Ahmad Nor adalah ahli politik DAP dan Presiden kesatuan sekerja CUEPACS (1983-1986). Beliau bekas Presiden Peninsular Malaysia Customs Officers Union..Beliau pernah bertanding di dalam Pilihan raya kecil Gopeng 1987 tetapi tewas dengan undi diperolehi 8,096 undi manakala calon Barisan Nasional Dr. Ting Chew Peh memperolehi 12,619 undi. Beliau menang di Bayan Baru (1990), kalah 1995 dan kalah lagi di DUN Damansara Utama (1999).
Ahmad Nor menyertai DAP selepas Pilihan raya umum Malaysia 1986. Beliau bertanding dalam pilihan raya kecil Gopeng 1987 tetapi tewas kepada Setiausaha Agung MCA, Dr Ting Chew Peh.
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1990 beliau menang bertanding di parlimen Bayan Baru,Pulau Pinang kerana kawasan ini adalah kawasan bercampur antara kaum Melayu dengan Cina. Beliau adalah orang Melayu dari DAP yang pertama terpilih menjadi ahli parlimen / Dewan Rakyat.[1] Dalam pilihan raya 1986, DAP menang 24 kerusi parlimen dan 37 kerusi negeri. Sementara UMNO menang 83 kerusi.
Orang Melayu lain yang menyertai DAP ialah Mohd Nor Jette; Ahmad Ton ; Ibrahim Singgeh ; Timbalan Presiden DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim ; Senator Zainal Rampak ; Fadzlan Yahya, dan Mohd Asri Othman. Kebanyakan mereka aktif dalam NGO dalam kesatuan sekerja sebelum dijemput menyertai DAP.[2]
Pada 1990, Ahmad Nor bersaing dengan Chen Man Hin merebut jawatan Pengerusi DAP Kebangsaan tetapi kalah. Ahli DAP memilih Chen Man Hin (calon DAP Seremban) yang kalah dalam pilihan raya 1990.[3]
Pada 1999 beliau tewas padA calon BN Lim Choon Kim di N25 Damansara Utama, Selangor
Sejak 1969, DAP mempunyai 6 ahli politik Melayu yang menang dalam pilihan raya. Mereka ialah Ibrahim Singgeh- Tapah Road1969 (sekarang Air Kuning) ; Haji Hassan bin Haji Ahmad - Si Rusa ; Ahmad Nor - Bayan Baru (1990-1995) ; Setiausaha Agung DAP, Daing Ibrahim Othman ; Mohd Salleh Nakhoda Itam dan Fadzlan Yahya -Pasir Bedamar.[4] Zaharah Ibrahim (DAP) tewas Menteri Besar Perak Tan Sri Ghazali Jawi di Kenering.
Keluarga
Isterinya Mariam Bibie Ibrahim dan mereka mempunyai 5 anak.[5] Anak bongsunya bernama Amran Ahmad Nor, pernah bekerja sebagai wartawan di Utusan Melayu (M) Berhad sehingga 2 September 2009. Kes perbicaraan Amran Bin Ahmad vs Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, dengan Nombor Kes : 23(9)/4-1143/10, Kod Kes : 4 - Dismissal akan bermula pada 14 Oktober 2011 jam 9:00:00 dan diikuti dengan sesi seterusnya pada 19 Oktober 2011 jam 09:00:00 di Court 23, Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur.
Amran sangat aktif dalam Persatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hingga terpilih menjadi Presiden NUJ cawangan Utusan Melayu yang melibatkan wartawan, jurugambar dan artis grafik akhbar Utusan Melayu, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo.
Meninggal dunia
Ahmad Nor (60 tahun) meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 2.30 petang , 11 Februari 2003 kerana kanser paru-paru. Beliau dimasukkan ke hospital setelah koma dan menderita sakit di hospital semalam 3 minggu. [6] Jenazah dikebumikan di kampung kelahirannya di Alor Star.
Rujukan
- ^ [1]
- ^ "Karpal: DAP-SNAP merger proposal logical". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-27. Dicapai pada 2011-12-26.
- ^ 'DAP parti cauvinis'[pautan mati kekal]
- ^ UMNO’s Tan Sri Muhyiddin possesses neither class nor standard
- ^ Ahmad Nor Dies Of Lung Cancer
- ^ DAP leader Ahmad Nor dies
- ^ Ahmad Nor politician and trade unionist par excellence who symbolized Bangsa Malaysia 30 years before Vision 2020 of Dr. Mahathir