Noradzrin binti Adzhar dilahirkan di Kuala Lumpur serta lulus dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Beliau mengeluarkan album pertama beliau berjudul Tapi Dia di bawah syarikat rakaman MIG Music pada tahun 2002.[1]
Beliau pernah mengidap kanser ovari tahap dua beberapa tahun dahulu kini telah sembuh sepenuhnya.
Beliau yang telah berkahwin dan mempunyai sepasang anak kembar perempuan kini meneruskan kerjaya sebagai guru vokal dan membuat persembahan bersama band beliau, AANTU di Indus Cafe, Putrajaya.