Agastya (Tamil: அகத்தியர் Akattiyar, Sanskrit: अगस्त्य, Melayu: Anggasta, Thai: Akkhot) ialah salah seorang ṛesi (resinya atau pendeta suci) yang paling masyhur dalam tradisi keagamaan Hindu. Beliau merupakan penyair kepada beberapa mantra dalam Rigveda (Rigveda Samhita 1.166 hingga 191). Dalam tradisi India, beliau juga dikenali sebagai seorang sarjana berpengaruh dalam berbagai bahasa di Subbenua India. Agastya muncul dalam banyak itihasa dan Purana termasuk Ramayana dan Mahabharata.

Dalam tradisi Tamil pula, Agastya dianggap sebagai bapa Perubatan Siddha. Beliau dihormati sebagai seorang Siddhar Tamil dalam tradisi Saivisme, yang mencipta tatabahasa awal bahasa Tamil Kuno. Dia adalah seorang resi India yang ditemui dalam arca dan relief kuno di kuil-kuil Hindu di Asia Selatan dan Asia Tenggara.
Dalam sejarah agama Hindu di Indonesia, nama Maha Resi Agastya dimuliakan dalam pelbagai prasasti dan karya kesusasteraan kuno. Sebutan terawal mengenai beliau ditemui dalam Prasasti Dinoyo di Jawa Timur yang bertarikh Tahun Saka 682. Dalam prasasti tersebut, seorang raja bernama Gajayana telah membina sebuah tempat pemujaan yang indah untuk Maha Resi Agastya, dengan tujuan memohon kekuatan bagi menghadapi kuasa hebat yang mengancam. Maha Resi Agastya juga merupakan tokoh utama dan guru dalam teks bahasa Jawa Kuno yang dikenali sebagai Agastyaparva.[1][2]
Asal-usul
Agastya ialah salah seorang resi (resinya atau pendeta suci) yang paling masyhur dalam tradisi keagamaan Hindu. Agastya dikategorikan sebagai seorang brahmarshi, iaitu resi agung keturunan Brahma, anak kepada Pulastya dan Havirbhuk. Antara muridnya ialah Resi Agnivesya.
Menurut versi lain, beliau merupakan anak kepada Mitra dan Varuna, dan dilahirkan daripada sebuah kumbha atau tempayan. Oleh itu, beliau turut dikenali dengan nama-nama seperti Kumbhaja, Kumbhodbhava, dan Kalasisuta. Vasistha ialah saudaranya. Agastya berkahwin dengan Lopamudra (juga dikenali sebagai Kaveri), puteri dari kerajaan Vidarbha, dan dikurniakan seorang anak bernama Drdhasya, juga dikenali sebagai Idhmavaha.
Agastya | |
|---|---|
Agastya | |
| Gelaran | Siddhar |
| Peribadi | |
| Agama | Hinduisme |
| Anak | Drdhasyu |
| Parent | Mitra-Waruna (Bapa) dan Urvashi (Ibu) [3] |
Seorang yang memiliki pengetahuan yang luas dan menjalani pertapaan yang sangat berat, Agastya dikatakan telah memusnahkan dua raksasa bernama Ilvala dan Vatapi; menghentikan pertumbuhan Gunung Vindhya yang sedang membesar secara melampau hingga menghalang cahaya matahari; meminum air laut untuk membongkar raksasa-raksasa Kalakeya yang kemudiannya dibunuh oleh para dewa; menerima penghormatan daripada Rama semasa baginda tinggal di hutan Dandakaranya; dan memberikan senjata-senjata sakti serta mengajarkan himpunan pujian Aditya Hrdayam kepada Rama. Beliau juga dikatakan telah mendamaikan Indra dan golongan Marut.
Ada kemungkinan bahawa nama ‘Agastya’ sebenarnya merupakan satu gelaran, dan bahawa beberapa tokoh yang berbeza telah disatukan dalam tradisi sebagai satu watak mitos tunggal.
