| Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia | |
|---|---|
| Dianugerahkan oleh | |
| Jenis | Perintah |
| Status | Masih lagi dikurniakan |
| Sultan | Al-Sultan Abdullah |
| Gred | Ahli Ahmad Shah Pahang |
| Singkatan darjah | AAP |
| Susunan keutamaan | |
| Lebih tinggi | Setia Mahkota Pahang |
| Lebih rendah | Ahli Mahkota Pahang |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Darjah Kebesaran Peringkat Keempat, Ahli Ahmad Shah Pahang[1] ini bolehlah dipertimbangkan kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Penguasa-Penguasa Tempatan, Polis atau Angkatan Bersenjata Gred 48 ke atas atau kepada sesiapa sahaja yang setaraf dengannya yang difikirkan layak menerima.Pengurniaan ini adalah bagi orang yang berjasa dan melaksanakan tugas-tugas dengan cemerlang atau pun yang memberikan sumbangan dalam Badan-Badan Sukarela atau pun lain-lain kegiatan.
Lencana
Lencana Darjah Kebesaran ini berukuran 1.9 inci, hendaklah serupa dengan Lencana Darjah Kebesaran Peringkat Ketiga.
Gelaran pemakaian
Tiada gelaran dipakaikan sebelum nama ahli-ahli yang dianugerahkan Darjah Kebesaran ini.









