Age of Empires IV ءيج ءوف ايمڤايرس IV | |
---|---|
Pembangun | |
Penerbit | Xbox Game Studios |
Pengarah |
|
Pengeluar |
|
Pereka |
|
Pengatur cara |
|
Artis |
|
Penulis |
|
Komposer | Mikołaj Stroiński |
Siri | Age of Empires |
Enjin | Essence Engine |
Platform | |
Pelepasan | October 28, 2021 |
Genre | Strategi masa nyata |
Mod | Pemain tunggal, multipemain |
Age of Empires IV (Jawi: ءيج ءوف ايمڤايرس IV ) ialah sebuah permainan video strategi masa nyata yang dikembangkan oleh Relic Entertainment dan diterbitkan oleh Xbox Game Studios. Ia merupakan terbitan keempat dalam siri Age of Empires. Permainan ini dilancarkan pada 28 Oktober 2021 dalam platform Windows.
Plot
Permainan ini ditetapkan pada Zaman Pertengahan. Antara lain akan ada kempen yang mengisahkan penaklukan orang Norman di England.
Permainan
Sebilangan besar mekanik permainan akan berpindah secara langsung dari Age of Empires II. Sebagai contoh, sumber memerlukan pusat penyimpanan, batu telah ditambahkan kembali sebagai sumber, dan Rahib dapat menukar haluan unit. Semasa memegang relik, para rahib mempunyai kuasa menukar haluan musuh. Mekanik ini asalnya dirancang untuk Age of Empires III, namun tidak ditambah.
Akan ada 8 peradaban yang tersedia pada tarikh penerbitan.[1] Ini ialah orang Inggeris, Cina, Mongol, Kesultanan Delhi, Perancis, Dinasti Abbassiyah, Empayar Rom Suci, dan Rus. [2]
Pembangunan
Pada 21 Ogos 2017, Microsoft mengumumkan Age of Empires IV, yang dibangunkan oleh Relic Entertainment.[3] Naib Presiden Eksekutif Permainan Microsoft, Phil Spencer, mengesahkan pada 11 Jun 2019, bahawa Age of Empires IV masih dalam pembangunan, dengan lebih banyak maklumat akan datang pada tahun 2019.[4] Pada 14 November 2019, rakaman permainan Age of Empires IV ditayangkan buat kali pertama pada acara X019.[5] Ia menunjukkan perang abad pertengahan antara pasukan Inggeris dan Mongol.[6][7] Pada 16 Mac 2021, suatu pratonton peminat dilancarkan, menunjukkan permainan yang lebih terperinci dan juga menampilkan dua peradaban lain yang dikenali, orang Cina dan Kesultanan Delhi. Microsoft kemudiannya mengumumkan pada E3 2021 bahawa permainan ini akan dilancarkan di Xbox Game Pass untuk PC pada 28 Oktober 2021.[8]
Rujukan
- ^ Age of Empires 4's First Civilizations, Campaign, and Gameplay Details Revealed - IGN (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada April 11, 2021
- ^ Age of Empires IV — Age of Empires
- ^ Matulef, Jeffery (August 21, 2017). "Age of Empires 4 revealed with Relic at the helm". Eurogamer. Diarkibkan daripada yang asal pada August 22, 2017. Dicapai pada August 21, 2017.
- ^ Roberts, Samuel (June 11, 2019). "Age of Empires 4 is 'making good progress', and Microsoft will talk about it later this year". PC Gamer. Diarkibkan daripada yang asal pada June 12, 2019. Dicapai pada June 12, 2019.
- ^ "Catch up on the biggest X019 news right here". Windows Central (dalam bahasa Inggeris). November 14, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada November 17, 2019. Dicapai pada November 17, 2019.
- ^ "Age of Empires IV is set in the medieval era, gameplay trailer released". Neowin (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 15, 2019. Dicapai pada November 17, 2019.
- ^ Xbox Nails Age of Empires IV Setting With Medieval Era Warfare (dalam bahasa Inggeris), November 15, 2019, diarkibkan daripada yang asal pada November 17, 2019, dicapai pada November 17, 2019
- ^ "Age of Empires 4 releases this October". Eurogamer. June 13, 2021. Dicapai pada August 23, 2021.