Sumbangan kepada Tamil
Dalam khazanah kesusasteraan dan keagamaan Tamil, Agastya dianggap sebagai pencetus bahasa Tamil, pengarang tatabahasa pertama bahasa tersebut, dan presiden pertama Sangam (pertubuhan penulis Tamil) yang terawal. Beliau turut dikaitkan dengan penulisan beberapa karya dalam bidang perubatan, mistik, dan ilmu magis. Salah satu karya yang terkenal ialah Agastya Samhita, yang membincangkan penyembahan ritual, dan merupakan sebahagian daripada kesusasteraan Pancharatra.
Pengaruh
Walaupun Agastya tidak disenaraikan secara rasmi dalam kalangan Saptarṣi (tujuh resi agung), beliau tetap diiktiraf sebagai salah seorang tokoh perintis dalam salasilah gotra (silsilah keturunan resi). Dalam astronomi Hindu, beliau diberikan kedudukan bintang dan disamakan dengan Canopus — bintang paling terang di langit selatan India.
Melihat bintang Agastya atau Canopus ketika matahari berada di pertengahan rasi Kanya (Virgo) dan melakukan penyembahan pada waktu malam disebut sebagai suatu vrata (ritual keagamaan) yang suci.[4]
Sebuah pertapaan Agastya, dikenali sebagai Agastyashrama, disebut dalam Ramayana, dan ada yang mengaitkannya dengan Agastyapuri yang terletak di timur Nasik di negeri Maharashtra.
Dalam Vanaparva Mahabharata (88.13), disebut mengenai Agastyatirtha di wilayah Pandya, yang merupakan sebuah tempat ziarah yang penting.
Pengaruh Agastya di Asia Tenggara
Agastya juga dikatakan telah mengembara ke beberapa negara Asia Tenggara seperti Borneo, Siam (Thailand), dan Kemboja.
Pengaruh Agastya di Asia Tenggara sangat signifikan. Agastya sering ditemukan dalam arca dan relief kuno di kuil-kuil Hindu di Asia Tenggara. Kuil Shaiva era pertengahan awal di Jawa, Indonesia, sering menggambarkan Agastya sebagai seorang resi utama. Selain itu, di Indonesia, namanya diabadikan dalam prasasti-prasasti kuno. Contohnya, Prasasti Dinoyo di Jawa Timur Tahun Saka 682 menyebutkan nama Agastya, di mana Raja Gajayana mendirikan pura suci untuk memohon kekuatan dari Agastya.
Dia adalah tokoh utama dan Guru dalam teks bahasa Jawa kuno "Agastyaparva," yang versi abad ke-11 masih ada hingga kini. Teks ini merupakan salah satu bukti penting mengenai pengaruhnya dalam budaya Jawa kuno. Agastya memainkan peranan penting dalam perkembangan perubatan dan kerohanian di pusat-pusat Saiva pada era awal Sri Lanka dan India Selatan, yang kemudian mempengaruhi praktik-praktik serupa di Asia Tenggara.[5]
Agastya juga dihormati sebagai seorang tokoh utama yang menyebarkan agama Hindu di Asia Tenggara, membawa ajaran-ajaran Veda dan tradisi Saivisme ke rantau ini.
Sebagai pencipta tatabahasa awal bahasa Tamil Kuno, pengaruh Agastya juga terasa dalam perkembangan bahasa dan kesusasteraan di Asia Tenggara.
Rujukan
- ^ Gonda 1975, m/s. 12–14.
- ^ Rocher 1986, m/s. 78.
- ^ "Agastya, Āgastya: 32 definitions". 15 June 2012.
- ^ Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduisme
- ^ Gonda, Jan (1975-01-01). Handbook of Oriental Studies. Section 3 Southeast Asia, Religions, Religionen (dalam bahasa Inggeris). BRILL. m/s. 13. ISBN 978-90-04-04330-5.








