Ahmad Al-Muhajir (820-924) (Arab: أحمد المهاجر ) juga dikenali dengan panggilan Al-Imam Ahmad bin Isa, beliau merupakan keturunan Ali bin Abi Talib dan Fatimah az-Zahra. Nama lengkapnya adalah Ahmad bin Isa Ar-Rumi bin Muhammad An-Naqib bin Ali Al-Uraidhi bin Ja'far Ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali bin Hussein bin Ali bin Abi Talib. Diriwayatkan bahawa beliau lahir pada tahun 241[1] Hijrah (820 Masihi) walaupun ada pula yang menyebut 260[2] Hijrah.
Hijrah ke Hadramaut
Ahmad bin Isa dinamakan Al-Muhajir kerana beliau meninggalkan Basrah, Iraq pada zaman pemerintahan Khalifah Abbassiyah yang berpusat di Baghdad, pada tahun 317H (896 M). Pada mulanya beliau ke Madinah dan Makkah, kemudian pada tahun 318 H dari Makkah ke Yaman lebih kurang sekitar tahun 319 H.
Beliau wafat(meninggal dunia) pada tahun 345 H (924 M) di Husayyisah, sebuah kota antara Tarim dan Seiyun, Hadramaut. Makam beliau di atas sebuah bukit merupakan diantara yang pertama kali diziarahi oleh para pengunjung ke Hadramaut.
Rujukan
- ^ Al-Qirtas Fi Manaqib Al-Attas, Sayyid Ali bin Hasan Al-Attas
- ^ "Nasab Ahlul-Bait Nabi dari Keluarga Alawiyyin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-12. Dicapai pada 2009-12-11.