| AKPS | |
| Intisari agensi | |
|---|---|
| Dibentuk | 1 Januari 2024 |
| Ibu pejabat | Aras 1, Setia Perkasa 2, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Wilayah Persekutuan, Putrajaya |
Menteri bertanggungjawab | |
Timbalan menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Dalam Negeri |
Laman sesawang | Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia |
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merupakan agensi penguatkuasaan di bawah KDN yang ditubuhkan untuk menyelaras keselamatan dan kawalan di semua pintu masuk Malaysia (daratan, maritim & udara) melalui Akta 860 yang diwartakan pada 17 Oktober 2024.
Sejarah
Pengenalan AKPS bermula dengan program rintis sejak 2018 oleh UPP. Agensi ini ditubuhkan secara rasmi selepas Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (Akta 860) diluluskan pada 17 Oktober 2024.
Program rintis turut dijalankan pada 1 Januari 2025 di ICQS Rantau Panjang, Kelantan.
Majlis pelancaran rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri di KLIA berlangsung pada 2 Februari 2025.
Fungsi
- Menyatupadukan tugas penguatkuasaan sempadan di darat, laut dan udara.
- Merancang dasar dan strategi keselamatan sempadan.
- Melaksanakan kawalan masuk/keluar PATI, penyeludupan, dan jenayah rentas sempadan.
- Menyediakan pengawasan dan teknologi serta pengurusan aduan.
Operasi rintis dan liputan awal
Program rintis bermula di 22 pintu masuk utama pada 1 Januari 2025. Menjelang 2025, AKPS mensasarkan pengembangan ke 123 pintu masuk, dan menjelang 2026, ke 141–144 pintu masuk rasmi negara
Kepimpinan
- Datuk Seri Hazani Ghazali (17 Oktober 2024 - 9 Februari 2025)
- Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (1 Julai 2025 - Kini)
Kakitangan & Pengambilan
Sebanyak ~6,000 pegawai dan anggota telah diambil dari PDRM, JKDM, JIM, Perhilitan, KKM, JPJ, MAQIS, dan APMM, termasuk 1,090 dari JKDM sahaja.
Hubungan dengan agensi-agensi lain
Walaupun beroperasi secara bersepadu, AKPS tidak menggantikan PDRM, APMM, Imigresen, Kastam, atau agensi lain — sebaliknya menyelaraskan operasi antara mereka untuk mengurangkan pertindihan dan birokrasi.
Rujukan
Lihat juga
- Kementerian Dalam Negeri Malaysia
- Polis Diraja Malaysia
- Jabatan Imigresen Malaysia
- Jabatan Kastam Diraja Malaysia
- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia








