California. | |
| Dalam jawatan 3 Mei 1926 – 16 Mei 1926 | |
| Didahului oleh | Yi Dongnyeong |
| Digantikan oleh | Yi Dongnyeong |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 9 November 1878 Kaunti Kangso, Pyeongan, Korea Joseon |
| Meninggal dunia | Mac 10, 1938 (umur 59) Hospital Universiti Imperial Keijō Hospital, Gyeongseong-bu, Korea Jepun |
| Kewarganegaraan | Korean |
| Pasangan | Helen Lee |
| Anak | 5 |
| Nama Korea | |
| Hangul | |
| Hanja | |
| Perumian Semakan | An Changho |
| McCune–Reischauer | An Ch'angho |
Ahn Changho, kadangkala An Chang-ho (sebutan bahasa Korea: [ɐn. tɕʰɐŋɦo]; Korea: 안창호; Hanja: 安昌浩, 9 November 1878 - 10 Mac 1938) merupakan aktivis kemerdekaan Korea dan salah satu pemimpin terawal masyarakat imigran orang Korea-Amerika di Amerika Syarikat. Beliau juga dirujuk dengan nama penanya Dosan (도산; 島山 [tosʰan]). Aktivis sosial protestan, beliau menubuhkan Shinminhoe (Persatuan Korea Baru) apabila beliau kembali ke Korea dari A.S. pada tahun 1907. Ia merupakan pertubuhan terpenting yang menentang pendudukan Jepun di Korea. Beliau menubuhkan Akademi Korea Muda (흥사단; 興士團) di San Francisco pada tahun 1913 dan ahli penting dalam mengasas Kerajaan Sementara Republik Korea di Shanghai pada tahun 1919. Ahn merupakan satu daripada dua lelaki yang dipercayai menulis lirik Aegukga, lagu kebangsaan Korea Selatan. Selain kerjanya untuk Gerakan Kemerdekaan, Dosan mahu membuat pembaharuan watak orang Korea dan keseluruhan sistem sosial Korea. Pembaharuan pendidikan dan memodenkan sekolah merupakan dua usaha penting Dosan. Beliau merupakan bapa kepada pelakon Ralph dan Philip Ahn, pengasas restoran Cina Moongate Soorah Ahn, dan pegawai meriam udara Tentera Laut A.S. Susan Ahn Cuddy, yang juga kemudian bekerja untuk Pejabat Perisikan Tentera Laut, Agensi Keselamatan Negara, Perpustakaan Kongres, dan Jabatan Pertahanan A.S..
Keluarga
- Helen Lee (Yi Hye Ryon), 1884 - 1969
- Philip Ahn, 1905 - 1978
- Philson Ahn, 1912 - 2001
- Susan Ahn Cuddy, 1915 - 2015
- Soorah Ahn Buffum, 1917 - 2016
- Ralph Ahn, 1926 -
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
- The Ahn Chang Ho Website
- Patriot Dosan Ahn Chang-ho Memorial Diarkibkan 2012-02-11 di Wayback Machine, International Relations Council of Riverside, CA.
- Photos of Riverside Memorial
| Jawatan politik | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Yi Dong-nyeong |
Presiden Kerajaan Sementara Republik Korea 1926 |
Diikuti oleh: Yi Dong-nyeong |
- Articles containing Korean-language text
- Rencana dengan pengenalan ISNI
- Rencana dengan pengenalan VIAF
- Rencana dengan pengenalan BNF
- Rencana dengan pengenalan GND
- Rencana dengan pengenalan J9U
- Rencana dengan pengenalan NLA
- Rencana dengan pengenalan RISM yang rosak
- Kelahiran 1878
- Kematian 1938
- Orang dari Pyongan Selatan
- Penulis Korea
- Protestan Korea
- Aktivis kemerdekaan Korea
- Kebudayaan Riverside, California
- Orang Amerika Syarikat keturunan Korea
- Penulis lagu kebangsaan








