Negara Anggota ASEAN |
Portal Indonesia |
Agensi tidak berstruktur (Indonesia: Lembaga Nonstruktural , disingkat sebagai LNS) ialah agensi yang dibentuk melalui peraturan undang-undang tertentu bertujuan untuk menjalankan fungsi negara dan kerajaan, melibatkan kepentingan kerajaan, swasta dan masyarakat awam, dan dibiayai oleh belanjawan negara. LNS tidak terikat dengan Undang-Undang Nombor 39 Tahun 2008 tentang Kementerian Negara, tetapi penubuhannya sebagai sebuah agensi bebas diperlukan bagi menjalankan tugas dan fungsi lain. Keperluan penubuhan agensi-agensi ini adalah bagi menjalankan tugas-tugas seperti mempercepat proses terwujudnya penguatkuasaan undang-undang, meningkatkan kesejahteraan rakyat, serta mengembangkan kehidupan sosiobudaya di Indonesia.[1]
Pengelasan
LNS dikelaskan berdasarkan beberapa tujuan berikut:
- Pembentukan yang diperlukan oleh peruntukan undang-undang
- LNS yang dibentuk berdasarkan Perlembagaan
- LNS yang dibentuk berdasarkan Peraturan Pemerintah
- LNS yang dibentuk berdasarkan Peraturan Presiden
- LNS yang dibentuk berdasarkan Keputusan Presiden
- Urusan kerajaan yang berkaitan
- Pendanaan
- LNS berdasarkan pendanaan belanjawan sendiri
- LNS berdasarkan pendanaan belanjawan yang ditampung menerusi Kementerian/Agensi lain
- LNS di daerah dengan pembebanan belanjawan daerah (APBD)
- LNS berdasarkan sumber pendanaan lain
- Perwakilan di daerah[2]