
Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya (Inggeris: Ahmadi Religion of Peace and Light; Arab: دين السلام والنور الأحمدي), juga dikenali sebagai Agama Ahmadi, ialah gerakan agama baru mesianik yang berasal daripada Syiah Imam Dua Belas.[1] Ia dianggap sebagai salah satu daripada gerakan apokaliptik atau "Hari Kiamat" yang berasal dari Timur Tengah.[2]

Pemimpin agama terkini ialah Abdullah Hashem, seorang Mesir-Amerika yang mengaku sebagai Qa'im Al Muhammad dan telah dilantik dengan nama atas wasiat Nabi Muhammad dan juga menyebarkan risalah sahih Ahmed al-Hasan daripada Iraq yang dikatakan sebagai seorang Yamani.[3][4][5][6]
Kepercayaan dan doktrin
Pada asasnya, Agama Ahmadi mengajarkan keeapda poenganutnya tentang toleransi dan ciri-ciri sinkretisme agama. Beberapa kepercayaan dan doktrin Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya adalah:
- Terdapat tujuh perjanjian, termasuk enam perjanjian dengan Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, dan Nabi Muhammad dan perjanjian semasa dengan Ahmed al-Hasan
- Kepercayaan kepada reinkarnasi atau transmigrasi jiwa (lihat Metempsychosis)
- Bulan Ramadan dianggap sama dengan Disember kerana bulan-bulan pada kalendar Hijriah dianggap sama dengan bulan-bulan pada kalendar Gregorian
- Ka'abah sebenarnya terletak di Petra, Jordan, bukannya di Mekah, Arab Saudi
- Solat Jumaat tidak wajib dilaksanakan
- Alkohol dibenarkan jika diambil secara sederhana dan tidak memabukkan
- Penutup kepala (seperti tudung) tidak wajib dipakai
- Bertolak ansur dengan orang-orang LGBTQ dan mereka dibenarkan untuk menyertai Agama Ahmadi[7]
Kitab rasmi
Pada tahun 2022, Agama Ahmadi menerbitkan kitab rasmi yang bertajuk Matlamat Sang Bijaksana (Arab: غاية الحكيم). Kitab itu mempunyai 40 "pintu" atau bab itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab, Urdu, Melayu, Sepanyol, Perancis, Jerman, Turki, Azeri dan Parsi.
Terdapat tiga kitab yang diterbitkan oleh Agma Ahmadi, iaitu:
- Hashem, Abdullah (2022). The Goal of the Wise: The Gospel of the Riser of the family of Mohammed Abdullah Hashem Aba Al-Sadiq (Matlamat Sang Bijaksana: Kitab Kebangkitan Keluarga Mohammed Abdullah Hashem Aba Al-Sadiq). The Ahmadi Religion of Peace and Light. ISBN 978-1-7392629-0-7.[1]
- Hashem, Abdullah (2024). The Mahdi's Manifesto (Manifesto Mahdi). The Ahmadi Religion of Peace and Light.
- Hashem, Abdullah (2025). The Divine Jurisprudence (Fiqh Ilahi). The Ahmadi Religion of Peace and Light.
Pada 19 Mei 2025, Kitab Matlamat Sang Bijaksana telah dianugerahkan Anugerah Buku Antarabangsa Terbaik 2025 dalam kategori Agama dan Kerohanian di Pesta Buku Antarabangsa di Turin, Itali.[8]
Rujukan
- ^ "Hadith about the death of Abdullah of Hijaz and the reappearance of Imam Mahdi, are they authentic? • Ask the Sheikh" (dalam bahasa Inggeris). 23 Januari 2015. Dicapai pada 27 Jun 2025.
- ^ Seidel, Jamie; News.com.au (20 Julai 2024). "'Doomsday' movement grips youth in the Middle East" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Jun 2025.
- ^ "Ahmadi Religion of Peace and Light". WRSP – World Religions and Spirituality Project. 23 Jun 2024. Dicapai pada 27 Jun 2025.
- ^ "الشيخ الطوسي". الغيبة (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 27 Jun 2025.
- ^ Introvigne, Massimo; Kotkowska, Karolina Maria (10 Mei 2024). "The Ahmadi Religion of Peace and Light: An Introduction". The Journal of CESNUR (dalam bahasa Inggeris). 8 (3): 33–51. doi:10.26338/tjoc.2024.8.3.2. ISSN 2532-2990.
- ^ "Six Yamani followers arrested in Torbat-e Heydariyeh". Hengaw (hengaw.net) (dalam bahasa Inggeris). 13 November 2024. Dicapai pada 27 Jun 2025.
- ^ Billson, Chantelle (4 Ogos 2023). "Malaysian official brands gay people 'perverted' after eight protestors detained". PinkNews (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Jun 2025.
- ^ https://bitterwinter.org/castellion-v-calvin-freedom-vs-theocracy-from-geneva-to-iran-and-the-case-of-the-ahmadi-religion-of-peace-and-light/








